Skip to main content

SIFAT MALU PERHIASAN WANITA



Wanita diciptakan oleh ALLAH sangat cantik. Sungguh di sisinya ada keindahan yang mampu memikat hati para ikhwan. 

MUSLIMAH SOLEHAH yang menjadikan sifat MALU sebagai pakaian taqwanya itu mahal kerana dia mampu menghalang dirinya dari disentuh lelaki yang bukan mahram, aurat ditutup rapi supaya  lelaki ajnabi tidak boleh menjamu mata liar mereka dengan kecantikannya, dia juga tidak mudah memberikan cintanya kepada sembarangan lelaki. 


Dia mahu dirinya sentiasa dilihat indah di mata ALLAH. Izzah dan Iffah dipelihara walau di mana pun dia berada. Dia enggan menjadi bunga di taman yang keindahannya boleh dinikmati oleh semua orang, bahkan mudah dipetik oleh sebarang tangan, termasuk tangan durjana.

Sifat malu juga menjadikan muslimah solehah umpama mutiara yang tersimpan kemas di dalam peti, keindahannya hanya untuk  lelaki yang teristimewa. Dia enggan diumbar-umbar di hadapan khalayak alam nyata, apa lagi di alam maya yang tidak sunyi dari pengumpul foto jahat yang menjadikan foto wanita cantik sebagai barang dagangan di pasaran gelap. 



Sesungguhnya sifat Malu adalah sebahagian daripada Iman. Walaupun kehadiran wanita adalah sebuah fitrah, namun tanpa rasa malu, ia bakal mengundang fitnah. Wanita harus istiqamah menjaga kehormatan kerana azab ALLAH di hari kemudian amatlah berat, setiap perlakuan akan diminta pertanggungjawaban. 

Wanita - jadikan dirimu muslimah solehah di dunia dan ketua bidadari di akhirat. Hanya lelaki yang terjaga imannya layak memilikimu. Dan semoga kamu sentiasa dalam penjagaan ALLAH sampai ke syurga-NYA. 


Memang benar, sekarang sudah tidak ada wanita solehah yang setegar Khadijah, selembut Aisyah, dan seteguh Fatimah, kerana mereka itu orang-orang yang dipilih oleh ALLAH subhanahu wa Ta'ala dan di janjikan syurga. Namun insya ALLAH sekarang masih ada wanita akhir zaman yang sedang berusaha menjadi wanita solehah setegar Khadijah, selembut Aisyah, dan seteguh siti Fatimah dengan menjadikan mereka sebagai teladannya.


Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BERGANTUNG HARAPAN HANYA PADA ALLAH

PESANAN Syeikh Abdul Qadir Al Jailani: "Jika Engkau masih merasa takut dan berharap pada manusia, maka Dia menjadi tuhanmu. Jika Engkau masih menghadapkan hatimu pada harta dunia, maka Engkau adalah budaknya dan Ia menjadi tuhanmu. Tak ada cinta yang paling abadi, kecuali cinta seorang hamba kepada ALLAH yang Pencinta dan tak akan meninggalkan kekasihnya, baik saat suka mahupun saat derita". "Wahai orang yang cenderung mengadukan musibahnya kepada makhluk, tanyalah dirimu, apakah pengaduanmu kepada makhluk berguna bagimu? Sesungguhnya semua makhluk yang engkau adukan segala masalahmu, tidak ada daya untuk menolongmu, tidaklah ada gunanya bagimu tidak juga bisa membahayakanmu tanpa keizinan dari Penciptamu. Jika engkau mengharap dan bergantung kepada makhluk, jangan sampai menyekutukan Allah. Niscaya mereka akan menjauhkan dirimu dari jalan AL HAQ,  iaitu jalan menuju keredhaan ALLAH.  Sebaliknya mereka akan menjurumuskanmu ke dalam murka ALLAH dan menghalangimu dari cura...

JANGAN BUAT 24 PERKARA INI

Ingat!! 1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. 7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikn...