Skip to main content

SIKAP IBLIS



... JIKA ditanya tentang Al-Quran kepada Iblis, mudah sahaja dia menerangkan dengan sangat jelas kerana Iblis tahu bila ayat Al Quran diturunkan.
... Jika ditanya tentang Ilmu Hadist kepada Iblis, pandai sekali dia menjelaskannya, kerana dia tahu asbabul wurud dari hadist tersebut.
... Jika ditanya tentang kisah para Nabi, dengan tepat dia mampu menceritakannya kerana dia sudah wujud sejak Nabi Adam masih berada dalam syurga.

- Iblis, ahli Al-Quran, ahli Hadist , ahli Riwayat, sangat pandai dalam SEGALA ILMU ,,, tetapi Iblis  tidak menjadi kekasih ALLAH  kerana dalam diri Iblis itu ada kalimah...  ... " AKU LEBIH BAIK DARI KAMU " 
 
 
● YANG AKU TAKUT hatiku kian keras dan susah menerima nasihat, tapi pandai menasihati. 
● YANG AKU TAKUT aku merasa paling benar, sehingga menyalahkan orang lain. 
● YANG AKU TAKUT egoku terlalu tinggi, hingga merasa paling baik di antara yang lain.
● YANG AKU TAKUT  aku lupa bercermin, namun sibuk berprasangka buruk kepada yang lain.
● YANG AKU TAKUT ilmuku akan membuatku jadi sombong dan pandang rendah pada orang lain.
● YANG AKU TAKUT lidahku makin lincah membicarakan aib orang, tapi lupa aibku sendiri.
● YANG AKU TAKUT aku hanya hebat bercakap tapi tak pandai buat.
●YANG  AKU TAKUT aku pandai mengkritik, namun lemah memperbetulkan diri sendiri.
● YANG AKU TAKUT aku membenci dosa orang, namun tidak benci pada dosa sendiri.
 
Masyaallah..Subhanalllah..Allahuakbar

Semoga kita sentiasa dalam jagaan dan lindungan ALLAH S.W.T.
Aamiin ya Rabbal 'Alaamiin

  


Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...