Skip to main content

Hamba-KU _ AKU lah ALLAH!


Berkata Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi S.A.W bersabda, ALLAH berFirman:

"AKU tidak akan memerhatikan hak hamba-KU, sehingga dia terlebih dahulu memerhatikan terhadap hak AKU!" [Riwayat Tabhrani]

Hamba-KU sering bertanya akan Hak!
Mereka suka berbicara akan Hak!
Mereka suka bertelagah akan Hak!
Mereka akan bermusuhan apabila menyentuh perihal Hak!
Mereka akan derita dan sengsara apabila dirampas Hak!
Hamba-KU merasakan semuanya adalah hak mereka... Harta, Anak, Wanita, Jejaka, Kaya, Jelita, Rezeki, Bijaksana, Kerjaya, Pangkat, Nama, Dunia, Cinta, Bahagia ... semua yang Indah belaka.

Hatta wahai Hamba, bila satu darinya diambil, kalian mula mengamuk! Amuk kalian menengking-KU dalam doa yang dusta, minta supaya hakmu dikembalikan.

Hatta wahai Hamba, Amuk kalian meludah-KU dalam solat yang fasiq, minta supaya hakmu dipulangkan.

Hatta wahai Hamba, Amuk kalian membelakangkan-KU dalam tahajud yang munafiq, minta supaya hakmu terus dikekalkan.

Wahai Hamba,
AKU telah memberikan segalanya melebihi dari cukup,
Di setiap siang dan malam,
Di setiap saat dan waktu,
Dari saat jasadmu keluar rahim ibu,
Dari saat kulitmu tegang hingga kedut,
Dari tubuhmu tegap hingga bongkok,
Hinggalah saat kita sering bersatu dulu.

AKU memberikan segalanya termasuk akal, hati, dan nafsu untuk kamu nikmati.
AKU tidak pernah menyoal perihal hak ketika AKU berikan semuanya padamu.
AKU memberi dengan Hak asal-KU.

Kemudian,
Kamu tidak melakukan keintiman CINTA yang berhak hanya ke atas AKU.
Kamu tidak berikan kesetiaan CINTA yang berhak hanya ke atas AKU.
Kamu tidak mengEsakan AKU dalam situasi 'keakuanmu' yang tiada.
Kamu tidak beradab terhadap AKU yang selalu setia dan mencintaimu.

Salahkah AKU mengambil Hak asal-KU?
Salahkah AKU mengambil Hak-KU semula?
Salahkah?

Kerajaan dan seluruhnya adalah Hak-KU, wahai hamba.
Penglihatan, pendengaran, perbuatan adalah Hak-KU, wahai hamba.
Semua yang kau sentuh adalah Hak-KU.
Semua yang kau punya adalah kepunyaan-KU.
Masa juga adalah Hak-KU

Wahai Hamba,
Kembalikan Hak-KU!
AKU memberi kesetiaan yang penuh sedang kau punahkan kesetiaan itu pada dunia.
AKU memberi kecintaan yang tulus sedang kau khianati cintaku pada wanita.
Kau tidak mengendahkan Hak-KU.
Kau tidak memerhatikan Hak-KU.
Kau mementingkan hakmu yang tiada.

Wahai Hamba,
Bukan AKU yang harus mengikuti hak permintaanmu, sebaliknya kamu yang harus mengikuti Hak rencana-KU!

♡♡♡♡♡♡♡

Allahu.. malunya diri sebagai hamba ❤


Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...