Skip to main content

MENINGGALKAN SOLAT




PADA suatu ketika Nabi Sulaiman memanggil kucing, anjing dan babi untuk bertanya mengenai tanda syukur ketiga-tiga haiwan itu terhadap ALLAH S.W.T.

Mula-mula Nabi Sulaiman bertanya kepada kucing, "Kucing, apa tanda syukur kamu kepada ALLAH?"

Kucing menjawab, "Alhamdulillah saya dijadikan kucing dan bukan menjadi anjing". 

Kemudian Nabi Sulaiman bertanya kepada anjing, "Anjing, apa tanda syukur kamu kepada ALLAH?" 

Jawab anjing, "Alhamdulillah saya dijadikan anjing dan bukan babi". 

Terakhir Nabi Sulaiman bertanya kepada babi, "Babi, apa tanda syukur kamu kepada ALLAH?"

Babi menjawab, "Alhamdulillah saya dijadikan babi dan bukan dijadikan manusia yang selalu  meninggalkan solat 5 waktu."


Aduh!!! Ini satu tamparan keras kepada kita, MANUSIA yang masih meninggalkan solat. Padahal solatlah satu tanda utama kita bersyukur kepada ALLAH yang telah menghadirkan kita di dunia ini.  
Haiwan yang kita sering pandang hina seperti anjing dan babi pun tahu bertasbih menunjukkan syukur mereka kepada Yang Maha Pencipta. Ternyata manusia yang tidak solat lebih rendah tarafnya dari kedua-dua haiwan ini!

Perlu kita ingat dosa-dosa meninggalkan solat wajib yang seharusnya tidak dilewatkan. Satu kali kita tinggalkan solat subuh, ALLAH akan jerumuskan kita ke neraka jahanam selama 60 tahun lamanya. Satu kali kita tinggalkan solat zohor dosanya sama dengan membunuh 1000 orang muslim. Satu kali kita tinggalkan solat asar dosanya sama dengan berzina dengan ibu sendiri. Satu kali tinggalkan solat maghrib dosanya sama dengan menghancurkan kaabah. Satu kali meninggalkan solat Isyak, ALLAH berfirman, "Hei orang yang meninggalkan solat Isya! AKU tidak akan redha kamu tinggal di bumiku dan menikmati nikmat-nikmat dari-KU.


Solatlah,kerana ia tiang agama. Solatlah kerana ia soalan pertama yang akan ditanya nanti di akhirat. Tiada alasan untuk meninggalkannya. Solat adalah kunci kepada amalan ibadah yang lain. Gagal kita menepati solat ,maka hidup kita adalah gagal. Fatal!

Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BERGANTUNG HARAPAN HANYA PADA ALLAH

PESANAN Syeikh Abdul Qadir Al Jailani: "Jika Engkau masih merasa takut dan berharap pada manusia, maka Dia menjadi tuhanmu. Jika Engkau masih menghadapkan hatimu pada harta dunia, maka Engkau adalah budaknya dan Ia menjadi tuhanmu. Tak ada cinta yang paling abadi, kecuali cinta seorang hamba kepada ALLAH yang Pencinta dan tak akan meninggalkan kekasihnya, baik saat suka mahupun saat derita". "Wahai orang yang cenderung mengadukan musibahnya kepada makhluk, tanyalah dirimu, apakah pengaduanmu kepada makhluk berguna bagimu? Sesungguhnya semua makhluk yang engkau adukan segala masalahmu, tidak ada daya untuk menolongmu, tidaklah ada gunanya bagimu tidak juga bisa membahayakanmu tanpa keizinan dari Penciptamu. Jika engkau mengharap dan bergantung kepada makhluk, jangan sampai menyekutukan Allah. Niscaya mereka akan menjauhkan dirimu dari jalan AL HAQ,  iaitu jalan menuju keredhaan ALLAH.  Sebaliknya mereka akan menjurumuskanmu ke dalam murka ALLAH dan menghalangimu dari cura...

JANGAN BUAT 24 PERKARA INI

Ingat!! 1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. 7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikn...