Skip to main content

TAZKIRAH PETANG JUMAAT



LAKUKAN apa jua kebaikan demi LILLAHI TAALA. Hati akan rasa lega. Hati akan rasa redha. 
Yang terbaik hanya dari ALLAH.

Seberat mana ujian dalam hidup, jangan sesekali hilang harapan. Kebahagiaan terletak pada hati. Dan hati pula berada dalam genggaman ALLAH. Hidup ini untuk ALLAH. Ujian datang dari ALLAH, maka penyelesaian juga datang dari DIA.

ALLAH datangkan ujian supaya kita kuat.
ALLAH tangguhkan sesuatu supaya kita sabar.
ALLAH hilangkan sesuatu supaya kita redha.
Semuanya penuh dengan hikmah.

ALLAH tidak membiarkan hamba-NYA terbeban dengan ujian begitu lama. ALLAH sengaja membiarkan hamba itu mengulang-ulang doa tanpa putus asa kerana di DALAM DOA ITU ADA TAUTAN RASA, HARAPAN DAN IMAN.

Hidup ini untuk ALLAH. Dan semua didikan ini juga dari ALLAH yang berjanji dalam firman-NYA:

"ALLAH tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya..." 
(Surah Al Baqarah #286).


4 JENIS KESIBUKAN DAN PENGAKHIRANNYA

- Sesiapa yang sibuk dengan NAFSU SYAHWAT, dia akan terlibat dengan TIPU DAYA PEREMPUAN.
- Sesiapa yang sibuk MENGEJAR HARTA, dia akan terjebak dengan PENDAPATAN HARAM.
- Sesiapa yang sibuk MEMBERI MANFAAT kepada umat Islam, dia mesti BERSIKAP RAMAH.
- Sesiapa yang sibuk BERIBADAH, dia MESTI BERILMU.

Mati itu adalah pengakhiran kekayaan, kesihatan, kekuasaan, kecantikan, kebanggaan, kedudukan, pendidikan dan segala-galanya. Semoga Allah kurniakan kita dengan Husnul Khotimah. 

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, bermaksud:
Barang siapa yang bangun di pagi hari, dan hanya dunia yang difikirkan olehnya, sehingga seolah-olah dia tidak melihat hak Allah ke atas dirinya, maka Allah menanamkan 4 penyakit kepadanya.

1 kebingungan yang tiada putusnya.
2 kesibukan yang tidak ada hujungnya.
3 keperluan yang tidak pernah cukup.
4 angan-angan yang tiada penghujung.

Renungkanlah.

MENJADI YANG TERBAIK
Jika mampu jadilah pepohon di bukit yang tinggi. Jika tidak, cukuplah jadi rumput. Tapi biarlah rumput yang paling hijau di muka bumi.

IKHLAS

Ikhlas itu tidak ada sekolahnya.
Ikhlas itu tinggi ilmunya
Ikhlas itu belajarnya seumur hidup
Belajarlah ikhlas di setiap kesempatan
Hati orang ikhlas ada ketenangan.

PENGHUNI LANGIT

Jika bercita-cita hendak menyentuh LANGIT dan dikenali penduduknya, para Malaikat dan Nabi, maka banyakkan menyentuh dan sujud ke BUMI.

MATA

Kita punya mata yang sama
Tapi cara pandangan sesama kita berbeza.
Kita punya pangkat berbeza
Tapi ALLAH pandang kita semua sama.

BERBALIK KEPADA DIRI SENDIRI

Satu hari nanti semuanya akan berbalik kepada diri.
Yang menyayangi akan disayangi.
Yang menghargai akan dihargai.
Yang membantu akan dibantu.
Yang menyakiti akan disakiti.
Yang membenci akan dibenci.
Yang membiar akan terbiar.


♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

Ya ALLAH, aku rindukannya kerana-MU.
 Ya ALLAH, Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepada-MU . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

Terima kasih Ya ALLAH kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalan-MU ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥"


Comments

Popular posts from this blog

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

JUTAWAN DUNIA DAN AKHIRAT

MEREKA yang digolongkan sebagai 'jutawan' mempunyai matlamat kewangan yang besar dan jelas, merangkumi matlamat menyimpan, matlamat melabur dan juga matlamat mengembangkan lagi kekayaan.  Mereka percaya bahawa wang yang disimpan adalah  pendapatan. Langkah permulaan bagaimana mereka boleh mereliasasikan matlamat ini adalah dengan mempunyai bajet. Asas kepada bajet adalah "bayar diri sendiri" 10% dari pendapatan terlebih dahulu setiap bulan sebelum membelanjakannya. Dengan cara ini, simpanan 10% pasti tidak diusik sebelum membelanjakan baki pendapatan bulanan. Sekiranya gaji adalah RM3,000, pastikan RM300 disimpan terlebih dahulu sebelum menyentuh baki RM2,700 untuk perbelanjaan yang lain.  Ada juga yang kata, hendak simpan 10% dari gaji bulanan pun susah sebab duit tidak akan cukup. Bagaimana pula dengan ini? Sekiranya sukar menyimpan 10%, mulakan dengan kecil. 1% juga memadai. Sekiranya gaji RM3,000, mustahil tidak boleh simpan RM30 dulu, bukan? Selep...

MANUSIA YANG LEBIH SESAT DARIPADA BINATANG

  (سورة الأعراف) وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ (١٧٩) "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat ALLAH), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan ALLAH), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat ALLAH). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."  (Al-A’raaf ayat 179)   Mukaddimah   Tujuan makhluk jin dan manusia diciptakan oleh ALLAH adalah supaya mereka mentauhidkan dan beribadah kepada ALLAH (Al-Zaariyat ayat 56). Beribadat kepada ALLAH adalah bukti kita mensy...