Skip to main content

MONOLOG


DI SEBALIK tubuh yang berdiri
Di sebalik kaki yang melangkah
Di sebalik bibir yang mengukir senyuman
Di hati tersimpan rasa kosong.

Sungguh hijrah itu manis. Sungguh kembali kepada fitrah itu mendamaikan. Pun begitu, bersama hijrah itu KAU hantar ujian untuk menjadi teman setiaku. Satu demi satu ujian mengetuk. Datangnya silih berganti sehingga hati yang teguh mula rapuh. Saat itu hanya KAU yang memahami. Akhirnya aku sedar bersama ujian itu, hadir hadiah bernama HIKMAH.

Kekuatan, ketabahan , kecekalan dan kesabaran yang ku pinta kini ada bersamaku. Segalanya lahir dari ujian-MU. Benarlah... kasih-MU berbeza dari kasih manusia yang fana. Cara-MU yang istimewa, membuat aku rasa dihargai. Ujian hati semuanya KAU rangkum menjadi sebuah warkah cinta yang terpahat di jiwa. Kubawa kemana-mana agar ia mampu menjadi pertahanan saat jiwaku mula rasa rebah.


Sesungguhnya, KAU uji aku dengan apa yang aku tulis. Aku rasa aku sudah move on, tapi KAU kirimkan ujian untuk mengetahui apakah aku benar-benar sudah MOVE ON and MOVE OUT. 

KAU menguji keyakinanku kepada-MU. Hijrah perlukan istiqamah dan istiqamah itu payah, jiwaku memerlukan isi, dan KAU uji dengan rasa kosong. Bilamana KAU beri aku hidayah, KAU tuntun hatiku kepada kebaikan. Aku sangat sedar, KAU  tidak mengujiku melainkan kerana KAU rindu dan mahu aku bergantung SEMATA-MATA KEPADA-MU.


Dudukku dengan RABIATUL ADAWIYAH bagaikan langit dengan bumi. Pun begitu, janganlah KAU jadikan itu alasan untuk meminggirkan aku daripada memperoleh apa yang KAU berikan pada dia. 

Aku mohon kembali kepada-MU dengan keadaan suci bersih bagai kain putih. Di Akhirat nanti, KAU kurniakanlah kepadaku dapat berlindung di bawah Arasy-MU ketika mentari Mahsyar menyengat  sekujur tubuh umat manusia yang tenggelam dalam peluh sendiri. Aku mohon dapat membawa Ahli Keluarga dan Kaum Kerabat yang aku sayangi untuk turut berteduh di bawah Arasy-MU. Memang Syurga-MU sungguh indah tetapi aku mohon lebih dari itu. Aku ingin menyaksikan dengan mata kepalaku sendiri ZAT-MU yang indah. 

Semoga diriku dan mereka yang aku sayang sentiasa berada dalam kasih sayang-MU.

Allahumma Aamiin ❤️

Comments

Popular posts from this blog

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

JUTAWAN DUNIA DAN AKHIRAT

MEREKA yang digolongkan sebagai 'jutawan' mempunyai matlamat kewangan yang besar dan jelas, merangkumi matlamat menyimpan, matlamat melabur dan juga matlamat mengembangkan lagi kekayaan.  Mereka percaya bahawa wang yang disimpan adalah  pendapatan. Langkah permulaan bagaimana mereka boleh mereliasasikan matlamat ini adalah dengan mempunyai bajet. Asas kepada bajet adalah "bayar diri sendiri" 10% dari pendapatan terlebih dahulu setiap bulan sebelum membelanjakannya. Dengan cara ini, simpanan 10% pasti tidak diusik sebelum membelanjakan baki pendapatan bulanan. Sekiranya gaji adalah RM3,000, pastikan RM300 disimpan terlebih dahulu sebelum menyentuh baki RM2,700 untuk perbelanjaan yang lain.  Ada juga yang kata, hendak simpan 10% dari gaji bulanan pun susah sebab duit tidak akan cukup. Bagaimana pula dengan ini? Sekiranya sukar menyimpan 10%, mulakan dengan kecil. 1% juga memadai. Sekiranya gaji RM3,000, mustahil tidak boleh simpan RM30 dulu, bukan? Selep...

MANUSIA YANG LEBIH SESAT DARIPADA BINATANG

  (سورة الأعراف) وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ (١٧٩) "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat ALLAH), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan ALLAH), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat ALLAH). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."  (Al-A’raaf ayat 179)   Mukaddimah   Tujuan makhluk jin dan manusia diciptakan oleh ALLAH adalah supaya mereka mentauhidkan dan beribadah kepada ALLAH (Al-Zaariyat ayat 56). Beribadat kepada ALLAH adalah bukti kita mensy...