Skip to main content

DOSA BERKUKU PANJANG


JANGAN simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.  Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun  kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.  Oleh itu,  sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Hukum Kuku Panjang

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah S.A.W bersabda :

إِنَّمَا بُعِثْتُ لأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الأَخْلاقِ

Ertinya : “Hanya aku ini ditutuskan supaya menyempurnakan kemuliaan akhlak.” (Hadith Ahmad, Baihaqi & Al-Hakim)

Termasuklah dalam hal kebersihan diri itu ialah memotong kuku.

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda :

الْفِطْرَةُ خَمْسٌ الْخِتَانُ وَالِاسْتِحْدَادُ وَقَصُّ الشَّارِبِ وَتَقْلِيمُ الْأَظْفَارِ وَنَتْفُ الْآبَاطِ

Artinya : “Fitrah itu ada lima yaitu berkhitan dan mencukur bulu ari-ari dan menggunting misai dan memotong kuku dan membuang bulu ketiak.” (Hadith Bukhari & Muslim)

Maksud fitrah ialah kebersihan atau menjaga kebersihan diri. Maka memotong kuku akan menjadikan seorang itu kelihatan bersih dan kuku yang panjang akan menyebabkan berhimpun kotoran dan jika dibersihkannya sekalipun tetap kelihatan tidak elok. Tidak ada masa tertentu, sekira-kira ia sudah panjang maka hendaklah dipotong.

Berkata Imam Nawawi :

وأما التوقيت في تقليم الاظفار فهو معتبر بطولها: فمتى طالت قلمها ويختلف ذلك باختلاف الاشخاص والاحوال

Ertinya : “Dan ada pun waktu memotong kuku itu adalah bergantung pada panjangnya. Maka bila saja ia sudah panjang maka potonglah. Dan tidaklah bersamaan demikian itu pada orang yang berbeza.” (Kitab Al-Majmuk)

Ulama-ulama memakruhkan kuku yang panjang kerana jelas ia menyalahi perintah Nabi S.A.W yang menyuruh memotongnya.

Jika ada pada bawah kuku orang yang berwuduk atau mandi suatu kotoran maka mandi dan wuduknya adalah tidak sah. Apabila bersuci tidak sah maka tidak sah pula ibadah yang dikerjakan. Memotong kuku adalah lebih menjamin bagi sahnya ibadah dan bersuci.

Antara waktu afdhal memotong kuku ialah pada hari Jumaat kerana hadith-hadith yang sahih menyuruh membersih diri pada hari Jumaat.

Dan jangan dibiarkan kuku tidak terpotong sehingga 40 hari kerana ada larangan sebagaimana hadith daripada Anas r.a. katanya :

أَنْ لاَ نَتْرُكَ أَكْثَرَ مِنْ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً

Ertinya : “Kami diberi batasan waktu untuk tidak membiarkannya lebih dari 40 hari.” (Hadith Muslim)

Sebahgian ulama mengharamkan berkuku panjang apabila sudah menyerupai haiwan atau kerana meniru orang kafir. Ibnu Umar r.a. berkata rasulullah saw telah bersabda :

من تشبه بقوم فهو منهم

Artinya : “Barangsiapa yang meniru-niru suatu kaum maka dia adalah sebahagian dari mereka.” (Hadtih Abu Daud)

Wallahua’lam

https://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original

Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...