Skip to main content

HEBATNYA SELAWAT NABI


Malaikat Jibril AS:

”Wahai Rasulullah, Barang siapa yang membaca selawat ke atasmu, tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan aku bimbing tangannya dan akan aku bawa dia melintasi titian (Shirathal Mustaqim) seperti kilat menyambar”.

Malaikat Mikail AS:

Ya Rasulullah, mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku beri mereka itu minuman dari telagamu”

Malaikat Isrofil AS:

”Mereka yang berselawat kepadamu, aku akan sujud kepada ALLAH S.W.T. dan aku tidak akan mengangkat kepalaku, sehingga ALLAH S.W.T. mengampuni orang itu (yang berselawat)”.

Malaikat Izrail AS:

”Bagi mereka yang berselawat kepadamu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para Nabi”.

Allahumma Sholli ”Alla Sayyidina Muhammad Wa’Alaa Ali Sayyidina Muhammad.

Kutipan dari kitab: Kifayatul Atqiya.



Telah diceritakan tentang seorang perempuan yang datang kepada Hasan Al Basri r.a kemudian berkata, “Sesungguhnya aku ada seorang anak gadis yang telah meninggal. Aku begitu ingin melihatnya dalam mimpi. Aku datang kepadamu agar kau mengajarkan aku bagaimana aku bisa melihatnya.” Maka Imam Hasan Al Basri pun mengajarkan cara yang membolehkan dia dapat melihat anaknya dalam mimpinya.

Betapa terkejut perempuan tersebut ketika dia melihat anaknya dalam keadaan diadzab, lehernya dibelenggu, kakinya diikat! Dengan hati penuh kesedihan dia pun memberitahu apa yang telah dia lihat kepada Imam Hasan Al Basri. Beliau turut sedih mendengarnya.

Selang beberapa lama, Imam Hasan Al Basri pula melihat gadis itu dalam mimpinya. Gadis tersebut telah berada di dalam syurga dengan bermahkota. Si gadis pun berkata,”Wahai Imam Hasan Al Basri, tidakkah kau kenal aku? Aku adalah anak dari perempuan yang datang kepadamu”.

Imam Hasan Al Basri pun terkejut dan bertanya, ”Apa yang membuatmu menjadi seperti yang aku lihat sekarang ?”

Gadis itupun menjawab,”Ada seseorang lelaki melewati perkuburan kami, kemudian dia berselawat kepada Nabi S.A.W. sekali. Ketika itu, di perkuburan kami ada 550 orang yang sedang diadzab. Lalu terdengarlah seruan, “Angkat seksa mereka dengan berkat selawat lelaki ini!” Berkat selawat itulah para ahli kubur dapat ampunan ALLAH.

Demikian besar keutamaan satu selawat. Maka bagaimana dengan selawat orang yang senantiasa membasahi lisannya dengan selawat. tidakkah dia akan mendapat syafaat Rasulullah di hari kiamat kelak?

Semoga ALLAH S.W.T. memberi kita taufiq untuk terus memperbanyak selawat kepada Baginda Muhammad S.A.W. hingga kelak kita dikumpulkan bersama beliau di firdausil a’ala… Amiin... 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ... 

Dikutip dari kitab Mukasyafatul Qulub- Imam Abu Hamid Al Ghozali

Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...