Skip to main content

PENGAJARAN DARI COVID19


PADA tahun 2020, satu dunia diuji.

Bersyukurlah jika kita masih punya makanan yang nak dimakan, pakaian yang nak dipakai, kediaman untuk berlindung dan pekerjaan yang halal. 

Jangan dicari apa yang kurang. Jangan mencela kenapa ALLAH hantar Covid19. Ia makhluk ALLAH juga. Bila tugasnya selesai, ia akan pulang ke pangkuan ALLAH. Tunggu arahan dari ALLAH  sahaja.

Kenapa tahun 2020 kita diuji sebegini? Sebenarnya, bukan tahun ini sahaja. Sebelum ini pun kita sudah diuji bermacam bencana alam. Banjir, tsunami, gempa bumi dan lain-lain, cuma tidak ada wabak besar-besaran seperti covid19. Berlakunya pun secara terkawal di sesuatu tempat sahaja. 


Ustaz Dr. Farid Ravi pernah bertanya hal covid19  kepada seorang doktor pakar. Kata pakar itu, wabak ini akan serang 80% penduduk bumi. Itulah misinya.

Justeru, berhenti mengeluh kenapa covid19 masih belum lenyap lagi. ALLAH belum beri arahan untuk ia berhenti buat kerjanya.

Punca utama wabak ini adalah maksiat dan dosa yang kita lakukan. Bukan sedikit, bahkan hingga tak terkira dek akal fikiran. Sila rujuk ilmu yang ulama dahulu pernah kongsikan tentang wabak-wabak di zaman umat terdahulu sebelum kewujudan kita. Keadaannya lebih dahsyat.

Kita sekarang ini hanya saki baki wabak sahaja yang ALLAH hantar. Kalau sama macam umat terdahulu tentu keadaan kita lebih derita lagi. Ekonomi pasti lumpuh.

Masa sedang diuji macam ini pun kita tidak bersyukur, macam mana nak bersyukur bila kita makmur? ALLAH beri banyak mana pun kita rasa takkan cukup. Sebabnya, syukur hanya di mulut tetapi bukan di hati.

Ramai insan yang hilang kerja, pendapatan terjejas teruk, sangat derita diuji. Jika kita masih ALLAH beri nikmat untuk tenang dan selesa, janganlah dikeluhkan.

ALLAH mudahkan urusan kita jika kita berpuas hati dengan apa yang ada. DIA juga boleh menyempitkan rezeki jika kita gagal untuk bersyukur.

Fikir-fikirkan.

Comments

Popular posts from this blog

MATI DI HATI JALALUDDIN RUMI

SETIAP ayat ada noktahnya. Setiap awal ada akhirnya.Moga bila tiba tarikh luput kita di dunia, kita adalah sebaik-baik hamba Allah yang soleh/solehah, yang mithali dan yang dirindui. Mari kita hayati kata-kata Jalaluddin Rumi mengenai kematian.  Ketika aku mati  Ketika keranda jenazahku dibawa keluar Jangan pernah kau fikir aku akan merindui dunia ini.  Jangan kau titiskan airmata  Jangan kau mengeluh atau menyesal  Aku bukannya jatuh ke dalam jurang yang mengerikan. Ketika kau melihat jenazahku diusung Jangan kau tangisi kepergianku  Aku bukannya pergi  Aku baru tiba menemui cinta yang abadi. Ketika kau tinggalkan aku di kubur  Jangan kau ucapkan selamat tinggal Ingatlah, kuburan itu hanyalah selabuh tirai Yang melindungi ysurga di sebaliknya. Kau hanya melihatku diturunkan ke liang lahad  Sekarang saksikanlah aku bangkit.  Mana mungkin ada pengakhiran saat matahari terbenam atau bulan te...

JANJI ALLAH KEPADA YANG BERTAQWA

ALLAH menghantar sesiapa yang datang kepada kita sebagai ujian keimanan dan ketaqwaan kita. Jika kita terus bersangka baik dan buat baik, orang yang berniat jahat pun akan berubah menjadi baik. Orang yang miskin kita bantu, ALLAH bantu kita kemudiannya. Orang yang minta dipermudahkan urusannya, ALLAH bantu kita kemudiannya. Orang yang susah kita senangkan hatinya, ALLAH bantu kita kemudiannya. Orang yang tidak berilmu kita berikan ilmu, ALLAH bantu kita kemudiannya. Orang yang kita berikan rezeki kepadanya, ALLAH bantu kita kemudiannya. Sesungguhnya Allah tak pernah memungkiri janjinya. Dalam Al-Quran terdapat sekian banyak janji mulia dan istimewa yang ditawarkan kepada orang-orang yang memiliki keimanan, baik janji-janji di dunia mahu pun janji-janji di akhirat. Janji-janji akhirat yang diberikan bagi mereka yang beriman memang tidak terhitung jumlahnya. Adapun janji-janji di dunia yang disebut secara terang-terangan setidak-tidaknya ada sepuluh, iaitu: ALLAH S.W.T. berjanji akan men...

PENGHUNI LANGIT DAN BUMI

MANUSIA jangan menyangka bahawa hanya makhluk ALLAH di muka bumi ini saja yang menyembah ALLAH. Ketahuilah, setiap makhluk di langit dengan seisi alamnya juga turut patuh menyembah ALLAH S.W.T.  Di bumi, bukan sahaja makhluk manusia (yang beriman) sahaja berzikir kepada ALLAH, malah turut berzikir sama adalah makhluk lain seperti ikan, binatang, pokok kayu, gunung dan sebagainya. Maka apabila melihat langit dan alam yang luas ini ingatlah ayat-ayat Al-Quran berikut:  ALLAH S.W.T. berfirman: “Apakah mereka tidak memperhatikan, bahawa ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi akan sanggup menciptakan yang serupa mereka?” (Surah Al Isra’: 99).  Firman-NYA lagi: “Tidaklah ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi sanggup menciptakan seumpama mereka? Memang, DIA Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yaasiin: 81)  Al-Quran telah menjelaskan tentang hakikat penduduk Alam Langit...Di antara ayat-ayat ALLAH, iaitu menciptakan makhluk yang merangkak di langit seper...