Skip to main content

NISA - TINGGIKAN NILAI MALUMU!


PERKONGSIAN Usrah belajar memahami dan mengkaji terjemahan Al-quran...... Pengakuan dari seorang RIJAL (lelaki) yang nampak beriman pada Zahirnya.... Harap begitu juga pada imannya..... InsyaALLAH....

Admin : Kita boleh andaikan bahawa,nanti lepas mati, bahagian yang cepat reput bagi wanita adalah "MULUT" dan lelaki adalah "MATA".....

RIJAL : (terdiam dan saling berpandangan).. ye, perkara itu memang perlu diakui dan saya mengaku....

Renungkan sahabat..... Pengakuan jujur dari seorang rijal yang beriman, insyaALLAH.... Tapi, bagaimana pula dengan lelaki yang ragu-ragu imannya? Agaknya,lebih dari itu..... mungkin...Nauzubillah.... Ada tak rijal lain yang nak mengaku....? Sila mengaku, dan moga dapat memberi kesedaran kepada kaum Nisa.....

Mata lelaki ibarat X-RAY.... Mereka boleh scan seluruh tubuh wanita dengan hanya melihat satu bahagian daripada anggota badan wanita..... Begitulah "hebatnya" mata lelaki.... Mereka mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman.....

Admin pernah bergabung dengan sekelompok rijal atas sebab kerja... Seorang "nisa" lalu dengan pakaian sopan berpurdah... Lalu nisa tersebut duduk di sebuah kerusi bersama temannya..... Menjadi trend muda mudi zaman sekarang... Setiap tempat akan berselfie... Dan nisa berpurdah itu juga tidak ketinggalan.... Dengan posisi duduk kaki bersilang... ( admin tau la dia duduk mcm mna walaupun tertutup litup )... Dengan mengangkat dua jari seperti trend sekarang....

Rijal dalam kelompok admin saling berpandangan.... "Seksinya awek purdah tu bergambar.... Comel... Kalau dapat mesti "puas". 

Astghfirullah hal'adzim....

Yang berpurdah habis di "ratah" apatah lagi yang seksi...

Pesanku untuk an "Nisa"...
Berhati-hatilah dalam apa jua perlakuan.... Walaupun berpakaian litup andai sikap tak bertepatan dengan pakaian.... Bergambar dengan gaya menggoda kau masih tergolong "mencelakai" dirimu sendiri...

Muhasabah.~ Masih belum terlambat duhai Nisa' KU....

MALULAH PADA PAKAIANMU....

#tinggikan_nilai_malumu

Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...