Skip to main content

KIFARAH MENGUMPAT DAN TAUBAT DARIPADANYA



MENURUT Imam Annawawi yang dicatatkan di dalam kitab Al-Azkar, setiap orang melakukan dosa. Untuk "kifarah" (tebus) dosanya itu dia mesti bertaubat. 

Bagi taubat dosa dengan ALLAH ada tiga rukunnya iaitu berhenti melakukan perbuatan "maksiat" itu dengan segera, berasa menyesal atas perbuatannya, dan berazam tidak mengulanginya lagi.

Bagi dosa sesama manusia seperti perbuatan menceritakan/menyebarkan perbuatan "maksiat" orang lain maka selain tiga rukun tersebut ditambah lagi satu rukun iaitu meminta halal (استحلال ) atau mohon maaf atau "pelepasan" (الابرار) daripada "mangsa".  Sekiranya "mangsa" telah meninggal dunia atau sukar untuk bertemu/bercakap dengannya, para ulama  mengatakan hendaklah perbanyakkan istighfar untuknya serta doa dan perbanyakkan  kebaikan untuknya. Teks asal:
 
 قال العلماء ينبغى أن يكثر من الاستغفار له والدعاء ويكثر من الحسنات 

Wallahu a'lam.

Maudhu' asal: باب كفارة الغيبة والتوبة منها

SUMBER: Kitab Al-Azkar Annawawyyah . 

Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

NAFSU SYAHWAT

Sahabat .... Diceritakan bahawa hawa nafsu hanya tunduk di bawah naungan puasa sahaja. Selain itu ia tidak pernah tunduk kepada sesiapa, termasuk ALLAH S.W.T. Malah, kalau cuba dimatikan pun ia akan tumbuh dalam bentuk yang lain pula. Sifat nafsu adalah BERKEHENDAK. Dari sudut nafsu seks, segala-galanya ia mahu. Tidak kira halal, haram, yang terkutuk, wanita, lelaki, transgender malah haiwan juga. Begitu juga nafsu-nafsu lainnya. Nafsu memasuki diri manusia dengan jalan kebendaan, kemewahan, hiburan, pakaian, glamor dan pelbagai lagi. Jalan ini amat mudah ia masuki kerana kebanyakan orang punya kelemahan yang begini. Akan tetapi, jika ia dilatih dan dipaksa oleh pemiliknya untuk tawaduk dan selalu berusaha membaiki diri, maka ia akan kalah. Tidak mudah untuk melawan mahu pun memujuk nafsu jika pemiliknya tidak punya kekuatan rohani yang tinggi. Sebab itu kita tidak boleh hidup bersendiri tanpa ikatan dengan jemaah Islam atau kelompok usrah yang membolehkan kita mentarbiyah d...