Skip to main content

MATA

 

MATA ZAHIR adalah alat yang melihat sesuatu benda kasar. Mata itu hendaklah dalam keadaan yang sihat dan berada dalam tubuh yang juga sihat. Satu lagi unsur yang diperlukan ialah hadirnya cahaya untuk mencerahkan benda yang dilihat itu.

MATA BATIN pula melihat sesuatu benda ghaib di dimensi ghaib, lalu dapat memberi makna dengan sempurna akan penglihatan ghaibnya. Untuk membolehkan mata batin melihat, ruh dan hati perlu bercahaya, sihat dan tidak terhijab oleh nafsu tercela. Makin bercahaya hati dan ruh, kian terang penglihatan mata batin sehingga mampu melihat ke langit tinggi.

CAHAYA adalah syarat utama untuk melihat sama ada untuk mata zahir apatah lagi mata batin. Untuk mendapatkan cahaya, harus tahu apa atau di mana sumber cahaya itu dapat diperolehi. 


Mata seumpama mentol lampu. Ia tidak boleh menyala sendiri, memerlukan wayar penyambungan ke mentol disertai arus elektrik yang mengalir di dalam wayar tersebut agar mentol dapat menyala.

Mata /alat pelihat, perlukan kekuatan melihat (para malaikat), yang membawa sifat melihat (sifat basar) agar mata dapat melihat. Sifat basar ini bertalian dengan sifat hayat yakni hidup. Ia adalah sifat ALLAH. 

Istilah scan / imbas yang sering digunakan masakini merujuk kepada post-mortem, sama ada untuk mengetahui sesuatu punca penyakit, khadam pada sesuatu benda, keberadaan entiti atau makhluk halus yang tersembunyi dari pandangan mata zahir.

Scan, memerlukan keterbukaan mata batin. Tahap keterbukaan mata batin antara individu itu berbeza. Secara amnya, golongan yang terbuka mata batin terbahagi kepada dua aliran iaitu  ALIRAN KEBATINAN dan ALIRAN KESUFIAN.

Kedua aliran tersebut kelihatan seperti sama, namun hakikatnya sangat jauh berbeza. Makin bersih cermin hati seseorang, makin jelas penglihatan objek yang dilihat. Kasyaf (penglihatan mata batin) terbahagi kepada.

KASYAF QAUNI



Ini adalah kasyaf orang yang berada dalam takluk nafsu sama ada ammarah, lawammah atau mulhimmah. Oleh kerana penyucian hati, ruh dan nafsu mereka belum sempurna, maka kasyaf mereka cuma selapis di dimensi JIN. Mereka sering tertipu dengan apa yang mereka lihat. Makhluk, tempat atau objek yang mereka lihat, bukan dari hakikat sebenar. Ia hanya mainan jin untuk mereka. Mereka selalu merasakan diri hebat padahal mereka tertipu. Nafsu-nafsu keji masih bersarang dalam qalbu mereka.

KASYAF QUBRO


Adalah keterbukaan mata batin atau kasyaf untuk mereka yang berada di maqam nafsu sama ada muthmainnah, radhiyah, mardhiyah atau kamaliyyah. Kasyaf serta ilham yang mereka terima bersumber dari alam malakut. Ia bukan menipu. Ia sesuatu yang benar yang ALLAH datangkan untuk mereka. Mereka telah berjaya mengikis keluar semua sifat-sifat mazmumah hasad dengki, dendam kesumat, iri hati, tamak, riak, ujub, bakhil, adu domba, suka mencerca, memfitnah, dan semua sifat yang keji.

Mereka melihat dengan cahaya ALLAH. Bukan lagi dari mata jin seperti kebanyakan mereka yang berada di maqam kasyaf qauni, khususnya dari aliran kebatinan. 

Selamat menyucikan hati dan ruh. Selamat melihat Yang Maha Melihat dalam segala sesuatu!

Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BERGANTUNG HARAPAN HANYA PADA ALLAH

PESANAN Syeikh Abdul Qadir Al Jailani: "Jika Engkau masih merasa takut dan berharap pada manusia, maka Dia menjadi tuhanmu. Jika Engkau masih menghadapkan hatimu pada harta dunia, maka Engkau adalah budaknya dan Ia menjadi tuhanmu. Tak ada cinta yang paling abadi, kecuali cinta seorang hamba kepada ALLAH yang Pencinta dan tak akan meninggalkan kekasihnya, baik saat suka mahupun saat derita". "Wahai orang yang cenderung mengadukan musibahnya kepada makhluk, tanyalah dirimu, apakah pengaduanmu kepada makhluk berguna bagimu? Sesungguhnya semua makhluk yang engkau adukan segala masalahmu, tidak ada daya untuk menolongmu, tidaklah ada gunanya bagimu tidak juga bisa membahayakanmu tanpa keizinan dari Penciptamu. Jika engkau mengharap dan bergantung kepada makhluk, jangan sampai menyekutukan Allah. Niscaya mereka akan menjauhkan dirimu dari jalan AL HAQ,  iaitu jalan menuju keredhaan ALLAH.  Sebaliknya mereka akan menjurumuskanmu ke dalam murka ALLAH dan menghalangimu dari cura...

JANGAN BUAT 24 PERKARA INI

Ingat!! 1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. 7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikn...