Skip to main content

PEMIMPIN DURJANA


PEMIMPIN yang membiarkan rakyat yang baik dalam kesusahan, sementara golongan yang tamak lagi mengampu punya ‘kantung penuh’ dan kekenyangan lagi mewah, maka negara akan rosak.

Penentangan terhadap pemimpin akan berlaku dari rakyat bawahan yang tertindas dan golongan yang tamak pula mula ‘besar kepala’.

Nasihat Khalifah Mu’awiyah r.a. kepada ‘Amr bin al-As yang hendak berangkat menuju ke Mesir untuk menjadi pemimpin di sana.

Kata Mu’awiyah: “Lihatlah kepada keperluan rakyat dan berusahalah untuk menunaikannya. Lihatlah kepada kemelampauan puak yang hina dan berusahalah menghapuskannya. Takutlah kepada orang baik yang lapar dan orang jahat yang kenyang. Sesungguhnya yang akan memberontak ialah orang baik apabila dia lapar dan orang jahat apabila dia kenyang”

(Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/202).



Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, “Seorang hamba yang dianugerahi jawatan untuk mengurus rakyat, kemudian dia menipu mereka, tidak menasihati dan tidak mengasihi mereka, maka tidaklah bagi dia kecuali Allah HARAMKAN SYURGA baginya.”  

Nabi Muhammad S.A.W. juga bersabda,“ Dua golongan di kalangan umatku apabila mereka bersikap baik maka baik umat seluruhnya, dan apabila mereka buruk maka buruklah seluruhnya, iaitu golongan UMARA (penguasa) dan golongan ULAMA (ahli cerdik pandai).”

“Sesungguhnya kerosakan rakyat disebabkan oleh kerosakan para PENGUASA, dan kerosakan penguasa disebabkan kerosakan ULAMA, dan kerosakan ulama disebabkan kerosakan CINTA HARTA dan KEDUDUKAN, dan barang siapa dikuasai oleh cinta duniawi dia tidak akan mampu menguruskan RAKYAT, apa lagi penguasanya.  ALLAH sebagai tempat meminta segala persoalan.” (Imam Ghazali dalam Ihya’ Ulumuddin, Juz II, hal. 381).

Ali bin Abi Talib r.a. pernah berkata: “Kekuasaan dapat bertahan di atas kekufuran tetapi tidak akan mampu bertahan di atas KEZALIMAN.” 
 


Rasulullah S.A.W. adalah pemimpin terbaik. Baginda tidak hanya membantu fakir miskin malah sentiasa duduk bersama dengan mereka sehingga baginda dapat 'merasai' denyut hati insan yang kekurangan, kelaparan dan kesempitan.

Sifat itu diteladani oleh khalifah-khalifah yang memimpin umat Islam selepas baginda. Betapa hari ini kita amat mengingini para umara yang sedemikian. Bilakah tibanya masa itu? Tunggu...

AL KISAH 


Ali hidup dalam kesempitan. Gajinya sebagai pekerja pembersihan sudah beberapa bulan belum lagi diterima. Wang simpanan untuk saat-saat kecemasan pun semakin menyusut.

Kos sara hidup tinggi. Keluarganya tidak mampu makan nasi lengkap berlauk seperti keluarga lain. Setiap hari menu yang disediakan oleh isterinya hanyalah bubur nasi dan telur.

Bila Ali mendatangi majikan dan bertanyakan bayaran gajinya, jawapan yang diberi kepadanya, "Sabarlah, ekonomi tengah down ni!"

Dia keluar dengan perasaan sedih. Hidungnya terhidu bau makanan lazat berlegar dalam bilik pejabat yang serba indah itu. Rasa terliur juga dia. Entah bila agaknya dia dan keluarganya dapat menikmati semua itu.

Mungkin benar juga ungkapan yang pernah didengarnya. "AYAM TIDAK SAMPAI HATI MEMATUK TANGAN TUANNYA TETAPI TUANNYA SANGGUP MENYEMBELIHNYA."




Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BERGANTUNG HARAPAN HANYA PADA ALLAH

PESANAN Syeikh Abdul Qadir Al Jailani: "Jika Engkau masih merasa takut dan berharap pada manusia, maka Dia menjadi tuhanmu. Jika Engkau masih menghadapkan hatimu pada harta dunia, maka Engkau adalah budaknya dan Ia menjadi tuhanmu. Tak ada cinta yang paling abadi, kecuali cinta seorang hamba kepada ALLAH yang Pencinta dan tak akan meninggalkan kekasihnya, baik saat suka mahupun saat derita". "Wahai orang yang cenderung mengadukan musibahnya kepada makhluk, tanyalah dirimu, apakah pengaduanmu kepada makhluk berguna bagimu? Sesungguhnya semua makhluk yang engkau adukan segala masalahmu, tidak ada daya untuk menolongmu, tidaklah ada gunanya bagimu tidak juga bisa membahayakanmu tanpa keizinan dari Penciptamu. Jika engkau mengharap dan bergantung kepada makhluk, jangan sampai menyekutukan Allah. Niscaya mereka akan menjauhkan dirimu dari jalan AL HAQ,  iaitu jalan menuju keredhaan ALLAH.  Sebaliknya mereka akan menjurumuskanmu ke dalam murka ALLAH dan menghalangimu dari cura...

JANGAN BUAT 24 PERKARA INI

Ingat!! 1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. 7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikn...