Skip to main content

JADILAH WANITA LIMITED EDITION


CIRI-CIRI WANITA LIMITED EDITION:

1🔸TIDAK TAYANG DIRI🔸
Dia rasa malu hendak muat naik gambar diri sendiri di media sosial. Dia sedar yang kecantikan dia tidak perlu di kongsi di media sosial.

2🔸MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA🔸
Pakai tudung melepasi dada, pakai handsock, stoking. Purdah, niqab itu hanya opsyen, tidak wajib.

3🔸MENJAGA IKHTILAT🔸
Wanita limited edition dia tidak bercampur dengan lelaki tanpa sebab yang syarie. Kalau ada sebab, dia lebih selesa ditemani oleh kawan perempuan.

4🔸MENJAGA TUTUR KATA🔸
Wanita limited edition dia tidak bercakap kotor. Menjaga lidahnya daripada perkara yang sia-sia dan menyakitkan hati: contoh mengumpat, body shaming

5🔸BERDAKWAH🔸
Wanita limited edition, dia by hook of by crook mesti berdakwah.Tidak kisah dalam alam nyata atau medsos. Asalkan dia dapat pengaruhi orang lain untuk buat kebaikan.

6🔸JAGA TINGKAH LAKU🔸
Wanita limited edition sama sekali tidak akan berjoget di Tik tok, tidak akan bergurau dan bagi pickup Line pada lelaki ajnabi.

Jadilah muslimah seperti itu wahai saudariku,  kerana kau adalah sebaik-baik perhiasan dunia.

WANITA ITU FITNAH BAGI LELAKI


Wanita adalah fitnah (godaan) terbesar bagi lelaki. Ini adalah perkara yang telah dikhabarkan oleh ALLAH dan Rasul-NYA, serta diakui oleh semua orang yang berakal sihat dan memahami realiti kehidupan. 

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi ALLAH-lah tempat kembali yang baik (syurga).” (Surah Al Imran ayat 14).

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا
“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya”. (Surah An Nur ayat 30-31).

Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

ما تَركتُ بَعدي فِتنَةً أضرَّ على الرجالِ منَ النساءِ
“Tidaklah ada sepeninggalku fitnah (cobaan) yang paling berbahaya bagi lelaki selain fitnah (cobaan) terhadap wanita” (HR. Al Bukhari 5096, Muslim 2740).


FOTO WANITA DI INTERNET


Maka wajib diusahakan sedaya upaya agar lelaki tidak terfitnah oleh wanita. Syariat Islam melarang bersentuhan kulit terhadap lawan jenis yang bukan mahram, dilarang khulwah (berdua-duaan), lelaki dilarang memandang wanita yang bukan mahram, wanita dilarang melembutkan suara ketika berbicara dan lainnya. Fitnah di sini bererti membuat kerosakan pada iman dan agama para lelaki.

Di antara yang menyebabkan fitnah di zaman ini adalah fitnah foto wanita di internet. Syaikh Shalih bin Fauzan Al Fauzan mengatakan:

تصوير النساء لا يجوز مطلقاً لما في ذلك من الفتن والشرور التي ترتب عليه زيادة على تحريم التصوير في حد ذاته ، فلا يجوز تصوير النساء للسفر ولا لغيره ، وقد صدر عن هيئة كبار العلماء قرار بتحريم ذلك
“Memfoto wanita itu tidak boleh secara mutlak, kerana di dalamnya terdapat fitnah dan keburukan yang menambah dosa dari haramnya tashwir (gambar makhluk hidup). Maka tidak boleh memfoto wanita untuk dibawa safar atau pun untuk lainnya. Dan Haiah Kibaril Ulama telah mengeluarkan ketetapan akan haramnya hal ini” 

Namun sesetengah wanita Muslimah mempunyai anggapan yang salah  terhadap larangan ini. Mereka menyangka:

* Tidak salah muat naik foto jika berfoto bersama suami
* Tidak salah muat naik foto jika berfoto bersama keluarga
* Tidak salah muat naik foto jika berfoto bersama rakan-rakan
* Tidak salah muat naik foto jika ketika berfoto menggunakan jilbab
* Tidak salah muat naik foto jika maksudnya untuk menjual jilbab yang dipakainya

Padahal dalam keadaan tersebut, faktor “dapat menimbulkan fitnah” tetap ada. Malah selagi foto wanita itu berisiko menyebabkan fitnah, adalah dilarang untuk memuatnaiknya.

Wanita yang berfoto bersama suaminya apakah tidak mungkin menimbulkan fitnah kepada lelaki lain? Tentu saja sangat mungkin. Bukankah Zulaikha ketika membuat Nabi Yusuf ‘alaihissalam tergoda ketika itu sudah bersuami? Namun ALLAH beri hidayah kepada Nabi Yusuf sehingga beliau terhindar dari zina. ALLAH sebutkan kisahnya dalam Al Qur’an:

وَلَقَدْ هَمَّتْ بِهِ وَهَمَّ بِهَا لَوْلا أَنْ رَأى بُرْهَانَ رَبِّهِ ‏كَذَلِكَ لِنَصْرِفَ عَنْهُ السُّوءَ وَالْفَحْشَاءَ إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُخْلَصِينَ
“Sesungguhnya wanita itu (Zulaikha) telah bermaksud (melakukan perbuatan zina) dengan Yusuf, dan Yusuf pun bermaksud (melakukannya pula) dengan wanita itu andaikata dia tidak melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah, agar KAMI memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba KAMI yang terpilih” (QS. Yusuf: 24).


Adakah wanita yang berfoto dalam keadaan berjilbab mungkin menimbulkan fitnah? Tentu saja sangat mungkin. Ketika Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

ما تَركتُ بَعدي فِتنَةً أضرَّ على الرجالِ منَ النساءِ
“Tidaklah ada sepeninggalku fitnah (cobaan) yang paling berbahaya bagi lelaki selain fitnah (cobaan) terhadap wanita” (HR. Al Bukhari 5096, Muslim 2740).

Adakah ketika itu para Muslimah majoritinya membuka aurat? Tidak. Ketika itu mereka menutup aurat dengan sempurna, namun Nabi tetap juga mengatakan bahawa mereka adalah fitnah terbesar. 

المرأة عورة ، فإذا خرجت استشرفها الشيطان
“Wanita adalah aurat. Jika dia keluar, syaitan memperindahkannya” (HR. At Tirmidzi no. 1173, dishahihkan Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi).

Maka walaupun seseorang wanita memakai jilbab, syaitan akan membuat dia nampak indah dan menggiurkan di mata para lelaki.

Adakah kerana menjadi model untuk jilbab yang hendak dijual menyebabkan terbukanya pintu fitnah bagi para lelaki? Adakah perniagaan begini boleh menghalalkan segala cara? Tentu saja tidak. Tidak dilarang menjual jilbab, bahkan ini baik jika diniatkan untuk menyediakan jilbab bagi para Muslimah yang ingin berhijab. Namun tentu tidak menggunakan cara-cara yang melanggar syariat. Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

لا تكونوا عون الشيطان على أخيكم
“Janganlah kalian menjadi penolong syaitan untuk menggoda saudara kalian” (HR. Bukhari no.6781).

Wahai Muslimah, hapuskanlah semua foto kalian dari dunia maya agar tidak menjadi dosa jariyah bagi kalian kerana telah menimbulkan fitnah bagi kaum lelaki. Semoga ALLAH memberikan hidayah kepada para akhawat fillah. Jika istiqamah menjaga larangan ini, insya Allah kelak kita semua akan bertemu di Jannah-NYA. 






Comments

Popular posts from this blog

MATI DI HATI JALALUDDIN RUMI

SETIAP ayat ada noktahnya. Setiap awal ada akhirnya.Moga bila tiba tarikh luput kita di dunia, kita adalah sebaik-baik hamba Allah yang soleh/solehah, yang mithali dan yang dirindui. Mari kita hayati kata-kata Jalaluddin Rumi mengenai kematian.  Ketika aku mati  Ketika keranda jenazahku dibawa keluar Jangan pernah kau fikir aku akan merindui dunia ini.  Jangan kau titiskan airmata  Jangan kau mengeluh atau menyesal  Aku bukannya jatuh ke dalam jurang yang mengerikan. Ketika kau melihat jenazahku diusung Jangan kau tangisi kepergianku  Aku bukannya pergi  Aku baru tiba menemui cinta yang abadi. Ketika kau tinggalkan aku di kubur  Jangan kau ucapkan selamat tinggal Ingatlah, kuburan itu hanyalah selabuh tirai Yang melindungi ysurga di sebaliknya. Kau hanya melihatku diturunkan ke liang lahad  Sekarang saksikanlah aku bangkit.  Mana mungkin ada pengakhiran saat matahari terbenam atau bulan te...

PENGHUNI LANGIT DAN BUMI

MANUSIA jangan menyangka bahawa hanya makhluk ALLAH di muka bumi ini saja yang menyembah ALLAH. Ketahuilah, setiap makhluk di langit dengan seisi alamnya juga turut patuh menyembah ALLAH S.W.T.  Di bumi, bukan sahaja makhluk manusia (yang beriman) sahaja berzikir kepada ALLAH, malah turut berzikir sama adalah makhluk lain seperti ikan, binatang, pokok kayu, gunung dan sebagainya. Maka apabila melihat langit dan alam yang luas ini ingatlah ayat-ayat Al-Quran berikut:  ALLAH S.W.T. berfirman: “Apakah mereka tidak memperhatikan, bahawa ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi akan sanggup menciptakan yang serupa mereka?” (Surah Al Isra’: 99).  Firman-NYA lagi: “Tidaklah ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi sanggup menciptakan seumpama mereka? Memang, DIA Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yaasiin: 81)  Al-Quran telah menjelaskan tentang hakikat penduduk Alam Langit...Di antara ayat-ayat ALLAH, iaitu menciptakan makhluk yang merangkak di langit seper...

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...