Skip to main content

MENCARI KEBAHAGIAAN

 

Seorang pemuda duduk dengan tatapan kosong di hadapan tasik. Dia kelihatan sedang galau.
 
“Apa kamu buat termenung di sini?” tanya Pak Tua yang tinggal berdekatan kawasan itu.

Anak muda itu menoleh sambil berkata. ”Saya penat, Pak Tua. Saya dah berusaha mencari bahagia tapi tak juga berjumpa.” keluhnya dengan wajah muram.

“Di depan sana ada taman. Cuba pergi ke sana dan tangkap seekor rama-rama. Lepas tu baru Pak Tua jawab soalan kamu."

Meski ragu, anak muda itu pergi juga ke taman tersebut. Tiba di sana dia takjub melihat banyak rama-rama berterbangan. Terhendap-hendap dia menuju sasarannya. Hap..! Sasaran itu terlepas. Dikejarnya rama-rama yang terbang ke arah lain. Hap..! Alah, gagal juga. Dia berlari bagai tak keruan, menerjah rumput, pokok bunga, semak. Tapi, tak satu pun rama-rama yang dapat ditangkapnya.


Pak Tua berkata, ”Macam itukah kanu mengejar kebahagiaan? Sibuk berlari ke sana ke mari, menerjah  dan menerobos tanpa peduli apa benda yang kamu rosakkan?  Mencari bahagia macam juga  menangkap rama-rama. Tidak payah kamu tangkap fisiknya, biarkan kecantikannya memenuhi alam semesta. Tangkaplah keindahan warna dan geraknya di fikiran kamu dan simpan baik-baik di dalam hatimu. Kebahagiaan bukanlah benda yang dapat digenggam dan disimpan. Kebahagiaan tidak ke mana-mana tapi ada di mana-mana. Setiap saat ucapkan rasa syukur. Tanpa kamu sedar kebahagiaan itu akan datang sendiri.”

Pak Tua mengangkat tangannya. Tidak lama kemudian, seekor rama-rama hinggap di hujung jarinya dan mengepakkan sayapnya, memancarkan keindahan ciptaan Tuhan. Warnanya begitu indah, seindah kebahagiaan bagi mereka yang mampu menyelaminya.

KEBAHAGIAAN ADA DALAM SETIAP HATI YANG SELALU BERSYUKUR.  TIDAK PERLU MENCARI, BIARKAN,  IA "DATANG" SENDIRI.

KALAM HIKMAH SYEIKH MUTAWALLI AS-SYA'RAWI


_
مَنِ ابْتَغَى صَدِيْقًا بِلاَ عَيْبٍ عَاشَ وَحِيْدًا
_
Barangsiapa mencari teman yang tanpa cacat cela, maka dia akan hidup seorang diri.
_
وَمَنِ ابْتَغَى زَوْجَةً بَلاَ نَقْصٍ عَاشَ اَعْزَبًا
_
Barangsiapa mencari isteri yang bebas dari kekurangan, maka ia akan hidup membujang.
_
وَمَنِ ابْتَغَى حَبِيْبًا بِلَا مَشَاكِلٍ عَاشَ بَاحِثًا
_
Siapa yang ingin mencari kekasih tanpa rintangan, maka hidupnya akan dilewati dengan mencari saja
(tidak akan pernah menemukan).
_
مَنِ ابْتَغَى قَرِيْبًا كَامِلًا عَاشَ قَاطِعًا لِرَحْمِهِ
_
Barangsiapa mencari kerabat yang sempurna, maka ia akan hidup dengan memutus tali saudaranya.

Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...