Skip to main content

MENGELAK GANGGUAN JIN DAN SYAITAN


* BERHENTI sebentar semasa dalam perjalanan ketika waktu maghrib. Waktu maghrib merupakan zon merah, banyak syaitan berkeliaran. Singgahlah di masjid atau kedai kopi.
* Jangan biarkan anak main di luar rumah ketika waktu maghrib.
* Jangan buka tingkap atau pintu waktu maghrib. Syaitan/jin akan masuk melalui ruang yang terbuka.


* Jangan sidai pakaian dalam bilik air . Syaitan akan masuk ke dalam pakaian tersebut. Bila kita pakai, kita yang kena.
* Jangan biar pakaian tersidai di luar berembun. Biarkan di luar, esoknya basuh semula, baru dijemur balik. Nanti dia akan ikut masuk dalam rumah. Ambil pakaian di ampaian sebelum maghrib.
* Jangan biar nasi bertaburan di lantai. Jin akan makan. Seolah-olah kita menjemput mereka (jin/syaitan) masuk ke dalam rumah. Selesai makan malam bersihkan semuanya.
* Banyakkan bersedekah untuk hindar penyakit termasuk penyakit hati, hasad dengki.
* Jangan bercakap dalam tandas. Tandas itu tempat tinggal jin, nanti umpama kita bersembang dengan dia.
* Jangan kencing berdiri. Jin / syaitan yang disambar petir yang cacat akan sihat semula bila kena air kencing orang berdiri.
* Tutup kepala bila buang air besar. Syaitan akan ambil najis dan lumur di atas kepala kita bila tidak ditutup.


* Tutup makanan dan minuman ketika ditinggalkan. Memadai tutup dengan sudu dan baca Bismillah. Kalau tutup sepenuhnya lagi bagus. Syaitan akan berak dan kencing dalam makanan yang terbuka lama.
* Jangan makan makanan yang terbuka lama sebab sudah jadi makanan jin/syaitan
*Jangan tidur kaki menghadap ke kiblat. Tidur mengiring ke kanan, badan dan muka hala ke arah kiblat. Sihir mudah masuk kalau tidur kaki menghadap ke kiblat. Ia akan masuk melalui kaki.
* Jangan gantung gambar bernyawa dalam rumah. Jangan pamerkan patung di dalam rumah.
* Gunakan jam tawaf di rumah untuk dapatkan aura tawaf. Pernah berlaku di mana jam tawaf yang digantung dalam rumah jatuh sampai 3 kali. Bila dikaji rupanya isteri tuan rumah ada saka.
* Amalkan ayat Manzil. Pasangkan CD ayat Ruqyah & bacaan Al Quran 30 juzuk.
* Basuh pad wanita sebelum dibuang ke dalam tong sampah. Jin suka makan darah.
* Jangan makan/minum dengan tangan kiri.
* Basuh pinggan makan selepas makan malam.
* Sediakan semburan air yang telah diruqyahkan sebagai persediaan sekiranya ada apa-apa yang berlaku. Nanti senang untuk digunakan.
* Solat berjemaah dalam rumah bersama keluarga sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.


* Bila masuk ke dalam rumah jangan lupa beri salam, A'uzubillah, Bismillah hissami'il 'alim dan masuk menggunakan kaki kanan.
* Jangan tidur di antara Asar dan Maghrib. Zon oren atau zon kecerdikan akan jadi lembab.
* Peluk isteri / suami setiap kali bangun pagi.
* Peluk dan cium anak bila hendak keluar rumah.
* Bacakan Al-fatihah dan tiupkan di ubun-ubun anak² masa tidur dan niatkan .
* Genggam beras. Selawat 3x, alfatihah 1x, kacau ikut tawaf masa setiap kali nak masak nasi. Niat . Untuk kebahagiaan.
* Jangan makan organ dalaman binatang. Contohnya hati.
* Letak ais pada pipi sekali sekala . Zon imunisasi.
* Mandi ais sekali sekala . Mandi sebelah malam. Untuk keluarkan haba panas dalam badan dan kebaikan organ dalaman.
* Mandi garam pagi dan petang.
* Pakai wangian sebelum tidur, jin tak suka wangian.
* Digalakkan berhubung kelamin dengan suami/isteri 3 kali seminggu. Dilarang berhubungan dengan isteri/suami dalam tandas.
* Membakar bukhoor di ruang tamu rumah terutama apabila menghampiri waktu maghrib
* Amalan zikir asma ul husna.
* Makan kurma 1 hari 1 biji
* Makan garam bukit setiap pagi. Garam untuk neutralkan asid dalam badan.
* Baca doa untuk lembutkan hati suami/isteri, tiup pada ubun-ubun dan telinganya.


* Baca 3 kali Surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebelum tidur, 3 kali ayat qursi.
* Baca bismillah 5, 3x sebelum makan. Bismillahillazi...terlindung dari santau.
* Selawat nabi 3 kali, pada nabi sulaiman ketika hendak ambil​ daun pada waktu malam.
* Pasang lampu ketika tinggalkan rumah, jangan biar bergelap.
* Menggunakan wangian badan berasaskan kayu Gaharu
*Tawakal pada ALLAH S.W.T.

Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BERGANTUNG HARAPAN HANYA PADA ALLAH

PESANAN Syeikh Abdul Qadir Al Jailani: "Jika Engkau masih merasa takut dan berharap pada manusia, maka Dia menjadi tuhanmu. Jika Engkau masih menghadapkan hatimu pada harta dunia, maka Engkau adalah budaknya dan Ia menjadi tuhanmu. Tak ada cinta yang paling abadi, kecuali cinta seorang hamba kepada ALLAH yang Pencinta dan tak akan meninggalkan kekasihnya, baik saat suka mahupun saat derita". "Wahai orang yang cenderung mengadukan musibahnya kepada makhluk, tanyalah dirimu, apakah pengaduanmu kepada makhluk berguna bagimu? Sesungguhnya semua makhluk yang engkau adukan segala masalahmu, tidak ada daya untuk menolongmu, tidaklah ada gunanya bagimu tidak juga bisa membahayakanmu tanpa keizinan dari Penciptamu. Jika engkau mengharap dan bergantung kepada makhluk, jangan sampai menyekutukan Allah. Niscaya mereka akan menjauhkan dirimu dari jalan AL HAQ,  iaitu jalan menuju keredhaan ALLAH.  Sebaliknya mereka akan menjurumuskanmu ke dalam murka ALLAH dan menghalangimu dari cura...

JANGAN BUAT 24 PERKARA INI

Ingat!! 1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. 7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikn...