Skip to main content

MESEJ ALLAH DALAM SURAH AT TAGHABUN

                                                       
        

FIRMAN ALLAH S.A.W: 
'Tidak menimpa dari sesuatu musibah kecuali dengan izin ALLAH S.A.W., dan barangsiapa yang beriman dengan ALLAH S.A.W.,  DIA memberi petunjuk dalam hatinya; dan sesungguhnya ALLAH S.A.W. dengan segala sesuatu itu Maha Mengetahui.'

Surah ini boleh dengan izin ALLAH S.A.W. boleh menyembuhkan penyakit jantung. Apabila selesai sahaja membaca ayat ini, hembuskan ke dada sebelah kiri sebanyak TIGA (3) kali. Insya-ALLAH  berkesan.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah; bagi-NYAlah kuasa pemerintahan dan bagi-NYAlah segala pujian dan DIA Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (1) 

Dialah yang mengaturkan kejadian kamu; maka ada sebahagian dari kamu yang kafir dan ada sebahagian dari kamu yang beriman dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan (serta membalas masing-masing). (2) 

Dia menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, dan Dia menentukan bentuk rupa kamu serta memperelokkan rupa kamu dan kepada-NYAlah tempat kembali. (3) 

Dia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi dan Dia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan dan Allah sentiasa Mengetahui segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada; (4) 



Bukankah telah sampai kepada kamu berita orang-orang kafir yang telah lalu? Lalu mereka merasai kesan yang buruk dari perbuatan kufur mereka dan mereka (pada hari akhirat kelak) beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (5) 

(Balasan) yang demikian itu, kerana sesungguhnya mereka pernah didatangi Rasul-rasul (yang diutus kepada) mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, maka mereka berkata: Patutkah manusia (yang seperti kami menjadi Rasul untuk) memberi petunjuk kepada kami? Lalu mereka kufur ingkar serta berpaling (dari kebenaran) dan ALLAH pun menyatakan tidak berhajatNya (kepada iman dan ketaatan mereka lalu membinasakan mereka) dan ALLAH sememangnya Maha Kaya, lagi tetap Terpuji. (6) 

(Di antara sebab-sebab kufur) orang-orang yang kafir (ialah kerana mereka) mengatakan bahawa mereka tidak sekali-kali akan di bangkitkan (sesudah mati). Katakanlah: Bahkan, demi Tuhanku, kamu akan dibangkitkan, kemudian kamu akan diberitahu tentang segala yang kamu telah kerjakan dan yang demikian itu adalah mudah bagi ALLAH melaksanakannya. (7) 

Oleh itu, berimanlah kamu kepada ALLAH dan kepada rasul-NYA serta kepada penerangan cahaya Al-Quran yang Kami turunkan dan (ingatlah), ALLAH Amat Mendalam Pengetahuan-NYA akan segala yang kamu kerjakan. (8) 

(Ingatkanlah) masa ALLAH menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan (untuk menerima balasan), itulah hari masing-masing nampak kerugiannya dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada ALLAH serta mengerjakan amal soleh, nescaya ALLAH mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar. (9) 

Dan orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli Neraka, kekallah mereka di dalamnya dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. (10) 

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin ALLAH dan sesiapa yang beriman kepada ALLAH, ALLAH akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), ALLAH Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (11) 

Dan taatlah kamu kepada ALLAH serta taatlah kepada Rasulullah; maka kalau kamu berpaling (enggan taat, kamulah yang akan menderita balasannya yang buruk), kerana sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata. (12) 

ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia dan dengan yang demikian, kepada ALLAH jualah orang-orang yang beriman wajib berserah diri. (13) 


Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka ALLAH akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (14) 

Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi ALLAH jualah pahala yang besar. (15) 


Oleh itu bertakwalah kamu kepada ALLAH sedaya supaya kamu dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaran-NYA) serta taatlah (akan perintah-perintah-NYA) dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. (16) 

Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada ALLAH, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan balasan-NYA kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat). (17) 

Dialah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, (dan Dialah jua) yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. / (18) 



Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...