Skip to main content

MENAHAN MARAH


MARAH adalah bara yang dilemparkan syaitan ke dalam hati anak Adam sehingga dia mudah emosi, dadanya membara, urat sarafnya menegang, wajahnya memerah, dan terkadang ungkapan dan tindakannya tidak masuk akal...

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W. bersabda:
"Bukanlah orang gagah itu orang yang mampu merebahkan orang lain. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah". (Hadis Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Dari Sahabat Mu’adz bin Anas al-Juhani r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Barangsiapa menahan amarah padahal ia mampu melakukannya, pada hari Kiamat ALLAH kelak akan memanggilnya di hadapan seluruh makhluk, kemudian ALLAH menyuruhnya untuk memilih bidadari yang ia sukai"
[HR Ahmad (III/440), Abu Dawud (no. 4777), at-Tirmidzi (no. 2021), dan Ibnu Majah (no. 4286)]

Sifat marah yang tidak dipadam akan menimbulkan DENDAM. Dendam pula membawa pelbagai perkara mungkar. 
Berasa hasad dengki dan dendam bila melihat orang lain senang dan gembira. Mahu saja nikmat itu dihapuskannya. Rasa gembira bila melihat orang itu berada dalam kesusahan, bencana dan kesedihan. Inilah perilaku munafik.
Menjauhkan diri atau memutuskan silaturahim daripada orang yang didendam. Walaupun orang itu cuba berbaik-baik dengannya, si pendendam tetap berpaling daripadanya.
Jika orang itu lebih rendah kedudukannya, si pendendam bersikap sombong dan menganggapnya kecil di matanya. Lebih buruk lagi dia menganiaya, memukul atau mengancam keselamatan orang itu.
Lidah pendendam sangat berbisa dengan segala pembohongan, umpatan, dan pendedahan aib.
Perilaku orang itu sengaja ditiru oleh pendendam dengan tujuan untuk mengejek dan mendedahkan keadaannya yang buruk. 
Jika pendendam itu mempunyai kedudukan, dia menggunakan kuasanya untuk menyekat hak, atau tidak mahu mengembalikan amanah yang telah diberikan kepadanya.
Tidak mahu memberikan pertolongan dalam apa jua perkara yang memberi manfaat kepadanya.
Semua ini akan menjatuhkan darjat seorang pendendam dari kaca mata agama dan melenyapkan banyak pahala. Berhati-hatilah dengan perasaan dendam. 


Marah adalah bara api dari neraka. Merasa takutlah jika berada dalam keadaan marah. Barangsiapa yang mampu menahan kemarahan sedangkan dia sudah tidak berdaya lagi, nescaya ALLAH S.W.T. akan memenuhi hatinya dengan rasa aman dan iman. 

Pernah suatu hari, seorang sahabat Nabi S.A.W. bernama Asyajj Abdul Qays (nama sebenarnya
al-Mundhir bin al-Harith radhiallahu 'anhu) masuk bertemu Baginda yang duduk bersama kaumnya. Melihat sifat tenang nan anggun yang beliau pamerkan, Rasulullah S.A.W. lantas memujinya :

إِنَّ فِيكَ خَصْلَتَيْنِ يُحِبُّهُمَا اللَّهُ الْحِلْمُ وَالْأَنَاةُ

"Sesungguhnya ada dua kualiti (sifat) pada kamu yang ALLAH cintai iaitu sifat sopan santun (bijak dalam bertindak) dan tenang (tidak gopoh atau meneliti sebelum bertindak)".
(Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan al-Tirmidzi)

MasyaAllah..!  ALLAH cinta sikap tenang Asyajj!

Seolah-olah sesiapa sahaja yang tenang sangat disukai ALLAH. Mengapa ALLAH suka sifat tenang? Hamba yang tenang sukar terjerumus dalam kesilapan emosi yang didorong oleh ketidakwarasan berfikir. Orang yang tenang tidak bertindak kecuali selepas lama berfikir dan melihat segala sudut baik atau buruk. Lidah atau jari jemarinya tidak cepat menutur kata (di alam nyata atau di alam maya media sosial) sebelum dinilai dosa pahalanya. Bicara dan tindakan mereka dilihat dalam neraca manafaat dan bahagia. Geraknya hanya mencari pahala dan membahagiakan orang sekeliling.

Di dalam Perang Uhud, gigi Nabi SA..W. telah patah di dalam pertempuran itu. Para sahabat merasa marah lalu berkata kepada Rasullah, "Seandainya engkau mendoakan kepada ALLAH (tentang) orang-orang yang berbuat jahat kepadamu tentu akan terijabah doamu." 

Baginda menjawab, "Sesungguhnya aku tidak diutus sebagai orang yang melaknat, tetapi aku diutus untuk mengajak dan memberikan kasih sayang." Lalu baginda pun berdoa: "Ya ALLAH...Tunjukkan kepada kaumku. Sesungguhnya mereka tidak mengerti." 

Dinasihatkan supaya apabila seseorang membuat kita marah, dan api kemarahan mengalir dalam urat-urat, janganlah bercakap. Walaupun kita berjaga-jaga dalam percakapan, kita tetap akan tersilap. 





Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...