Skip to main content

SELAWAT


SYEIKH ABDUL QADIR AL JAILANI  qaddasallah sirrahu, memberi nasihat: 

“Ketahuilah membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah salah satu ibadah paling mulia, bentuk ketaatan paling luhur, ibadah yang paling tinggi nilainya yang diperintahkan ALLAH S.W.T. kepada kita, sebagai bentuk penghormatan, pemuliaan dan pengagungan terhadap darjat beliau. Orang yang membaca selawat dijanjikan akan mendapatkan tempat paling indah di akhirat dan pahala paling besar.

Membaca selawat adalah amal perbuatan yang menyelamatkan, ucapan paling utama, ibadah yang menguntungkan, mengandung barokah paling banyak, dan ahwal yang paling kukuh.

Dengan membaca selawat, seorang hamba dapat meraih keredhaan Tuhan yang Maha Penyayang, memperoleh kebahagiaan dan restu ALLAH S.W.T., barokah dapat dipetik, doa dikabulkan, bahkan  dapat naik ke tingkatan darjat lebih tinggi, serta mampu mengubati penyakit hati,dan diampuni dosa-dosa besarnya.

ALLAH S.W.T. berfirman:

إِنَّ اللَّهَ وَ مَلَئكتَهُ يُصلُّونَ عَلى النَّبىِّ يَأَيهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صلُّوا عَلَيْهِ وَ سلِّمُوا تَسلِيماً

“Sesungguhnya ALLAH dan Para Malaikat-NYA berselawat kepada Nabi; wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkan salam kepadanya.” (Al Ahzab [ 33]: 56)

Dalam Kitab As Safinah Al-Qadiriyah, Syeikh Abdul Qadir Al Jilani menjelaskan tentang keutamaan keutaman berselawat kepada Rasulullah SAW dengan merujuk apa yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Furhan dalam kitab Haqa’iq Al Anwar. Beliau menyebut 42 keutamaan dan keuntungan berselawat kepada Nabi. Menurutnya, “Membaca selawat kepada Nabi membuahkan banyak faedah yang boleh dirasai oleh seorang hamba:

1.   Berselawat untuk Nabi bererti melaksanakan perintah ALLAH S.W.T.
2.   Berselawat untuk Nabi bererti meniru Allah yang berselawat kepada Nabi.
3.   Berselawat untuk Nabi bererti meniru Malaikat-Malaikat-NYA yang berselawat kepada Nabi.
4.   Mendapat balasan 10 kali ganda selawat dari ALLAH S.W.T untuk diri kita pada setiap selawat yang kita ucapkan.
5.   ALLAH akan mengangkat darjat orang yang membaca selawat 10 tingkat lebih tinggi.
6.   Mendapat 10 catatan kebaikan.
7.   ALLAH S.W.T. menghapuskan 10 dosa keburukan.
8.   Berpeluang besar doanya dikabulkan ALLAH S.W.T.
9.   Selawat adalah syarat utama mendapat syafaat dari Rasulullah S.A.W.
10. Selawat adalah syarat untuk mendapat ampunan ALLAH dan akan ditutup segala aib.
11. Selawat adalah syarat untuk memperoleh perlindungan dari segala hal yang ditakuti.
12. Selawat adalah syarat seseorang dapat dekat kepada Rasulullah S.A.W.
13. Nilai selawat sama dengan nilai sedekah.
14. Selawat adalah alasan bagi ALLAH dan Para Malaikat untuk membacakan selawat balasan.
15. Selawat adalah syarat kesucian jiwa dan raga bagi pembacanya.
 16. Terpenuhinya segala keinginan.


17. Selawat adalah alasan seseorang mendapat khabar baik bahawa dirinya kelak akan memperoleh Syurga.
18. Selawat adalah faktor memperoleh keselamatan di Hari Kiamat.
19. Selawat adalah alasan bagi Rasulullah S.A.W. untuk mengucapkan selawat balasan.
20. Selawat dapat membuat pembacanya teringat akan semua hal dia terlupa.
21. Selawat dapat membuat harumnya sebuah majlis pertemuan dan orang-orang yang hadir tidak rugi di Hari Kiamat kelak.
22. Selawat dapat menghilangkan kemiskinan dan kefakiran bagi pembacanya.
23. Selawat dapat menghapus gelaran orang kikir ketika selawat dibacakan.
24. Selawat menjadi penyelamat dari doa ancaman Rasulullah bagi orang yang membaca selawat ketika namanya disebutkan.
25. Selawat akan mengiringi perjalanan pembacanya kelak di atas sirat menuju Syurga dan akan menjauh dari orang yang tidak membacanya.
26. Selawat akan menghilangkan keburukan sesuatu majlis pertemuan yang tidak dimulai dengan menyebut nama ALLAH dan Rasul-NYA.
27. Selawat adalah penyempurna pahala dari sebuah percakapan yang dimulai dengan menyebut nama ALLAH dan membaca selawat kepada Rasu-NYA.
28. Selawat adalah faktor yang dapat menyelamatkan seorang hamba ketika berada di atas sirat menuju Syurga.
29. Selawat menghapus status sebagai pembenci selawat.


30. Selawat adalah alasan bagi Allah untuk mengumumkan pujian baiknya kepada pembaca selawat tersebut di hadapan semua makhluk, baik di bumi mahupun di langit.
31. Selawat dapat mendatangkan Rahmat ALLAH.
32. Selawat dapat mendatangkan barokah.
33. Selawat dapat mempertebalkan cinta kepada Rasulullah S.A.W di mana cinta ini merupakan simpul pokok keimanan. Dan, keimanan seseorang belum sempurna tanpa adanya cinta kepada Nabi.
34. Selawat dapat memikat hati Rasulullah agar mencintai dirinya.


35. Selawat mendatangkan hidayah dan menghidupkan hati yang telah mati.
36. Selawat adalah syarat agar nama pembacanya disebut-sebut di hadapan Rasulullah S.A.W.
37. Selawat dapat memantapkan iman dan Islam serta membacanya sama dengan memberi hak yang layak diterima oleh Rasulullah S.A.W.
38. Selawat merupakan bentuk syukur kita atas segala nikmat dari ALLAH SWT.
39. Bacaan selawat mengandungi dzikir, syukur dan pengakuan atas nikmat ALLAH S.W.T.
40. Selawat yang dibaca seorang hamba adalah bentuk doa dan permohonan kepada ALLAH, terkadang doa itu dipersembahkan kepada Nabi S.A.W dan tidak jarang pula untuk dirinya sendiri, kerana selawat dapat mendatangkan tambahan pahala.
41. Selawat atas Nabi dapat melekatnya gambaran seorang Nabi yang mulia di dalam jiwa pembacanya.
42. Memperbanyak bacaan selawat atas Nabi S.A.W menjadikan dirinya satu tingkatan dengan darjat seorang Syekh Murabbi (Guru Kerohanian).

| Syeikh Abdul Qadir Al Jilani  
  / maulabillah

Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...