ANDA TAHU TAK?
Pemuda Al kahfi yang ada 7 orang tidur 309 tahun. Bersama mereka ada seekor anjing.
(Surah Al-kahf ayat 17)
ANDA TAHU TAK?
ALLAH membolak-balikan badan mereka supaya tidak berkulat, ALLAH hentikan segala macam bulu di tubuh mereka, ALLAH kukuhkan pakaian mereka supaya tidak reput.
ANDA TAHU TAK?
Nabi Uzair tidur 100 tahun. Bersama beliau ada seekor keldai. Keldai yang tulang pun dah hancur jadi debu. (selepas 100 tahun). Maha Suci Allah, ALLAH tunjukkan debu jadi tulang, dibalut daging dan bulu. Kemudian bercantum semula jadi keldai.
ANDA TAHU TAK?
Amalan yang dilakukan oleh Bilal bin Rabah sehingga kedengaran tapak kaki beliau di dalam syurga adalah solat sunat wuduk.
ANDA TAHU TAK?
Malam sebelum Isra' Mikraj, dada Rasulullah S.A.W dibelah untuk kali kedua. Kali pertama ketika berusia 5 tahun. Kemudian hati baginda S.A.W dibasuh dengan air zamzam.
ANDA TAHU TAK?
Perihal Burraq yang berwarna putih, lebih kecil dari kuda, dan lebih besar dari keldai. Kelajuan sejauh mata memandang.
ANDA TAHU TAK?
Bila sampai di Masjid Aqsa, Rasulullah S.A.W solat 2 rakaat dan baginda S.A.W menjadi imam kepada para nabi. Sesuai dengan pangkat beliau iaitu penghulu segala nabi dan rasul.
ANDA TAHU TAK?
Selesai solat Rasulullah didatangi 2 bekas. 1 berisi susu dan 1 berisi arak. Rasulullah memilih susu.
ANDA TAHU TAK?
Rasulullah S.A.W dan Jibril a.s menaiki langit yang padamya belum ada manusia selain nabi pernah sampai. Jibril memberi salam lalu dijawab malaikat penjaga langit dan bertanya, “Siapa engkau?” Kemudian Jibril menjawab, “Aku Jibril.” Kemudian ditanya lagi, “Siapa bersama engkau dan adakah dia telah diutuskan?” Jibril menjawab, “Dia Muhammad dan dia telah diutuskan. (Hal ini berlaku pada setiap pintu langit).
ANDA TAHU TAK?
Di langit pertama ada Nabi Adam a.s
Di langit kedua ada Nabi Isa a.s dan Nabi Yahya a.s
Di langit ketiga ada Nabi Yusuf a.s
Di langit keempat ada Nabi Idris a.s
Di langit kelima ada Nabi Harun a.s
Di langit keenam ada Nabi Musa a.s
Di langit ketujuh ada Nabi Ibrahim a.s dan juga Baitul Makmur
Di atas langit ketujuh Syurga dan Sidratul Muntaha
Di atas Syurga ada air
Di atas air ada Arasy
Di atas Arasy ada Kursi
Di kanan Arasy ada Lauh Mahfuz.
Semua nabi mengucapkan salam, "Selamat datang nabi yang soleh dan rasul yang soleh.”
Kecuali Nabi Adam mengucapkan, “Anak yang soleh dan rasul yang soleh.”
ANDA TAHU TAK?
Ketika Rasulullah S.A.W sampai di langit ke-7, beliau mendapati lelaki yang mukanya sama seperti baginda sedang duduk bersandar manakala malaikat yang lain sedang sibuk bertawaf.
Rupanya amalan ibadah ini ketika hidup di alam dunia sahaja, yang memakan masa 50 60 70 tahun bergantung kepada usia masing-masing. Kemudian tak ada dah.
ANDA TAHU TAK?
Rasulullah pergi ke Syurga dan dia dapati kebanyakan ahli Syurga itu adalah di kalangan mereka yang miskin.
ANDA TAHU TAK?
Rasulullah S.A.W melihat kebanyakan penghuni Neraka adalah di kalangan wanita.
ANDA TAHU TAK?
Neraka ada 7 tingkat manakala Syurga ada 8 tingkat.
ANDA TAHU TAK?
Selepas semua itu, Rasulullah naik ke Sidratul Muntaha dan Jibril menunjukkan rupa sebenar beliau untuk sekali lagi.
(Surah an Najm ayat 13).
Dan bila Rasulullah hendak mengambil perintah solat, berpisahlah dia dengan Jibril. Jibril yang semulia-mulia makhluk pun tak dapat maju ke depan kerana takut kebinasaan. Hanya Rasulullah bersendirian ketika itu.
ANDA TAHU TAK?
Umat Islam semakin tidak percayakan Rasulullah S.A.W selepas peristiwa Isra' Mikraj.
Tetapi Abu Bakar r.a tetap membenarkan kata-kata Rasulullah S.A.W.
ANDA TAHU TAK?
Ayat pertama surat Nabi Sulaiman kepada Puteri Balqis ialah Bismillah'irahmannilrahim
(Surah al-Naml ayat 30).
Buatlah apa pun dengan Bismillah. Ambil kunci, Bismillah. Tekan alarm, Bismillah. Buka pintu, Bismillah. Masukkan kunci, Bismillah. Duduk, Bismillah. Start enjin, Bismillah. Masuk gear, Bismillah. Anda akan rasa kemanisan Basmallah tadi. Percayalah.
Anda takkan faham kemanisan gula itu sehingga anda ambil gula itu dan letak dalam mulut. Memang manis.
ANDA TAHU TAK?
Masa nak pindahkan istana Puteri Balqis, Ifrit boleh bawa istana itu sebelum Nabi Sulaiman bangun dari tempat duduk,
(Surah al-Naml ayat 39)
ANDA TAHU TAK?
Mulianya manusia ini, ada yang boleh angkat istana itu dalam sekelip mata.
(Surah al-Naml ayat 40).
Mulia lagi kita ini dari Jinn.
ANDA TAHU TAK?
Air dicincang tak akan putus.
Ketika Laut Merah dibelah oleh Nabi Musa, ketinggian benteng laut itu setinggi gunung.
ANDA TAHU TAK?
Abu Jahal adalah manusia yang minta Rasulullah S.A.W membelah bulan. Bulan terbelah, kemudian bercantum. Ketika peristiwa itu ada musafir datang untuk berjumpa Abu Jahal, konon mereka akan jadi saksi. Esoknya bila mereka sampai mereka bercerita. Di situ Abu Jahal herdik Rasulullah kononnya Rasulullah bukan saja boleh buat sihir dekat-dekat, jauh pun boleh.
ANDA TAHU TAK?
Antara perkara yang paling menggembirakan Rasulullah S.A.W ialah bila seseorang ingin memeluk Islam.
ANDA TAHU TAK?
Abu Lahab adalah pakcik Rasulullah. ALLAH abadikan surah khas untuk dia. Surah Al Lahab. Surah ni turun 6 bulan sebelum Abu Lahab mati. Makna kata confirm masuk Neraka.
ANDA TAHU TAK?
Antara pakcik kesayangan Rasulullah ialah Abu Talib. Walaupun tak beriman dengan Rasulullah S.A.W, dia tetap sokong dakwah Rasulullah S.A.W.
ANDA TAHU TAK?
Abu Talib beriman dengan ALLAH, percaya Neraka itu benar. Tetapi dia tolak Muhammad S.A.W sebagai utusan. Inilah yang dikatakan hidayah milik Allah. Abu Talib mati dalam keadaan tidak beriman kepada Rasulullah S.A.W dan Rasulullah S.A.W nekad untuk terus mendoakan pakciknya. Kemudian turun ayat.
“Sesungguhnya kamu (hai Muhammad) tidak akan dapat memberi hidayah (petunjuk) kepada orang yang kamu cintai, tetapi ALLAH lah yang memberi petunjuk kepada siapa saja yang dikehendaki-NYA, dan ALLAH lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.” (Surah Al Qashash ayat 56).
ANDA TAHU TAK?
Antara nikmat besar yang ALLAH bagi? ISLAM!
Islam adalah nikmat terbesar. Sehingga orang terakhir yang keluar dari Neraka itu orang Islam yang dalam hatinya ada "Tiada Tuhan Selain ALLAH."
ANDA TAHU TAK bila anda adalah orang Islam? Bila mana mulut kalian menyebut Syahadah dan diiringi dengan solat serta beriman kepada Rukun Islam.
Dah tu bila last anda Islam? Atau makna kata lain, bila last anda solat? Solat ni Nabi ambil dari langit ke 7. Asalnya dari 50 rakaat sampai jadi 5 rakaat saja.
Mujur ada Nabi Musa minta Rasulullah S.A.W naik balik minta kurangkan. Naik minta kurang. Naik minta kurang. Sampai Rasulullah S.A.W malu tau tak!
" Wahai Musa! Aku pun tahu malu dengan Tuhan aku".
ANDA TAHU TAK Islam?
Anda, terutama aku, hari ini dapat Islam secara 'percuma'. Sebab itu tak reti hargai. Ambil remeh sebab bukan aku yang perjuangkan. Kemanisan itu tak ada. Harap-harap kita bukan Islam hanya di kad pengenalan saja.
ANDA TAHU TAK
Mahdi?
Imam Mahdi atau nama sebenar beliau Muhammad bin Abdullah.Keturunan Rasulullah S.A.W, lelaki fasih berbahasa Arab, tampan, akhlak baik macam Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W pesan, bila kamu mendengar Imam Mahdi sedang di lantik, pergi dapatkan bai'ah dari beliau. Walau terpaksa merangkak dalam salji.
Anda dan aku akan pergi tak? Kejap, fikir dulu. Ada anak bini, kereta, rumah tak habis bayar lagi. Sayang sangat kat kerja. Akulah ni.. Iman kulit bawang..
ANDA TAHU TAK kenapa ramai mengaku Imam Mahdi?
Mereka tak mampu nak tiru Nabi Isa a.s sebab ketika Nabi Isa turun, dia masih memegang sayap malaikat di tangan kiri dan kanan beliau.
ANDA TAHU TAK Nabi Isa?
Antara manusia yang tidak dijadikan dari air mani. Termasuk Nabi Adam dan Siti Hawa. Nabi Isa akan hidup 40 tahun berlandaskan syariat Nabi Muhammad S.A.W.
Beruntung anak cucu yang dapat jumpa Nabi. SubhanALLAH! Tapi! Sebelum turun the last man standing ni, Dunia kena hadapi fitnah Dajjal selama 40 hari.
1 hari bersamaan 1 tahun
1 hari bersamaan 1 bulan
1 hari bersamaan 1 minggu
Hari keempat macam biasa.
Apa pun jangan lupa solat! Sebab solat lah satu-satunya jambatan mendapatkan rahmat dan redha ALLAH. Solat tak turun ikut wahyu, Rasulullah pergi sendiri ambil dari atas langit sana. Ingat ya solat! Baru berkat. Jangan sampai istidraj. Senang tapi tak berkat.
Sekadar renungan.
(Kredit Mohd Hasrul Hassan)
Comments
Post a Comment