Skip to main content

NEVER GIVE UP


Art E. Berg adalah seorang atlet berbakat yang memiliki masa depan yang cerah. Dia juga memiliki sebuah syarikat pembinaan yang berjaya. 

Pada suatu malam, dia menuju ke rumah tunangnya di Utah, Amerika Syarikat, untuk membincangkan  acara pernikahan mereka. Disebabkan perjalanan itu sangat jauh, dia merasa sangat lelah dan mengantuk. Malam itu keretanya melanggar pembahagi jalan dan terjunam ke dalam gaung. Dia tercampak keluar dari kereta dan jatuh ke tanah dengan leher yang patah. 

Akibat dari kemalangan itu dia lumpuh dari dada ke bawah dan tidak boleh menggunakan tangan serta  kakinya. Doktor meramalkan bahawa dia tidak mungkin pulih dari kelumpuhan. Rakan-rakannya pula menasihati agar dia melupakan hal pernikahannya.

Art Berg merasa sangat takut dan berputus asa. Namun ibunya membisikkan kata-kata perangsang  kepadanya, “Anakku, hal yang mustahil memerlukan waktu yang lebih lama sikit.”

Kerana kata-kata itu, harapannya muncul kembali. Dia menjalani terapi dan berlatih bersungguh-sungguh sehingga akhirnya dia boleh berdikari. Sebelas tahun kemudian dia kembali mengetuai syarikatnya sendiri, boleh giat bersukan serta mendirikan rumah tangga dan mempunyai punya dua orang anak. 

Dia menjadi seorang pakar motivasi profesional dan penulis buku yang mendorong ramai orang ke arah kejayaan. Namun atas kehendak Tuhan. Art Berg meninggal dunia pada 19 Februari 2002 di usia 39 tahun. 

Pelajaran berharga yang dapat digali dari Art Berg adalah: 
Hal yang mustahil memerlukan waktu lebih lama sedikit.
Dan yakinlah, kita boleh melaluinya. 
Hanya orang yang bertahan mampu sampai ke garis kemenangan.
Yang penting dalam hidup ini adalah: semangat untuk bangkit!
Kalau kita perolehi sesuatu itu dengan cepat dan tidak perlu waktu lama, maka BERSYUKURLAH!

(Sumber: www.artberg.com)

Comments

Popular posts from this blog

PERLUKAH BERI BANTUAN?

BENARKAH MEREKA YANG MENERIMA BANTUAN ITU MEMALUKAN DAN MENYUSAHKAN? Nabi S.A.W sebelum wafat berpesan: " Sesungguhnya mereka yang paling baik di kalanganku ialah mereka yang meminta haknya daripadaku atau menghalalkannya agar aku bertemu dengan Tuhanku dalam keadaan yang baik.." (Kitab Al A'adalah Fil Islam)  Sebagai pemimpin yang baik dan berkebajikan maka ingatlah bahawa... 1-Ada rakyat faqir miskin yang memerlukan bantuan, itulah ujian bagi mereka. ALLAH juga beri ujian kepada yang memegang kekayaan, adakah mereka amanah dengan harta yang ALLAH telah berikan. 2-Kadangkala rakyat yang hidup sederhana juga, walaupun mungkin tidak miskin, tetapi dalam keadaan tertentu turut memerlukan bantuan. Maka pemerintah kena bantu kebajikan mereka. 3-Ada rakyat yang asalnya kaya dan banyak duit, tapi kerana potongan cukai, insuran, hutang dan sebagainya terpaksa memerlukan bantuan. Maka pemerintah yang berkebajikan mestilah membantu Daripada hadis di atas, Nabi S.A.W. menyatakan ba...

KEMURUNGAN

  1. APA ITU KEMURUNGAN Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun. 2. PENYEBAB/PUNCA KEMURUNGAN • Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine) • Baka keturunan : seseorang yang mempunyai keluarga yang pernah menghidapinya • Persekitaran : Peristiwa hidup dan kekurangan sokongan keluarga sosial • Ubat-ubatan : Sesetengah jenis ubat darah tinggi boleh mencetuskan episod kemurungan. Walau bagaimanapun, ia akan beransur hilang apabila ubat tersebut diberhentikan • Penyakit-penyakit lain : Seseorang penyakit lain seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidsm bol...

JANGAN BUAT 24 PERKARA INI

Ingat!! 1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. 7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikn...