Skip to main content

TEMPAT TUMPAH CINTA ALLAH



IKHLAS 

Ikhlas adalah dari perkataan Arab. خ ل ص - خلص ( habis). Maka maksud ikhlas itu ialah berhabis. All out. Ikhlas itu satu tuntutan. Tuntutan dari الله dalam apa jua urusan.

Pertama-tama dan selamanya, ikhlaskan niat! Bila kita berhempas-pulas all out buat sesuatu sampai hati kita akui yang diri kita terkesan dengan perbuatan itu, itulah kerja yang ikhlas. Keikhlasan yang الله pandang. Keikhlasan yang bukan kosong!

Zaman Nabi s.a.w., sahabat berperang dengan ikhlas. Mereka tidak harap naik pangkat atau dapat ghanimah. Mereka berperang demi membela agama الله. Tinggalkan rumah dan harta. Tinggalkan anak isteri tercinta. Korbankan keselamatan jiwa raga.

Itulah ikhlas. All out sampai terasa dalam hati sendiri. Ikhlas itu, diri kita sahaja yang boleh menilai. ALLAH sahaja yang lebih tahu. Orang lain cuma boleh merasa. 
Kalau orang Islam IKHLAS dalam semua hal, nescaya kita jadi warga bumi yang terhebat. Sebabnya? Segala yang dibuat dengan ikhlas, pasti menjadi!
Kalau sungguh ikhlas, tidak perlu beritahu sesiapa yang kita ikhlas. Tidak perlu mengaku ikhlas. ORANG LAIN BOLEH RASA.
 

ALLAH S.W.T. mengukur ibadah seseorang hamba berdasarkan keikhlasan terhadap-NYA. Itulah pintu pahala, amalan penolak bencana dan penyebab turunnya rahmat ALLAH S.W.T. Individu yang ikhlas sentiasa merasa ALLAH memperhatikan setiap tindakannya.

Keikhlasan dicapai bila hati:
• Sentiasa berniat dengan tulus `Sahaja saya melakukan kerja ini kerana ALLAH Taala`.
• Sentiasa menilai sendiri setiap amalan yang dilakukan. Jika terasa kurang ikhlas, segera bertaubat dan beristighfar.
• Bila menerima pujian, beristighfar dan mengembalikan pujian itu kepada ALLAH.
• Bersabar apabila doa belum dimakbul.
• Menyembunyikan ibadah daripada pengetahuan umum.
• Sentiasa berdoa agar dijauhi daripada semua sifat mazmumah seperti riyak, ujub, bangga diri.       
Kekadang tercetus lintasan yang timbul tenggelam sekali-sekala di dalam hati agar orang lain tahu akan amalan dan jasa baiknya, namun itu tidak menjejaskan keikhlasan yang telah terpaku di hatinya. Lintasan fikiran sebegini tidak dapat dielakkan kerana manusia sentiasa digoda bisikan syaitan, kecuali fikiran mahu menunjuk-nunjuk itu telah sebati di hatinya, barulah dia dikatakan riyak.

Pun begitu, bukan semua amalan yang dipamerkan adalah riyak. Jika nawaitu sucinya ialah supaya amalan itu dijadikan teladan, ataupun untuk mengelakkan dirinya daripada menjadi bahan tohmahan, maka itu tidak dikatakan riyak. 


Insan menyembah, memuja dan memuji ALLAH SWT bukan kerana takutkan neraka-NYA atau kerana ingin memasuki syurga-NYA, walaupun di dalam Al-Quran memang terdapat  banyak rujukan mengenai keindahannya dan keberuntungan insan yang berjaya masuk ke sana. Bukan itu alasannya.

Sesungguhnya ALLAH disembah semata-mata kerana DIA yang mencipta dan meniupkan roh ke dalam tubuh kecil insan ketika sedang berada dalam rahim ibu, lengkap dengan jasmani dan akal fikiran yang sempurna. Setelah lahir, insan diberi peluang menghirup udara-NYA dan dibenarkan menjejakkan kaki ke bumi-NYA.

Ketika menjalani kehidupan seharian, diberikan pula nikmat makan minum, pakaian serba indah, kediaman selesa, juga bekalan berupa ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam bidang masing-masing bagi membolehkan insan meneruskan kelangsungan hidupnya. Mana mungkin insan tersebut menjalani kehidupannya tanpa memanjatkan kesyukuran di atas semua kelebihan itu.

Untuk memastikan insan tidak leka dalam nikmat kesenangan, diturunkan pula ujian, dugaan dan musibah agar insan tidak lupa akan kehadiran-NYA, dan sentiasa kembali kepada-NYA untuk memohon dibebaskan daripada semua kesulitan. DIA sentiasa memastikan ujian yang diturunkan itu mampu dipikul oleh hamba-NYA. Dari situlah nanti DIA tahu tahap keimanan insan tersebut – sama ada gred A, B, C atau D.

Keadaan hidup di dunia ini tidak jauh bezanya dengan alam persekolahan di mana manusia terpaksa menduduki peperiksaan bagi menguji tahap diri, sama ada layak atau tidak untuk ke peringkat seterusnya.


Manusia yang ikhlas semata-mata kerana ALLAH, akan merasakan bahawa Zat Yang Agung itu merupakan sahabat dan kekasih setia yang sentiasa bersedia mendengar rintihannya pada bila-bila masa jua. Manusia itu tahu dia pasti tidak akan dibiarkan bersendirian tanpa bimbingan-NYA.   

Manusia yang ikhlas kerana ALLAH, berakhlak mulia, kerap bertaubat di atas segala kesalahan dan kesilapan, mengamalkan amal makruf nahi mungkar, bersifat sabar, sentiasa menjaga silaturrahim sesama manusia dan selalu bersegera menghulur bantuan berupa tenaga dan hartabenda kepada yang memerlukan, tidak akan digelincirkan oleh mana-mana makhluk ciptaan-NYA yang lain, sekalipun dijanjikan kemewahan dan kemasyhuran dunia. Ini adalah kerana dia meletakkan kasihnya pada ALLAH di hadapan, di belakang, di kiri, di kanan dan di atasnya. 

Syurga dan neraka adalah milik mutlak ALLAH S.A.W.  Tiada sesiapapun layak menentukan siapa masuk syurga dan siapa pula masuk neraka. Yang menguruskan semua itu adalah DIA. Ini berdasarkan hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a. yang menyebut bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
”Amal soleh seseorang di antara kamu sekali-kali tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga”. Mereka (para sahabat) bertanya, “Begitu juga engkau ya Rasulullah?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Tidak juga aku melainkan Allah melimpahkan kurniaan dan rahmat-Nya kepadaku”.

BAHAGIALAH DENGAN CINTA ALLAH


ADA yang bahagia dengan mengikut nafsu.
Ada yang bahagia dengan mujahadah nafsu.
Ada yang bahagia dengan kenyang.
Ada yang bahagia dengan kelaparan.
Ada yang bahagia dengan bercakap.
Ada yang bahagia dengan diam.

Firman ALLAH S.W.T.

وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكاً
“Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-KU, maka sungguh, dia akan menjalani kehidupan yang sempit.” (Surah Thaha ayat 124)

HATI ITU TEMPAT TUMPAH CINTA ALLAH


Hasan Al Basri pergi mengunjungi Habib Ajmi, salah seorang sufi besar. Pada waktu solat, Hasan mendengar banyak bacaan solat Ajmi yang kurang sempurna. Oleh kerana itu, Hasan memutuskan untuk tidak solat berjemaah dengannya. Dia menganggap kurang elok bagi dirinya untuk solat bersama orang yang tidak mengucapkan bacaan solat dengan tepat.

Pada malam itu, Hasan Al-Basri bermimpi. Dia mendengar Tuhan berbicara kepadanya, “Hasan, jika saja kau berdiri di belakang Habib Ajmi dan menunaikan solatmu, kau akan memperoleh keredhaan-KU, dan solat mu itu akan memberimu manfaat yang jauh lebih besar daripada seluruh solat dalam hidupmu. Kau cuba mencari kesalahan dalam bacaan solatnya, tapi kau tidak melihat kemurnian dan kesucian hatinya. Ketahuilah, AKU lebih menyukai hati yang tulus daripada pengucapan tajwid yang sempurna".

Penilaian ALLAH S.W.T tidak sama dengan penilaian dengan manusia. Manusia hanya menilai berdasarkan apa yang dilihat dan didengarnya. 


Jika orang sibuk dengan dunia, sibukkanlah diri kita dengan akhirat. Jika orang sibuk dengan memperindahkan penampilan diri,  sibukkanlah diri kita dengan memperindah dan mempercantikkan hati. Jika orang sibuk memakmurkan rumah dan gedung mereka, sibukkanlah diri kita dengan memakmurkan kuburan. Jika orang sibuk mengabdi diri kepada sesama manusia, sibukkanlah diri kita dengan mengabdi diri kepada Allah. Jika orang sibuk mengata aib orang lain, sibukkanlah diri kita dengan keburukan diri sendiri.

Jangan zalimi diri sendiri dengan dosa dan kemungkaran. Pelihara diri dengan mematuhi perintah dan menjauhi larangan. Maka diri akan selamat daripada Kemurkaan. Lindungi hati daripada kegelapan dosa dan segala penyakit hati dengan memberinya makanan iman dan taqwa. Jagalah agar ia sentiasa menerangi roh dan menyuluh jalan kepada-NYA. Setiap urusan dan perihal di dunia mahupun di akhirat, ALLAH sentiasa ada dan berkuasa di atas setiap sesuatu. Di awal dan akhirnya. Bukalah mata hati agar sentiasa melihat-NYA dalam jaga dan lena, dalam hidup dan mati.

Jadikanlah kehidupan di dunia ini sebagai taman ibadah yang akan menghantar kita ke taman-syurga ALLAH. Kita berkumpul di sana. In sya Allah.




Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...