Skip to main content

CARA BERSEDEKAH YANG KREATIF


10 CARA KREATIF BERSEDEKAH

🌷1 – Letak sabun basuh tangan 

Kebanyakan masjid macam kekurangan sabun. Tandas kadang agak berbau sebab tak ada pewangi. Jadi ada baiknya kalau kita dapat belikan sabun dan juga pewangi, letakkan di masjid yang berhampiran. Insyaa ALLAH ramai yang dapat guna. 

🌷2 – Selipar Untuk Masjid

Kebanyakan masjid juga kekurangan selipar yang kita selalu guna untuk ambil wudhu ataupun masuk ke tandas. Apa kata kita beli beberapa selipar dan letak di Masjid. 

🌷3 – Simpan Syiling

Kita kumpul duit syiling simpan dalam tabung. Tiap hujung minggu kita keluarkan duit syiling tadi dan sedekahkan, sama ada ke tabung masjid, atau dengan duit itu kita belikan makanan dan minuman dan sedekahkannya kepada gelandangan. 

🌷4 – Berikan Baki Bayaran

Yang ini paling mudah, contoh kita beli nasi lemak harga RM2, tapi kita sengaja bagi duit besar RM5, dan minta si peniaga itu simpan saja baki bayaran. Buatlah sekali, lama-lama akan jadi tabiat. 

🌷5 – Kain Pelikat & Telekung

Sedekahkan kain pelikat dan telekung di surau shopping mall, surau petrol station dan masjid. Semoga bermanfaat bila dapat digunakan bersama. 
Andai masjid dekat rumah kita ada banyak telekung tapi keadaannya kotor. Apa kata kita bawa balik dan basuh di rumah atau hantarkan ke dobi. 

🌷6 – Makanan Kucing

Walaupun kita tidak bela kucing, kita boleh beli makanan kucing dalam pek kecil. Standby, letak dalam kereta. Bila kita berada di RnR atau mana-mana perhentian untuk makan minum, ternampak kucing terbiar di tepi jalan boleh beri makanan itu padanya. Berbuat baiklah pada kucing kerana ia makhluk kesayangan Rasulullah. 

🌷7 – Konsep sedekah carpool 

ALLAH S.W.T kurniakan kita kenderaan agar kita boleh berikan manafaat kepada ramai orang. Kalau kita ada kawan atau jiran yang hendak pergi ke destinasi yang sama dengan kita, tumpangkanlah mereka tanpa sebarang bayaran. Konsep ‘carpool‘ pergi kerja juga salah satu konsep sedekah yang sangat bagus. Pun begitu, elakkan pergi berduaan berlainan jantina, takut timbul masalah di kemudian hari. Kalian faham maksud admin, kan? 

🌷8 – Kertas & Pen

Di mana-mana majlis ilmu sama ada ceramah, tazkirah dan kuliah di masjid, biasanya hadirin tidak membawa sebarang pen dan juga buku catatan. Kita boleh beli satu kotak pen dan kertas A4, dan agihkannya di dalam majlis ilmu tersebut. Kos pen dan kertas bukanlah mahal, tetapi manfaatnya sangat besar insyaa ALLAH.  

🌷9 – Al Fatihah 

Sedekahkan Al-fatihah kepada suami, kedua ibubapa kita, sahabat dan kenalan kita yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Jangan lupa bacakan al-fatihah untuk diri kita sendiri juga. Doakan yang baik-baik untuk setiap orang yang kita jumpa. 

Contoh, masa di airport kita ternampak pasangan suami isteri sedang bertengkar. Kita terus saja doa semoga ALLAH lembutkan hati mereka dan datangkan rasa kasih sayang supaya mereka dapat cari jalan untuk selesaikan masalah mereka. 

🌷10 -Doakan perkara yang baik. 😊

Bersedekah yang paling baik ialah kita dapat berikan sesuatu yang orang perlukan. Kadang-kadang kita sedekah sabun di tandas masjid itu lebih baik dari sedekahkan naskah surah Yasin yang sememangnya sudah banyak naskah al-Quran dan Yasin yang tidak dibaca.
.
“Setiap kebaikan adalah sedekah”
(Hadis Riwayat Muslim)

Comments

Popular posts from this blog

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

JUTAWAN DUNIA DAN AKHIRAT

MEREKA yang digolongkan sebagai 'jutawan' mempunyai matlamat kewangan yang besar dan jelas, merangkumi matlamat menyimpan, matlamat melabur dan juga matlamat mengembangkan lagi kekayaan.  Mereka percaya bahawa wang yang disimpan adalah  pendapatan. Langkah permulaan bagaimana mereka boleh mereliasasikan matlamat ini adalah dengan mempunyai bajet. Asas kepada bajet adalah "bayar diri sendiri" 10% dari pendapatan terlebih dahulu setiap bulan sebelum membelanjakannya. Dengan cara ini, simpanan 10% pasti tidak diusik sebelum membelanjakan baki pendapatan bulanan. Sekiranya gaji adalah RM3,000, pastikan RM300 disimpan terlebih dahulu sebelum menyentuh baki RM2,700 untuk perbelanjaan yang lain.  Ada juga yang kata, hendak simpan 10% dari gaji bulanan pun susah sebab duit tidak akan cukup. Bagaimana pula dengan ini? Sekiranya sukar menyimpan 10%, mulakan dengan kecil. 1% juga memadai. Sekiranya gaji RM3,000, mustahil tidak boleh simpan RM30 dulu, bukan? Selep...

MANUSIA YANG LEBIH SESAT DARIPADA BINATANG

  (سورة الأعراف) وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ (١٧٩) "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat ALLAH), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan ALLAH), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat ALLAH). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."  (Al-A’raaf ayat 179)   Mukaddimah   Tujuan makhluk jin dan manusia diciptakan oleh ALLAH adalah supaya mereka mentauhidkan dan beribadah kepada ALLAH (Al-Zaariyat ayat 56). Beribadat kepada ALLAH adalah bukti kita mensy...