Skip to main content

IKHLAS YANG MURNI


IKHLASKAN HATIMU DARI SELAIN ALLAH WALAUPUN PADA SANDARAN DUNIA DAN AKHIRATMU SEKALIPUN...

Secara bahasa, Ikhlas ertinya membersihkan (bersih, jernih, suci dari campuran dan pencemaran, baik berupa material ataupun non material). Adapun secara istilah iaitu: membersihkan hati supaya menuju kepada ALLAH semata, dengan kata lain dalam beribadah hati tidak boleh menuju kepada selain ALLAH.

Imam Abu Muhammad Sahl bin Abdullah al-Tustari rahimahullah berkata:

الإخلاص...أن تكون حركته وسكونه في سره وعلانيته لله تعالى وحده لا يمازجه شئ لا نفس ولا هوى ولا دنيا

"Ikhlas...adalah gerak dan diamnya dalam keadaan sendirian atau di hadapan orang lain hanyalah kerana ALLAH Taala semata-mata, tidak bercampur sesuatupun, sama ada nafsu, keinginan mahupun tujuan keduniaan mahupun akhiratmu.”

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Sesungguhnya ALLAH tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha ALLAH. [Abu Daud dan An-Nasa'i] 

Hakikat Ikhlas adalah Tauhid: Berdasarkan keterangan Ulama Arif Billah yang mengetahui rahsia  Ketuhanan dan kehambaan, ikhlas membawa makna yang sangat murni terhadap kehambaan insan dan hakikat Tauhid. Ikhlas merupakan cabang utama Tauhid dan pintu masuk kepada Hadrat Ilahi. Tanpa ikhlas seseorang hamba (insan) tidak akan menemui hakikat ketuhanan. Bahkan tidak mungkin dia menjadi hamba ALLAH yang sempurna! 

Tiga tingkatan Ikhlas orang Awam;

Tingkatan Pertama
Melakukan amal ibadah dengan qasad (niat) semata-mata kerana ALLAH, tetapi pada masa yang sama mempunyai cita-cita di dalam hatinya kepada kesenangan syurga berupa bidadari, mahligai indah, segala macam makanan enak dan hiburan syurga. 

Tingkatan ke 2
Melakukan solat (dan juga ibadah lain) dengan qasad (niat) semata-mata kerana ALLAH dan TIDAK mempunyai cita-cita di dalam hatinya (tiada menuntut hatinya) kepada syurga dan segala kesenangannya. Tetapi hamba ini melihat dirinya melakukan amal ibadah dari dirinya dan dengan dirinya (melihat kemampuan dirinya melakukan amal ibadah). 

Tingkatan ke 3
Melakukan amal ibadah dengan qasad (niat) semata-mata kerana ALLAH, TIDAK mempunyai cita-cita kepada kesenangan syurga, TIDAK melihat dirinya melakukan amal ibadah, tetapi dia merasakan dirinya sudah ikhlas. 

Pada sisi Fiqh, ketiga-tiga bentuk " ikhlas" ini adalah SAH, iaitu sah amal ibadahnya dan terlepas daripada taklif syara' (kewajipan sebagai mukallaf) namun apabila direnungi pada sisi Tasawwuf /Ma'rifat, bentuk-bentuk ikhlas ini masih belum bebas sepenuhnya daripada 'mempersekutukan' ALLAH. Ini kerana menuntut selain wajah ALLAH di dalam ibadah adalah suatu bentuk 'penyekutuan' kepada Ketuhanan. 

Firman ALLAH :

وَمَآ أُمِرُواْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدّينَ 

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah ALLAH dengan mengikhlaskan ibadat kepada-NYA, [Al-Bayyinah: 5] 

يَوْمَ لاَ يَنفَعُ مَالٌ وَلاَ بَنُونَ - إِلاَّ مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ 

Pada hari yang tiada berguna harta dan anak pinak kecuali mereka yang menghadap ALLAH dengan hati yang sejahtera(daripada syirik) [Asy-syuara : 88,89].

Kata Guru Ahli Ma'rifat, inilah Tingkatan ikhlas permulaan bagi salikin, iaitu ikhlas pada peringkat mentauhidkan sekalian Af'al ALLAH. Pada peringkat ini sucilah hatinya daripada sekalian aghyar (selain ALLAH), bersih hatinya daripada sifat-sifat keji, dan bebas daripada syirik khafi 

Ketika hamba ALLAH melihat dirinya tiada daya upaya melakukan sesuatu melainkan dengan Kemurahan Allah swt semata-mata, dan tiada lagi cita2 lain selain Allah ketika melakukan Ibadahnya, maka inilah permulaan ikhlas yang benar, tanpa sedikit pun mempersekutukan Allah di dalam niatnya! 

Jika kita melihat sebelum ini, orang-orang pada tingkatan awam tidak terlepas daripada mempersekutukan ALLAH di dalam niatnya, sama ada mempersekutukan kerana menuntut syurga atau kerana melihat dirinya mempunyai daya upaya. Di sini, pada diri orang yang telah disucikan hatinya sehingga terbit Tauhid yang benar, tiada lagi cita-cita selain ALLAH, tiada lagi melihat dirinya mempunyai daya upaya melainkan hanya ALLAH Yang Berkuasa di atas setiap sesuatu. Dia melihat dirinya tidak mampu untuk berdiri melainkan dengan Anugerah ALLAH. Ini maqam permulaan kesucian hati, kesucian Tauhid dan kemurnian niat yang ikhlas

Pada saat dikurniakan oleh ALLAH cahaya Tauhid yang murni di dalam hati, dia tidak lagi memandang wujud upaya dirinya untuk melakukan ibadah. Dia lemah daripada mengakui wujud kemampuan diri untuk melakukan Ibadah. Seluruh jiwa dan perasaannya karam di dalam melihat anugerah ALLAH kepadanya untuk melakukan ibadah - untuk melakukan takbiratul ihram, ruku' dan sujud! Lalu Dia berkata : Tidak ada daya upaya melainkan ALLAH! 

Empat Tingkatan ikhlas para salikin yang kita maksudkan adalah : 

1. Ikhlas ketika Cahaya Af'al ALLAH menguasai si salik.
2. Ikhlas ketika Cahaya Asma' ALLAH menguasai si salik.
3. Ikhlas ketika Cahaya Sifat ALLAH menguasai si salik .
4. Ikhlas ketika fana dari segalanya dan Dzat ALLAH S.W.T yang mentajalli segalanya hingga tidak lagi merasa wujud dirinya.

Kata Sheikh Abdul Qadir al Jailani, ikhlas itu apabila tiada lagi memandang wujud dirinya dari dirinya dan dengan dirinya... sirna dan fana dari merasa berdiri dirinya dengan hakikat dirinya!

وَمَآ أُمِرُوۤاْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ 

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah ALLAH dengan mengikhlaskan ibadat kepada-NYA, 

Dari Tafsir Ibn Abbas, Kalam ALLAH "mukhlisin" (ikhlas) ditafsirkan oleh Ibn Abbas dengan makna " Tauhid" yang murni...!

Semoga bermanafaat!







Comments

Popular posts from this blog

PERLUKAH BERI BANTUAN?

BENARKAH MEREKA YANG MENERIMA BANTUAN ITU MEMALUKAN DAN MENYUSAHKAN? Nabi S.A.W sebelum wafat berpesan: " Sesungguhnya mereka yang paling baik di kalanganku ialah mereka yang meminta haknya daripadaku atau menghalalkannya agar aku bertemu dengan Tuhanku dalam keadaan yang baik.." (Kitab Al A'adalah Fil Islam)  Sebagai pemimpin yang baik dan berkebajikan maka ingatlah bahawa... 1-Ada rakyat faqir miskin yang memerlukan bantuan, itulah ujian bagi mereka. ALLAH juga beri ujian kepada yang memegang kekayaan, adakah mereka amanah dengan harta yang ALLAH telah berikan. 2-Kadangkala rakyat yang hidup sederhana juga, walaupun mungkin tidak miskin, tetapi dalam keadaan tertentu turut memerlukan bantuan. Maka pemerintah kena bantu kebajikan mereka. 3-Ada rakyat yang asalnya kaya dan banyak duit, tapi kerana potongan cukai, insuran, hutang dan sebagainya terpaksa memerlukan bantuan. Maka pemerintah yang berkebajikan mestilah membantu Daripada hadis di atas, Nabi S.A.W. menyatakan ba...

KEMURUNGAN

  1. APA ITU KEMURUNGAN Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun. 2. PENYEBAB/PUNCA KEMURUNGAN • Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine) • Baka keturunan : seseorang yang mempunyai keluarga yang pernah menghidapinya • Persekitaran : Peristiwa hidup dan kekurangan sokongan keluarga sosial • Ubat-ubatan : Sesetengah jenis ubat darah tinggi boleh mencetuskan episod kemurungan. Walau bagaimanapun, ia akan beransur hilang apabila ubat tersebut diberhentikan • Penyakit-penyakit lain : Seseorang penyakit lain seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidsm bol...

JANGAN BUAT 24 PERKARA INI

Ingat!! 1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. 7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikn...