Skip to main content

MENASIHATI DIRI


Jangan tertipu dengan gambar yang boleh diedit.
Jangan tertipu dengan hati yang sentiasa berbolak balik.
Jangan tertipu dengan harta yang akan habis. 
Jangan tertipu dengan keelokan rupa yang mudah pudar.
Jangan tertipu dengan janji yang boleh dimungkiri.
Tapi jangan pernah rasa tertipu dengan janji ÀLLAH yang pasti akan berlaku.


Bekunyɑ ɑir mɑtɑ kerɑnɑ kerɑsnyɑ hɑti,
Kerɑsnyɑ hɑti kerɑnɑ bɑnyɑknyɑ dosɑ,
Bɑnyɑknyɑ dosɑ kerɑnɑ lupɑ tentɑng kemɑtiɑn,
Lupɑ tentɑng kemɑtiɑn kerɑnɑ terlɑlu cintɑkɑn Duniɑ

Sesuɑtu yɑng benɑr tetɑpi bɑhɑyɑ iɑlah pujiɑn mɑnusiɑ,
Rɑmɑi yɑng rosɑk ɑkibɑt terlɑlu hɑnyut dengɑn pujiɑn.
Fikir dɑhulu ɑkibɑt ɑpɑ yɑng dilɑkukɑn
Agɑr lebih mudɑh meninggɑlkɑn yɑng buruk.

Selɑmɑ ini kita berlindung di bɑwɑh pohon lupɑ.
Kerɑnɑ itu, keluɑrlɑh dɑri nɑungɑn kelɑlɑiɑn.
Dengɑn begitu, kita akan dɑpɑt melihɑt cɑhɑyɑ hidɑyɑh dɑn tɑhu jɑlɑn yɑng benɑr.
Ketahuilah, pohon lupɑ disuburkɑn oleh ɑir kebodohɑn.

Sedɑngkɑn pohon zikir dɑn mɑkrifɑt disuburkɑn oleh tɑfɑkur.
Pohon tɑubɑt disuburkɑn oleh ɑir penyesɑlɑn.
Dɑn pohon cintɑ disuburkɑn oleh ɑir keredhɑɑn kepɑdɑ Allɑh.



Al Quran itu qalam langit yang membumi. Sebaik-baik manusia ialah manusia bumi yang melangit iman dan ketaqwaannya.

Al Quran menjadi seperti akar... tidak terlihat, tetapi sentiasa ada sebagai sumber kekuatan.
Bukan bunganya yang cantik tetapi akarnya yang menjadi tunjang terbaik.
Bukan manusianya yang baik tetapi jiwanya yang terasuh dan terdidik.

Al Quran mengandungi banyak doa-doa yang terbaik. Berdoa itu ibadah. Dikabulkan itu hadiah. Belum dikabulkan bererti pahala melimpah. Jangan pernah menyerah untuk terus berdoa kepada ALLAH.


Sahabat yang beriman ibarat mentari berkilau.
Sahabat yang setia bagaikan pewangi.
Sahabat yang sejati menjadi pendorong impian...
Sahabat yang berhati mulia akan membawa kita ke jalan ALLAH سبحانه وتعالی.

Tidak ada manusia yang sempurna, kerana itu kita perlu mencari sahabat dan menjalin hubungan baik dengan setiap insan yang lain untuk saling menyempurnakan.

NASIHAT UMAR BIN AL-KHATTAB TENTANG KUNCI KEMULIAAN


① Barangsiapa yang meninggalkan ucapan yang tidak perlu, maka dia akan diberi hikmah. 

② Barangsiapa yang meninggalkan penglihatan yang tidak perlu, maka dia akan diberi kekhusyukan dalam hati.

③ Barangsiapa yang meninggalkan makan berlebihan, maka dia diberi kenikmatan beribadah.

④ Barangsiapa yang meninggalkan tertawa berlebihan, maka dia akan diberi kenikmatan iman.

⑤ Barangsiapa meninggalkan gurau senda, maka dia akan diberi kehormatan diri.

⑥ Barangsiapa meninggalkan cinta duniawi, maka dia akan diberikan kecintaan akhirat.

⑦ Barangsiapa yang meninggalkan perhatian kepada aib orang lain, maka dia akan diberi kemampuan memperbaiki aibnya sendiri.

⑧  Barangsiapa yang meninggalkan penelitian tentang bagaimana wujud ALLAH, maka dia akan terhindar dari niat berpura-pura terhadap agama-NYA.

 NASIHAT KITA BERSAMA.

Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...