Skip to main content

BUAT BAIK


MANUSIA boleh memberi ketika dia kaya, menyayangi ketika dia tenang, menasihati ketika dia waras,  menghulur ketika duitnya cukup, rasa beruntung ketika kurang ujian menerpa, bersyukur ketika rezeki berlipat ganda. Itulah manusia yang biasa kita nampak. 

Tapi ada manusia yang jauh lebih hebat kerana dia boleh memberi ketika dia kekurangan, menyayangi ketika dia kehilangan insan tersayang, menasihat walau hatinya sudah punah, menghulur ketika tiada sedikit pun baki untuk dirinya, rasa beruntung ketika ALLAH masih mengujinya, boleh bersyukur ketika dia dalam kesusahan. Inilah manusia yang jarang dijumpai dan dia memang wujud, tapi wujudnya lebih selesa tidak diketahui manusia lain.

Nabi S.A.W bersabda: 
"Sungguh pahala besar bersama ujian yang besar. Apabila ALLAH mencintai seseorang DIA memberi ujian kepadanya. Siapa yang redha maka ALLAH redha kepadanya, dan siapa yang murka maka ALLAH murka kepadanya"..
( Sahih Riwayat At- Tirmidzi )


Buat baik dengan orang tidak semestinya orang akan hargai. Tetapi ALLAH akan membalas kebaikan yang kita buat. Hormat orang tidak semestinya kita akan dihormati. Tetapi ALLAH melihat itu perbuatan yang mulia. Buat apa sahaja kebaikan tidak semestinya orang akan balas dengan baik. Maka berilah kebaikan bukan kerana orangnya, tetapi kerana Allah SWT.

Buat baik bukan kerana kita rasa kita orang baik, tetapi kerana kita mahu jadi terbaik disisi Allah SWT pemilik semua yang baik.

Perkataan yang baik adalah sedekah, kerana ia dapat membuka jiwa, mententeramkan hati dan menghilangkan keresahan dunia.        

Untuk itu katakanlah yang baik-baik dan tulislah yang baik-baik , agar kita memperoleh kebaikan dengan cara yang baik, meskipun diri ini belum benar-benar baik.

"Jadikanlah akhiratmu itu sebagai modalmu, dan jadikan dunia itu sebagai keuntunganmu. Gunakanlah seluruh waktumu untuk menghasilkan akhiratmu. Lalu apabila dari waktumu itu ada sedikit yang tersisa, maka gunakanlah untuk berusaha dalam urusan duniamu dan mencari penghidupanmu". 
( Syeikh Abdul Qadir Jailani )

Hari ini kita selamat menyeberangi jambatan dunia kerana sempurna ciptaan manusia..
Suatu hari nanti kita gagal menyeberangi jambatan akhirat ciptaan Allah SWT kerana tidak menyempurnakan tuntutan dan kewajipan kita padaNya..

Biarlah kita diketawakan manusia kerana mengikut syariat Allah SWT, asalkan kita tidak diketawakan oleh syaitan kerana menjadi penemannya dineraka.
( Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haji Haron Din )

Alhamdulillah ♥️

Comments

Popular posts from this blog

MATI DI HATI JALALUDDIN RUMI

SETIAP ayat ada noktahnya. Setiap awal ada akhirnya.Moga bila tiba tarikh luput kita di dunia, kita adalah sebaik-baik hamba Allah yang soleh/solehah, yang mithali dan yang dirindui. Mari kita hayati kata-kata Jalaluddin Rumi mengenai kematian.  Ketika aku mati  Ketika keranda jenazahku dibawa keluar Jangan pernah kau fikir aku akan merindui dunia ini.  Jangan kau titiskan airmata  Jangan kau mengeluh atau menyesal  Aku bukannya jatuh ke dalam jurang yang mengerikan. Ketika kau melihat jenazahku diusung Jangan kau tangisi kepergianku  Aku bukannya pergi  Aku baru tiba menemui cinta yang abadi. Ketika kau tinggalkan aku di kubur  Jangan kau ucapkan selamat tinggal Ingatlah, kuburan itu hanyalah selabuh tirai Yang melindungi ysurga di sebaliknya. Kau hanya melihatku diturunkan ke liang lahad  Sekarang saksikanlah aku bangkit.  Mana mungkin ada pengakhiran saat matahari terbenam atau bulan te...

PENGHUNI LANGIT DAN BUMI

MANUSIA jangan menyangka bahawa hanya makhluk ALLAH di muka bumi ini saja yang menyembah ALLAH. Ketahuilah, setiap makhluk di langit dengan seisi alamnya juga turut patuh menyembah ALLAH S.W.T.  Di bumi, bukan sahaja makhluk manusia (yang beriman) sahaja berzikir kepada ALLAH, malah turut berzikir sama adalah makhluk lain seperti ikan, binatang, pokok kayu, gunung dan sebagainya. Maka apabila melihat langit dan alam yang luas ini ingatlah ayat-ayat Al-Quran berikut:  ALLAH S.W.T. berfirman: “Apakah mereka tidak memperhatikan, bahawa ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi akan sanggup menciptakan yang serupa mereka?” (Surah Al Isra’: 99).  Firman-NYA lagi: “Tidaklah ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi sanggup menciptakan seumpama mereka? Memang, DIA Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yaasiin: 81)  Al-Quran telah menjelaskan tentang hakikat penduduk Alam Langit...Di antara ayat-ayat ALLAH, iaitu menciptakan makhluk yang merangkak di langit seper...

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...