Skip to main content

KITA TAK PUNYA APA-APA


SEBATANG pokok dapat membuat jutaan batang mancis, tetapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok. 

Sama juga keadaannya, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak. Setiap kali ada gesekan kecil, sang mancis terus terbakar. Kita pula mempunyai kepala dan juga minda. Kita tidak perlu membiarkan kemarahan di minda dari  membakar diri sendiri semata-mata kerana gurisan kecil.

Ketika burung hidup, ia makan ulat. Ketika burung mati, ulat makan burung. Begitulah putaran kehidupan. Justeru, jangan merendahkan siapapun dalam hidup ini, bukan kerana siapa mereka, tapi kerana SIAPA DIRI KITA. Mungkin ketika ini kuasa di tangan kita, tetapi jangan lupa, waktu lebih berkuasa berbanding kita. Waktu di puncak jaya, ramai teman di sekeliling kita. Waktu kita sakit, baru  tahu sihat itu sangat penting, melebihi harta benda dan kita juga mula kenal siapa teman sejati kita.


Bila usia tua dan di ambang ajal, baru tahu masih banyak yang belum dikerjakan dan rasa kesal dengan masa yang disia-siakan. Hidup tidaklah lama, buatlah hidup ini lebih berharga dengan saling menghargai, membantu dan memberi, serta menyokong. Jadilah teman perjalanan hidup yang tanpa banyak soal dan syarat. Apa yang disemai, itulah yang akan dituai.

Besi itu kuat, tetapi api mampu meleburkannya.
Api itu kuat, tetapi air mampu memadamkannya.
Air itu kuat, tetapi awan mampu menyerapnya.
Awan itu kuat, tetapi angin mampu menolaknya.
Angin itu kuat, tetapi bukit mampu menghalanginya.
Bukit itu kuat, tetapi manusia mampu menghancurkannya.
Manusia itu kuat, tetapi nafsu mampu menundukkannya.
Nafsu itu kuat, tetapi iman mampu mengalahkannya.
Apabila iman kuat, tiada apa yang mampu mengalahkannya.


Yang mampu mengalahkan iman adalah UJUB, rasa bangga dan  terpesona dengan kehebatan diri sendiri. 
Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya. 
Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya. 
Orang berjawatan tinggi, kagum dengan jawatannya.
Orang yang petah berbicara, kagum dengan kepetahannya.
Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.

Sentiasa ingat bahawa semua keistimewaan itu adalah kurniaan ALLAH S.W.T. dan milik mutlak DIA. Jangan biarkan amalan terhapus kerana ujub. 

Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BERGANTUNG HARAPAN HANYA PADA ALLAH

PESANAN Syeikh Abdul Qadir Al Jailani: "Jika Engkau masih merasa takut dan berharap pada manusia, maka Dia menjadi tuhanmu. Jika Engkau masih menghadapkan hatimu pada harta dunia, maka Engkau adalah budaknya dan Ia menjadi tuhanmu. Tak ada cinta yang paling abadi, kecuali cinta seorang hamba kepada ALLAH yang Pencinta dan tak akan meninggalkan kekasihnya, baik saat suka mahupun saat derita". "Wahai orang yang cenderung mengadukan musibahnya kepada makhluk, tanyalah dirimu, apakah pengaduanmu kepada makhluk berguna bagimu? Sesungguhnya semua makhluk yang engkau adukan segala masalahmu, tidak ada daya untuk menolongmu, tidaklah ada gunanya bagimu tidak juga bisa membahayakanmu tanpa keizinan dari Penciptamu. Jika engkau mengharap dan bergantung kepada makhluk, jangan sampai menyekutukan Allah. Niscaya mereka akan menjauhkan dirimu dari jalan AL HAQ,  iaitu jalan menuju keredhaan ALLAH.  Sebaliknya mereka akan menjurumuskanmu ke dalam murka ALLAH dan menghalangimu dari cura...

JANGAN BUAT 24 PERKARA INI

Ingat!! 1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. 7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikn...