Skip to main content

DIRI HAKIKI DIRI RAHSIA


DIRI HAKIKI manusia itu banyak namanya. Ada yang merujuknya sebagai Diri Rahsia, Diri Yang Sebenarnya Diri, Diri Tajalli, Tiflul Maani dan lain-lain. ALLAH pula merujuknya di dalam Al-Quran sebagai Ruhku iaitu Ruh Al-Qudsi ALLAH.

ALLAH S.W.T juga merujuknya sebagai AKULAH RAHSIANYA di dalam Hadith Qudsi. RUH ALLAH memilikki Sifat-Sifat ALLAH Yang Agung. DIA lah yang merupakan SUMBER MAHA HIDUP yang menghidupkan NYAWA atau Ruhani manusia itu yang seterusnya menghidupkan sel-sel anggota Jasad hingga ia boleh berfungsi seperti yang dikehendaki oleh Penciptanya.

Kekuatan Rahsia ALLAH ini hanya ALLAH sahaja yang mengetahui sepenuhnya. Oleh kerana itu RUHKU ini telah dibalut oleh ALLAHh dengan pelbagai balutan agar ia tidak membakar Jasad dan  kekuatan dan Keagungannya dibataskan sesuai dengan cara kehidupan manusia itu sendiri. Dari segi ilmunya balutan-balutan ini dikatakan sebagai BALUTAN CAHAYA mengikut kedudukan alamnya.

Lapisan Balutan pertama dirujuk sebagai BALUTAN CAHAYA LAHUT dan ia dikenali sebagai RUH AL- QUDSI

Lapisan Kedua ialah BALUTAN CAHAYA JABARUT dan ia dikenali sebagai RUH SULTANI

Lapisan Balutan Ketiga ialah BALUTAN CAHAYA MALAKUT dan ia dikenali sebagai RUH RUHANI

Manakala Lapisan Keempat dan terakhir ialah BALUTAN CAHAYA MULKI dan ia dikenali sebagai RUH JASMANI.

Seperti anggota anggota Jasad juga, BALUTAN BALUTAN CAHAYA ini merupakan Zat Serba Zat  seni yang hanya diketahui ALLAH. Ia merupakan SUMBER HIDUP manusia itu sendiri.

Tempat Ruh di dalam Jasad manusia adalah seperti berikut :

Ruh Jasmani letaknya antara kulit dan daging. 
Ruh Ruhani di dalam jantung manusia
Ruh Sultani di Baitillah Mukmin iaitu satu bahagian khusus di jantung manusia.

Ruh Al-Qudsi Di dalam RASA,balutan yang dirujuk sebagai DIRI BATIN MANUSIA, DIRI SEBENAR atau DIRI HAKIKI MANUSIA itu yang  Allah rujuk sebagai RAHSIA, dan RAHSIAnya adalah ALLAH sendiri.


Maka inilah yang dirujuk oleh ALLAH didalam Al-Quran. "Jika mereka bertanya tentang AKU, Ya Muhammad maka katakanlah AKU DEKAT dan menyahut seruan orang yang memanggil AKU." 

DIRI inilah yang diperintah oleh ALLAH untuk dikenali oleh manusia.

"Man Arafa Nafsahu Faqad Arafa Rabbahu"

Jika Manusia dapat Mengenal DIRI ini maka kenallah dia akan ALLAH S.W.T. Maka sudahlah ia menunaikan Perintah ALLAH SWT


Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BERGANTUNG HARAPAN HANYA PADA ALLAH

PESANAN Syeikh Abdul Qadir Al Jailani: "Jika Engkau masih merasa takut dan berharap pada manusia, maka Dia menjadi tuhanmu. Jika Engkau masih menghadapkan hatimu pada harta dunia, maka Engkau adalah budaknya dan Ia menjadi tuhanmu. Tak ada cinta yang paling abadi, kecuali cinta seorang hamba kepada ALLAH yang Pencinta dan tak akan meninggalkan kekasihnya, baik saat suka mahupun saat derita". "Wahai orang yang cenderung mengadukan musibahnya kepada makhluk, tanyalah dirimu, apakah pengaduanmu kepada makhluk berguna bagimu? Sesungguhnya semua makhluk yang engkau adukan segala masalahmu, tidak ada daya untuk menolongmu, tidaklah ada gunanya bagimu tidak juga bisa membahayakanmu tanpa keizinan dari Penciptamu. Jika engkau mengharap dan bergantung kepada makhluk, jangan sampai menyekutukan Allah. Niscaya mereka akan menjauhkan dirimu dari jalan AL HAQ,  iaitu jalan menuju keredhaan ALLAH.  Sebaliknya mereka akan menjurumuskanmu ke dalam murka ALLAH dan menghalangimu dari cura...

JANGAN BUAT 24 PERKARA INI

Ingat!! 1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. 7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikn...