Skip to main content

WANITA PENGGODA


PADA abad pertama hijriyah, di zaman tabi’in, terdapat seorang wanita yang cantik menawan. Dia  amat mengagumi kecantikan dirinya. Walaupun sudah bersuami dia tidak pernah berhenti menggoda lelaki. 

Suatu hari ketika sedang bercermin, dia bertanya kepada suaminya, “Wahai suamiku, adakah di Makkah ini lelaki yang tidak akan tergoda dengan wajah cantikku?” 

“Ada, ” jawab sang suami.

“Siapa?” tanya sang isteri.

“Ubaid bin Umair.” jawab suami.

Sang isteri diam sejenak. Dia merasa tercabar dan ingin membuktikan bahawa kecantikannya akan mampu menundukkan ulama itu. “Wahai suamiku, bolehkah aku membuktikan bahawa aku boleh membuat Ubaid bin Umair bertekut lutut di depanku?”

Sang suami terkejut dengan permintaan ekstrem itu, tetapi dia sendiri juga merasa rancangan isterinya itu akan menjadi sesuatu yang menarik ... untuk menguji kesolehah seorang ulama. “Silakan, aku izinkan.”

Setelah merias diri secantik mungkin, berangkatlah wanita itu mencari Ubaid bin Umair di Masjidil Haram. Ubaid adalah seorang ulama yang lahir semasa Rasulullah saw masih hidup. Nama lengkapnya Ubaid bin Umair bin Qatadah Al Laitsi Al Junda’i Al Makki. Beliau wafat pada tahun 74 hijriyah.

Saat menjumpai Ubaid, wanita itu berpura-pura meminta nasihat. Dia memberi alasan hal itu sangat penting dan meminta Ubaid pindah ke pojok masjid. Sesampainya di sana, wanita itu membuka niqabnya dan tampaklah wajah cantiknya laksana bening rembulan.

“Apa yang kau buat ini?” tanya Ubaid melihat kejanggalan wanita tersebut.

“Sungguh, aku mencintaimu. Aku hanya ingin jawapan darimu,” sergah wanita itu, terus berusaha menggoda Ubaid.

“Sebentar,” kata Ubaid. Kini nada suaranya mulai naik. “Ada beberapa soalan yang jika kau menjawabnya dengan jujur, maka aku akan menjawab soalan kau tadi.”

“Baik, aku akan menjawabnya dengan jujur.”

“Pertama, andai Malaikat Maut datang menjemputmu saat ini, adakah kau suka aku penuhi ajakanmu?” 

Wanita itu tidak menyangka akan mendapatkan soalan yang langsung mengingatkannya dengan kematian. Dia menjawab “Tidak”

“Kedua, andai saat ini kau berada di alam kubur dan sedang didudukkan oleh Malaikat Munkar dan Nakir untuk disoal, adakah kau suka aku penuhi ajakanmu?”

“Tidak” jawabnya.

“Ketiga, andainya saat ini semua manusia menerima catatan amalnya dan kau tak tahu adakah kau akan mengambilnya dengan tangan kanan atau tangan kiri, adakah engkau suka aku memenuhi ajakanmu?”

“Tidak”

“Keempat, andai saat ini seluruh manusia dibawa ke timbangan amal dan kau tak tahu adakah timbangan amal kebaikanmu lebih berat atau justeru amal buruknya yang lebih berat, apakah engkau senang jika aku memenuhi ajakanmu?”

“Tidak”

“Kelima, andai saat ini kau berada di hadapan ALLAH untuk diminta tanggungjawab atas semua nikmat-NYA yang telah dianugerahkan kepadamu, masihkah tersisa rasa suka di hatimu jika aku memenuhi ajakanmu?”

“Demi ALLAH tidak”

“Kalau begitu, takutlah kepada ALLAH yang telah memberikan segala nikmat kepadamu.” 

Kini dia tak kuasa menahan air mata. Tadi dia datang ke Masjidil Haram berpura-pura mencari nasihat, kini ia benar-benar mendapat nasihat yang sungguh menyentuh jiwanya. Dia bergegas pulang. Sesampainya di rumah, sang suami terkejut melihatnya bersedih.

“Apa yang berlaku?” tanya suaminya.

“Kita ini termasuk dalam kalangan orang yang celaka,” jawab wanita itu. Kemudian dia mengambil wudhu dan solat taubat.


Hari-hari berikutnya, dia berubah secara drastik. Dia tidak lagi membanggakan kecantikannya. Dia tidak lagi suka berdandan pada setiap malam. Dia berubah menjadi ahli solat dan ahli puasa.

Mudah-mudahan kisah ini ada manfaatnya..
Barakallahufiikum.


NASIHAT BUAT KAUM HAWA

Wanita jangan hanya sibuk berlumba untuk cantikkan diri bila lihat wanita lain lebih cantik dari diri-Mu. Berusahalah untuk berlumba belajar agama dengan wanita yang lebih tahu tentang agama, kerana kelak anak-anakmu tidak memerlukan ibu yang hanya tahu mempersiapkan diri untuk cantik semata-mata tetapi mereka lebih memerlukan ibu yang tahu mengajar mereka ilmu agama.. Kecantikan tiada gunanya untuk anak-anakmu kelak jika kau tidak tahu sedikit pun tentang agama.



Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...