Skip to main content

TAKE IT EASY AND BE HAPPY




KITA punya senjata yang hebat iaitu doa. Gunakan doa dalam apa sahaja situasi. Walaupun dalam keaadan samar, tidak pasti dan langsung tidak nampak apa yang bakal kita lalui, berdoalah dengan yakin. Sesungguhnya ALLAH Maha Mendengar.  

“Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada ALLAH. Sesungguhnya DIA adalah As-Samii’ (Dzat yang Maha mendengar) dan Al-’Aliim (Dzat yang Maha mengetahui).” (Surah Fushilat [41]: 36)

Doa seorang ibu.
Doa seorang isteri.
Doa seorang yang teraniaya.

DOA SANGAT BERKUASA!

Untuk menjadi bahagia, letak ALLAH dulu dalam hati, bersyukur dengan semua nikmat yang kita ada.  Bangun pagi, syukuri kita masih punya mata, telinga, tangan, kaki, bahkan setiap apa yang masih mengalir dalam diri. Bayangkan kalau kita tidak ada salah satu daripadanya! Percayalah, akan datang rasa kecukupan yang sukar ditulis dengan kata-kata. Semua masalah lain yang sedang kita hadapi akan mula nampak kecil. 

Perkara kecil boleh menjadi sangat besar bila kita sering memikirkannya. Berhati-hatilah dengan apa yang kita fokuskan dalam minda.  Ia boleh meragut bahagia. "Overthinking" boleh membawa banyak keresahan. Cuba alihkan perhatian dan minda kepada perkara lain dalam hidup. Usah sempitkan dengan perkara yang tidak perlu.  


Gunakan masa dan tenaga untuk diri sendiri.  Bacalah sesuatu yang bermanfaat yang boleh:
- Meningkatkan daya fikir.
- Mengurangkan stress.
- Meningkatkan pengetahuan.
- Menambah perbendaharaan kata.
- Memberi memori yang lebih baik.
- Menjadi lebih fokus.
- Meningkatkan kemahiran menulis.
- Lebih relaks.

BE A MORE KNOWLEDGEABLE PERSON!

Lakukan apa sahaja yang kita suka untuk jadi bahagia.  Baking, gardening, volunteering, apa sahaja. Sedarlah, hidup ini cukup indah untuk dinikmati. Letak dalam minda selalu bahawa dunia ini hanyalah sementara. Jangan taksub dengan apa-apa saja. Tenang-tenang...  Take it easy and be happy!

Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...