Skip to main content

TIPU PELANGGAN HIDUP HILANG KEBERKATAN


KEPADA kawan yang berniaga. Simpan pesanan ini dalam hati.

Bila hendak jual apa jenis produk pun jangan sesekali beri jaminan produk tu berkesan. Kalau henfak sebut pun sertailah dengan Insya ALLAH (jika diizinkan ALLAH).

Tapi lebih bagus sekadar ingatkan pelanggan tentang kepentingan berusaha untuk perolehi sesuatu yang lebih baik. 

Bila follow up pelanggan bank in duit, jangan provoke pasal stok tinggal sikit dan sebagainya. Apatah lagi menipu barang yang pelanggan hendak, ada orang lain pun yang hendak juga. “Kak bank in hari ini kak ya. Sebab ada customer lain nak juga barang yang akak order tu”.

Tak perlu buat begitu. Doakanlah semoga pelanggan dimudahkan urusannya. Dalam hati kita berharap moga customer membeli untuk dapat kebaikan produk. Ingat hati manusia ALLAH yang pegang. 

Bila pelanggan yang di follow up tidak berminat atau sudah beli produk dengan orang lain, usah sedih. 
Jangan terus senyap, doakan semoga produk yang dibeli bermanfaat pada pelanggan.

Perkara kedua, jangan perdaya pelanggan dengan menawarkan produk yang tidak bermutu, contohnya produk sudah menghampiri tarikh luput, rosak dan sebagainya.


Kadangkala kita selalu nampak rezeki dalam bentuk DUIT. Kita selalu kufur nikmat lain yang ALLAH telah berikan. Walhal, ALLAH beri kita peluang perbaiki diri setiap hari. Apa jua benda baik yang kita perolehi adalah rezeki.

Rezeki kita masih hidup, bernyawa dan di beri kesihatan yang baik malah kita punya kesempatan MASA untuk bertaubat atas dosa yang lalu. Sebab ada orang yang yang hari ini dia tidak bernafas dan sudah pergi menghadap ILAHI. Kita yang masih hidup bersyukurlah walaupun pada sekecil-kecil nikmat rezeki yang ALLAH beri.

Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...