Skip to main content

THE MOTHER OF ORPHANS



SIDHUTAI SAPKAL, berasal dari  Wardha, India. Kini usianya menjangkau 72 tahun. Dia digelar "Mother of Orphans". 

Dia dikahwinkan ketika berusia 11 tahun dengan seorang lelaki 20 tahun lebih tua dari dia. Ketika usia 20 tahun, dalam satu perbalahan dia telah dibelasah oleh suaminya, Perutnya yang sarat mengandung itu ditendang teruk. Kemudian rambutnya ditarik, diseret, dicampak keluar dan dihalau dari rumah. Sidhutai Sapkal meraung kesakitan. Darah membasahi bajunya, tetapi tidak ada siapa yang peduli. Tidak ada yang menghulurkan bantuan. 

Dalam keadaan sarat mengandung, Sidhutai Sapkal perlahan perlahan menuju ke kandang lembu. Di situ dia duduk menangis kesakitan. Pada malam itu sekali lagi Sidhutai Sapkal diuji. Bayangkan, dalam keadaan najis lembu di merata-rata, bau busuk yang menusuk hidung, Sidhutai Sapkal bertarung nyawa seorang diri melahirkan anak ketiganya. 

Dalam keadaan terbaring bersama si anak yang sedang menangis kelaparan, dia meraba-raba dalam gelap mencari sesuatu untuk memotong tali pusat anaknya. Dicapainya seketul batu lalu diketuk tali pusat itu sehingga hancur dan terputus. Dia terbaring menahan sakit. Si anak menangis menahan sejuk dan lapar. 

Keesokan harinya, Sidhutai Sapkal bersama anaknya berjalan pulang ke rumah ibu bapanya. Malangnya, ibu bapanya juga tidak menerima, malah menghalau dia pergi. Segala harapannya kini hancur lebur. Apa yang bermain di benaknya ketika itu hanyalah mahu menamatkan segala kesengsaraan dengan membunuh diri. Perlahan dia berjalan membawa diri mencari tempat perlindungan sehingga tiba di tempat pembakaran mayat. Dia melihat ada upacara pembakaran mayat sedang dilakukan. Dia duduk melepaskan lelah. Sudah seharian dia berjalan. Perutnya juga sudah lapar. 

Selesai upacara itu, dia terlihat ada tepung yang ditinggalkan. Diambil tepung itu, dimasukkan sedikit air, diuli menjadi roti lalu dibakar di atas tempat pembakaran mayat tersebut. Dengan roti itu dia mengalas perutnya. Susunya mula keluar dan anaknya dapat minum sehingga tertidur. Dia melihat wajah anaknya, lalu dia membayangkan anaknya itu membesar menjadi orang yang luar biasa. 

Berbekalkan kekuatan itu, dia meneruskan kehidupannya. Dia mengemis di stesen keretapi dengan menyanyi untuk mencari sesuap roti. Itu sahaja yang mampu dilakukan olehnya. Pada waktu itu, dia melihat ramai anak-anak kecil yang hidup gelandangan tanpa keluarga. Diambil anak-anak tersebut menjadi anak angkatnya. Dia menjaga mereka walaupun dia sendiri dalam keadaan yang tidak mencukupi. Semakin hari semakin ramai anak-anak  jalanan yang dibantunya. Dia berusaha  memberi kesenangan kepada mereka semampunya. Dari 5 orang anak yatim, bilangan anak yang dijagainya bertambah menjadi lebih 1000 orang. 

Bekas suaminya yang ketika itu berusia 80 tahun telah datang memohon kemaafan dan simpati serta belas ehsan dari Sidhutai Sapkal. Dia memaafkan bekas suaminya dan menerimanya sebagai anak yatim jagaannya. 

Sidhutai Sapkal telah menerima lebih 700 anugerah. Ketika ditanya oleh wartawan, "Kenapa puan bantu anak-anak itu sedangkan hidup puan sendiri miskin, makan sendiri pun tak tentu. Kenapa masih susahkan diri untuk mereka?" 

Jawapan Sidhutai Sapkal sungguh luar biasa. Katanya "Saya hidup selepas memakan roti yang dibakar di atas tempat pembakaran mayat orang mati. Kini saya hidup untuk orang lain."

Ketiga-tiga anaknya mempunyai ijazah PhD dan memegang jawatan tinggi. Mereka berjaya menjadi orang luar biasa sama seperti apa yang dibayangkannya suatu masa dahulu. Walaupun anak-anak sudah kaya dan berjaya, Sidhutai Sapkal tetap meneruskan kehidupan bersama anak-anak jalanan. Ramai anak jalanan di bawah jagaannya menjadi manusia yang berguna. Ada yang jadi doktor, peguam, arkitek, jurutera dan sebagainya. Sidhutai Sapkal menghidupkan jiwa mereka yang dulunya dipandang hina oleh masyarakat, tetapi kini dipandang mulia. Dia melakukannya semata-mata atas dasar kemanusiaan. Hari ini dia dipanggil Dr. Sithudai Sapkal. Filem mengenai riwayat hidupnya telah memenangi beberapa anugerah pada 2010. 


Itulah "Grand Why Sidhutai Sapkal". Kita pula hidup untuk apa? Adakah sekadar belajar tinggi lalu peroleh gaji dan pangkat semata? Apa sumbangan kita kepada ummah? Sidhutai Sapkal mengajar kita tentang beberapa perkara: 

1. Besar macam mana sekalipun masalah hidup kita, pasti ada jalan penyelesaiannya. Usah cepat putus asa. Tuhan sentiasa ada bersama kita. 

2. Hidup susah bukanlah alasan untuk tidak membantu dan memberi kepada orang lain. Sebenarnya itulah jalan terbaik untuk keluar dari kesusahan hidup. Apabila kita mudahkan hidup orang lain, Tuhan akan permudahkan hidup kita pula. 

3. Memaafkan itu pilihan terbaik. Dendam hanya membuatkan diri menderita. Tidak pernah rugi hidup orang yang memaafkan orang lain. Itulah juga yang diajar oleh baginda Nabi S.A.W. 

4. Apabila sudah senang, jangan lupa diri. Jangan sombong. Usah cepat berubah kerana kesenangan dunia. Ia tidak memberi ketenangan pun. 

5. Tiada yang mustahil atas dunia ini. Jika kita berusaha maka Tuhan akan beri hasilnya. Tidak pernah rugi orang yang berbuat baik untuk kesenangan orang lain. Itu sifat yang mulia. 

Semoga kita sentiasa istiqamah dalam kebaikan terhadap orang lain. Ingat, kita semua adalah khalifah di atas muka bumi ini. 

 

Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BERGANTUNG HARAPAN HANYA PADA ALLAH

PESANAN Syeikh Abdul Qadir Al Jailani: "Jika Engkau masih merasa takut dan berharap pada manusia, maka Dia menjadi tuhanmu. Jika Engkau masih menghadapkan hatimu pada harta dunia, maka Engkau adalah budaknya dan Ia menjadi tuhanmu. Tak ada cinta yang paling abadi, kecuali cinta seorang hamba kepada ALLAH yang Pencinta dan tak akan meninggalkan kekasihnya, baik saat suka mahupun saat derita". "Wahai orang yang cenderung mengadukan musibahnya kepada makhluk, tanyalah dirimu, apakah pengaduanmu kepada makhluk berguna bagimu? Sesungguhnya semua makhluk yang engkau adukan segala masalahmu, tidak ada daya untuk menolongmu, tidaklah ada gunanya bagimu tidak juga bisa membahayakanmu tanpa keizinan dari Penciptamu. Jika engkau mengharap dan bergantung kepada makhluk, jangan sampai menyekutukan Allah. Niscaya mereka akan menjauhkan dirimu dari jalan AL HAQ,  iaitu jalan menuju keredhaan ALLAH.  Sebaliknya mereka akan menjurumuskanmu ke dalam murka ALLAH dan menghalangimu dari cura...

JANGAN BUAT 24 PERKARA INI

Ingat!! 1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. 7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikn...