Skip to main content

KISAH HIDANGAN SI ISTERI



MAK saya suka memasak tapi dia bukan suri rumah. Dia seorang engineer. 

Pada satu malam, mak balik dalam keadaan sangat penat tapi masih perlu memasak untuk saya dan ayah. Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. Ketiga-tiga hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah sedang duduk goyang kaki menunggu makan.

Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya cuba merasa hidangan mak. Alamak! Ayam kunyit terlampau masin, kailan separuh masak dan nasi hangit. Tapi saya diam sahaja.

Selepas Isyak, ayah makan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanyakan saya tentang hal sekolah. Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya pada masa itu.

Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah menjawab, “Sangat sedap, sayang. Abang suka semua hidangan ini.”

Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu dan bertanya sama ada betul ayah suka masakan mak yang saya sendiri rasa susah hendak telan.

“Anakku, mak dah penat bekerja sepanjang hari. Hidangan kurang sedap tu tak menyusahkan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar kita akan mengguris perasaan mak,” kata ayah.

Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak. Lalu saya masuk pula ke bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya, “Mak, tadi ayah dia kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?”

“Mie, itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak. Lepas makan tadi, ayah tolong mak cuci pinggan. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayangkan mak,” jawab mak.

Itulah perkara yang berlaku ketika saya masih kecil dan saya masih ingat sehingga hari ini. Kini saya pun sudah berkahwin dan anak ada tiga orang. Mengimbau kembali kenangan manis ayah dan mak, saya semakin faham fikiran mereka pada masa itu.

Tindak-tanduk mak dan ayah menunjukkan mereka menerima segala kelemahan antara satu sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan yang erat dan kukuh sentiasa berkekalan. Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia.

Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Hargailah segala yang dilakukan oleh orang-orang kesayangan kita, walaupun kadangkala kita tidak berapa menyukainya. Mereka lakukan dengan kasih sayang, maka balaslah niat itu juga dengan kasih sayang juga dan bersyukur bahawa masih ada yang sanggup melayan kita dengan baik. Ingatlah masa yang berlalu tidak akan berpatah balik. 
Buat renungan untuk masa depan.

ILMU ZUHUD DAN TAKUT


Al Imam Fudhail Bin I’yadh Rahimahullah Ta’ala menyebut: "Rasa takut seorang hamba kepada ALLAH SWT. adalah sebesar tingkat keilmuannya terhadap ALLAH S.W.T. Dan tingkatan zuhud seseorang terhadap dunia adalah sebesar hasratnya terhadap akhirat.

1) Jika seseorang itu berasa takut untuk melakukan maksiat, berusaha sedaya upaya untuk menjauhkan diri daripada maksiat, dalam masa yang sama sangat bernafsu sekali untuk melakukan amal soleh, maka bersaksilah, bahawa dia itu seorang yang sangat takut kepada ALLAH dan sangat mengenali RABBnya.

2) Jika seseorang itu bersederhana dalam setiap perkara, terutama dalam hal keduniaan. tidak mengejar pangkat dan kedudukan, tidak tamak kepada harta kekayaan, tidak berasa gah dengan populariti, maka bersaksilah, dia itu seorang yang zuhud. Dia sangat cintakan kehidupan akhirat, lalu dia meninggalkan kecintaan kepada dunia.




Comments

Popular posts from this blog

PERLUKAH BERI BANTUAN?

BENARKAH MEREKA YANG MENERIMA BANTUAN ITU MEMALUKAN DAN MENYUSAHKAN? Nabi S.A.W sebelum wafat berpesan: " Sesungguhnya mereka yang paling baik di kalanganku ialah mereka yang meminta haknya daripadaku atau menghalalkannya agar aku bertemu dengan Tuhanku dalam keadaan yang baik.." (Kitab Al A'adalah Fil Islam)  Sebagai pemimpin yang baik dan berkebajikan maka ingatlah bahawa... 1-Ada rakyat faqir miskin yang memerlukan bantuan, itulah ujian bagi mereka. ALLAH juga beri ujian kepada yang memegang kekayaan, adakah mereka amanah dengan harta yang ALLAH telah berikan. 2-Kadangkala rakyat yang hidup sederhana juga, walaupun mungkin tidak miskin, tetapi dalam keadaan tertentu turut memerlukan bantuan. Maka pemerintah kena bantu kebajikan mereka. 3-Ada rakyat yang asalnya kaya dan banyak duit, tapi kerana potongan cukai, insuran, hutang dan sebagainya terpaksa memerlukan bantuan. Maka pemerintah yang berkebajikan mestilah membantu Daripada hadis di atas, Nabi S.A.W. menyatakan ba...

KEMURUNGAN

  1. APA ITU KEMURUNGAN Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun. 2. PENYEBAB/PUNCA KEMURUNGAN • Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine) • Baka keturunan : seseorang yang mempunyai keluarga yang pernah menghidapinya • Persekitaran : Peristiwa hidup dan kekurangan sokongan keluarga sosial • Ubat-ubatan : Sesetengah jenis ubat darah tinggi boleh mencetuskan episod kemurungan. Walau bagaimanapun, ia akan beransur hilang apabila ubat tersebut diberhentikan • Penyakit-penyakit lain : Seseorang penyakit lain seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidsm bol...

JANGAN BUAT 24 PERKARA INI

Ingat!! 1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. 7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikn...