Skip to main content

UJIAN MENGENTALKAN JIWA


SESETENGAH orang menempuh perjalanan yang panjang kepada Tuhan. Mereka adalah golongan yang mencari.

Sebahagian lagi menempuh perjalanan yang singkat kepada Tuhan. Mereka adalah golongan yang dicari. Mereka ditimpa perasaan putus asa setelah menghadapi masalah dunia yang berat. Sehingga pilihan terakhir yang ada pada mereka adalah bergantung kepada Tuhan semata. Musibah adalah cara Tuhan mendekatkan hamba kepada-NYA.

Janganpernah mengeluh bila diri ditimpa musibah atau ujian. Lihatlah hikmah di sebalik ujian tersebut.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَزَالُ الْبَلَاءُ بِالْمُؤْمِنِ وَالْمُؤْمِنَةِ فِي نَفْسِهِ وَوَلَدِهِ وَمَالِهِ حَتَّى يَلْقَى اللَّهَ وَمَا عَلَيْهِ خَطِيئَةٌ

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Ujian akan sentiasa menimpa orang mukmin  sama ada lelaki mahupun perempuan, pada dirinya, anak dan hartanya hingga ia bertemu Allah dengan tidak membawa satu kesalahan (dosa) pun atasnya." (HR Tirmizi No: 2323) Hadis Hasan Sahih.

Pengajaran:

Setiap bala atau ujian musibah yang dihadapi oleh orang mukmin sama ada pada dirinya, ahli keluarga, serta harta adalah sebagai penghapus dosa-dosanya. Al-Baghawi menyebutkan: Tidak ada satupun musibah yang menimpa seorang hamba, demikian pula musibah yang lebih besar dan luas darinya, kecuali kerana sebab dosa yang Allah mengampuninya hanya dengan cara menimpakan musibah tersebut kepadanya atau  Allah hendak mengangkat darjatnya kepada suatu darjat kemuliaan hanya dengan cara menimpakan musibah tersebut kepadanya” (Tafsir Al-Baghawi: 4/85)

Setiap kesusahan mahupun keperitan itu sebagai penghapus dosa dan peninggi darajat. Hadis Nabi SAW:

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ شَوْكَةٍ فَمَا فَوْقَهَا إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً أَوْ حَطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةً

Daripada 'Aisyah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada satupun musibah (kesusahan) yang menimpa seorang muslim berupa duri atau yang semisalnya, melainkan dengannya Allah akan mengangkat darjatnya atau menghapus kesalahannya." (Sahih Muslim No: 4665) Status: Hadis Sahih

Islam mengajar umatnya bersabar diatas setiap musibah serta kesusahan yang dilalui seperti penularan wabak Covid 19 sekarang.


ALLAH mendatangkan wabak penyakit tersebut untuk kita bermuhasabah, mendekatkan diri kepada ALLAH diatas kelemahan dan kesilapan kita. Semoga ALLAH mengampunkan dosa kita dan mengangkat darjat kita di sisi-NYA.  Orang yang ditimpa musibah seperti penyakit atau kesakitan akan digugurkan segala dosanya dan ditinggikan darjat.  Moga kita dapat bersabar dengan setiap ujian musibah mahupun penyakit

"Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) ALLAH akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan"[(Surah at-Talaq ayat 7).

Tiada orang yang hidup sihat selama-lamanya. Tiada orang yang hidup selesa terus-menerus. Tiada manusia yang sunyi daripada masalah. Maka, kita mesti sentiasa bersedia sebelum sesuatu berlaku. Jika sudah berlaku, yakinilah ALLAH akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.

Seorang muslim mesti memiliki jiwa kental, terutama bagi para pejuang yang menyebarkan risalah Islam. Pelbagai rintangan pasti menghalang setiap langkah. Namun, jangan mengeluh dan menyesal. Sikap ini tidak sesuai dengan kebenaran misi yang terletak di bahu serta bertentangan dengan wahyu.

Apabila kesusahan, cabaran dan rintangan menimpa, hadapilah dengan gagah berani. Yakinilah bantuan ALLAH. Seberat mana pun yang dihadapi, ALLAH berkuasa untuk membantu.

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan"(Surah Insyirah ayat 5-6).

Ingatlah, setiap masalah yang dihadapi pasti ada hikmah. Salah satu hikmah yang kita peroleh ialah masalah dan cabaran yang datang akan membuat jiwa kita lebih kental.

Hadapilah dengan sabar di samping mengharapkan bantuan ALLAH.

Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...