Skip to main content

CINTA SEJATI BUKAN PERLU MEMILIKI


CINTA SEJATI bukan perlu memiliki. Baginya kebahagiaan insan yang dikasihi itu lebih diutamakan daripada kebahagiaan diri sendiri. Kalau kepentingan sendiri yang diutamakan, itu namanya MEMPERALATKAN CINTA!

Mencintai itu membebaskan jiwa insan yang dicintai dari dirantai dalam penjara hati. Walaupun dibebas, sentiasa yakin bahawa rasa cinta itu tetap berada di sisi dan tidak akan pergi.


CINTA SEJATI tidak akan mengikat, mengawal dan membelenggu sehingga insan yang dicintai bagaikan burung dalam sangkar. Pandangan mata sahaja yang terlepas sedangkan badan terkurung. Walau dalam sangkar emas sekalipun, burung itu tidak akan rasa bahagia. 

PENCINTA SEJATI enggan memberikan cinta palsu yang mana kulitnya cinta tetapi isinya keegoan diri. Dia tidak pernah lupa hakikat bahawa insan yang kena "kurung" itu hanyalah pinjaman dari ILAHI. Justeru, walaupun dilepas dan dibebaskan, hati insan itu patut dijaga dengan rasa hormat dan dimuliakan. 

Sangka baik pada ALLAH, sangka baik pada yang dicintai. Hanya CINTA ALLAH yang menyempurnakan Cinta sesama insan

BERSANGKA BAIK


Jika ALLAH menghadirkan seseorang yang menghadiahkan air mata, itu bererti ALLAH mendidik kita untuk SABAR...
Jika kita tidak pernah mengusik kehidupan sesiapa tapi hati kita dilukai, saat itu ALLAH mendidik kita untuk KUAT...
Jika ALLAH mempertemukan kita dengan seseorang yang membuat kita tersenyum, saat itu ALLAH mengajarkan kepada kita rasa SYUKUR..
Jika seseorang menghina kita tanpa sebab, saat itu ALLAH mendidik kita untuk REDHA dan memacu diri lebih baik.

Setiap kali terasa perjalanan hidup ini terlalu sulit, sentiasa ingat bahawa ALLAH membuat sesuatu berlaku kerana suatu alasan. Setiap ujian ada tujuan. Jangan sangka kita selalu kuat sepanjang masa.
Kita boleh rasa walah, sedih, jatuh, tapi bangkitlah semula. Bukankah kita ini manusia? Paling penting kita tidak hilang hubungan dengan Pencipta. DIA ada alasan untuk segalanya. Ingatlah, kita akan bangkit dengan lebih kuat lagi pada setiap kali. 

Sabar, redha dan syukurlah atas apa jua yang hadir menyapa dalam kehidupan.  Mungkin itu cara terindah dari ALLAH untuk menempa peribadi kita agar kian indah, mulia dan dirahmati-NYA.

Aku memang bukan orang yang penting dalam hidup sesiapa. Tapi satu saat nanti, bila kamu melihat atau mendengar namaku, kamu akan berkata " Dia berbeza dari yang lain"... kerana kamu tahu perbezaan itu ada.

Ini jawapan untuk air mataku yang gugur dalam sujud solat subuh tadi.

Sᴇɴᴛɪᴀsᴀ Mᴇɴɢɪɴɢᴀᴛɪ  الله





Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BERGANTUNG HARAPAN HANYA PADA ALLAH

PESANAN Syeikh Abdul Qadir Al Jailani: "Jika Engkau masih merasa takut dan berharap pada manusia, maka Dia menjadi tuhanmu. Jika Engkau masih menghadapkan hatimu pada harta dunia, maka Engkau adalah budaknya dan Ia menjadi tuhanmu. Tak ada cinta yang paling abadi, kecuali cinta seorang hamba kepada ALLAH yang Pencinta dan tak akan meninggalkan kekasihnya, baik saat suka mahupun saat derita". "Wahai orang yang cenderung mengadukan musibahnya kepada makhluk, tanyalah dirimu, apakah pengaduanmu kepada makhluk berguna bagimu? Sesungguhnya semua makhluk yang engkau adukan segala masalahmu, tidak ada daya untuk menolongmu, tidaklah ada gunanya bagimu tidak juga bisa membahayakanmu tanpa keizinan dari Penciptamu. Jika engkau mengharap dan bergantung kepada makhluk, jangan sampai menyekutukan Allah. Niscaya mereka akan menjauhkan dirimu dari jalan AL HAQ,  iaitu jalan menuju keredhaan ALLAH.  Sebaliknya mereka akan menjurumuskanmu ke dalam murka ALLAH dan menghalangimu dari cura...

JANGAN BUAT 24 PERKARA INI

Ingat!! 1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. 7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikn...