Skip to main content

LA ILAHA ILLALLAH


LELAKI muda itu bangun di awal pagi untuk solat subuh di masjid. 

Dia berpakaian, berwuduk dan kemudiannya berjalan menuju ke masjid. Di pertengahan jalan lelaki itu terjatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit sambil membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah dia berganti baju, berwuduk kembali dan berjalan semula menuju ke masjid. 

Dalam perjalanan ke masjid, dia terjatuh lagi di tempat yang sama! Dia sekali lagi bangkit lalu membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah dia berganti baju buat kedua kalinya, berwuduk dan berjalan lagi menuju ke masjid. 

Dalam perjalanan menuju ke masjid, dia bertemu seorang lelaki yang memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab, "Saya melihat kamu jatuh 2 kali semasa berjalan menuju ke masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu." 

Lelaki muda itu mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid. 

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya tetap sama. 

Lelaki muda itu bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu tersebut menjawab, " Akulah Syaitan."

Lelaki muda itu sungguh terkejut..! 

Syaitan menjelaskan, ''Aku melihat kamu berjalan ke masjid dan akulah yang membuat kamu terjatuh. 
Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, ALLAH mengampunkan semua dosamu. Aku membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu mengubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid. Kerana itu, ALLAH mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Aku khuatir jika aku membuatmu jatuh ketiga kali, mungkin ALLAH akan mengampunkan dosa seluruh penduduk kampungmu, lalu aku harus pastikan kamu tidak terjatuh lagi dan sampai di masjid dengan selamat."


Ada 5 perkara yang kita semua pasti inginkan dan berusaha untuk mendapatkannya:
1. Wajah yang cantik.
2. Duit berjuta-juta.
3. Badan sihat dan kuat.
4. Anak-anak yang patuh serta berjaya.
5. Tidur nyenyak tanpa ubat penenang.

Hal itu mudah kita perolehi, hanya perlukan waktu 15 minit saja. Bagaimana caranya?


Nabi SAW bersabda: 
Barangsiapa tinggalkan solat Subuh maka tak ada cahaya pada wajahnya.
Barangsiapa tinggalkan solat Zohor maka tak ada keberkatan dalam rezekinya. 
Barangsiapa tinggalkan solat Asar maka tak ada kekuatan dalam jasadnya. 
Barangsiapa tinggalkan solat Maghrib maka tak ada hasil yang diperolehi dari anak-anaknya.
Barangsiapa tinggalkan solat Isyak tidak nyaman tidurnya.


Tahu kenapa kalimah 'Laa ilaaha Illallah' tidak sampai menggerakkan bibir jika diucapkan? Sebab inilah rahmat dari ALLAH S.W.T. ke atas orang Islam, supaya jika maut menghampiri dengan mudah dia menyebutkan kalimah itu.

Mudah-mudahan tidak susah bagi kita untuk melafazkan kalimah "Laa ilaaha Illallah" bila tiba saatnya kelak.

Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...