Skip to main content

REBUT KEHEBATAN HARI ARAFAH


PESANAN USTAZ Sheikh Abdullah Jahaf semasa majlis taklim beliau untuk dikongsi bersama:

Kita dianjurkan berpuasa pada sembilan hari pertama dalam bulan Zulhijjah, paling tidak pun.. pada Hari Arafah/ Hari Wukuf. 

Ustaz pesan..
Hari Arafah/ Hari Wukuf jangan lupa.. semampu boleh, dari subuh ke maghrib.. do nothing except beribadah kerana-NYA dengan harapan dosa-dosa kita diampunkan. Dengan harapan kita suci dari segala dosa. Do everything by the book. *It's only 1 day out of 365*

Ustaz pesan..
Walau kita bukan berada di Tanah Suci menunaikan rukun kelima, jangan kita merugikan diri. Hati kita perlu hadir bersama mereka yang berjihad menunaikan rukun Islam ke-5. Rujuklah pada Al-Quran Surah Al Fajr.  

Ustaz pesan..
Kita kena faham apa Allah SWT bagitahu kita dalam Al Quran.

Ustaz pesan..
Pada hari Wukuf, orang di sana memakai ihram.. kita di sini 'ihramkan' LIDAH kita, cakap yang baik baik sahaja.

Zikirlah sebanyak mungkin 
*لا اله الا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كل شيء قدير*
La ilaha illa Allah wahdahu la sharika lah, lahu al-mulk wa lahu al-hamd, wa huwa `ala kulli shay’in qadir
There is no god but Allah, alone, without partner. His is the sovereignty, and His the praise, and He has power over everything
*Tiada Tuhan yang disembah selain Allah, Maha Esa lagi tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nyalah segala kekuasaan, dan bagiNyalah segala Pujian, dan Dia atas segala sesuatu Maha Kuasa*



Ustaz pesan..
Di sana orang bertawaf.. kita di sini, pergilah cari orang yang susah dan bantu mereka. Kita di sini.. eratkan silaturrahim.

Ustaz pesan..
Di sana orang bersa'ie.. kita di sini berusahalah tolong menunaikan hajat orang lain.

Ustaz pesan..
Di sana orang berwukuf.. kita di sini.. bertahajudlah.

Ustaz pesan..
Di sana orang bermabit  (tidur) di Mina.. kita di sini, periksalah hati sebelum tidur. Muhasabah diri. Mohon dicabutkan/ hilangkan sifat buruk/ mazmumah.

Ustaz pesan..
Di sana orang melontar.. kita di sini.. lontar/ buang semua dosa dengan beristighfar.

Ustaz pesan..
Di sana orang melakukan qurban.. kita buatlah juga semampu ada. Jika tidak.. langsung tidak.. lemparkan senyuman yang ikhlas.

Ustaz pesan..
Di sana orang bertahalul.. kita di sini, pulangkan haq/ amanah orang yang kita terambil jika ada. Bermaaf-maafanlah sesama kita.

Ustaz pesan..
Pasal Hari Arafah/ Hari Wukuf..
Kelebihannya tidak hanya terhad kepada jemaah haji yang berada di Tanah Suci, yang tidak mengerjakan ibadat haji juga ada nikmatnya.

Pada Hari Arafah/ Hari Wukuf, berdoalah seharian pada hari itu. Ketepikan dunia sementara pada hari itu.

Nabi Muhammad Rasulullah Sollallahu Alayhi Wasallam Bersabda : “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya”. ( Riwayat Hadis Muslim).
(2 tahun dosa terampun.. insyaa Allah)

Ustaz pesan..
Tidur awal.. bangun awal. Jangan main game.. jangan main phone. 
*Bangun dan solat Tahajud 4 rakaat.*
Sebelum azan subuh.. istighfar.. paling paling 100 kali. Istighfar dengan hadirnya hati.

Ustaz pesan..
Hari itu, jangan tidur lepas subuh, continue istighfar, zikir atau baca Quran sehingga menjelang waktu syuruq (matahari terbit).
Lepas itu, buat solat Isyraq (solat sunnah dua raka’at yang dikerjakan setelah matahari terbit sekitar satu tombak, atau kira-kira lima belas minit setelah matahari terbit)

Ustaz pesan..
Doa banyak banyak untuk dunia dan akhirat. 
Cuba dengar khutbah Hari Wukuf.. untung untung ada rezeki, ada yang boleh tolong terjemahkan. (it's part of ibadah)

Pesan Ustaz yang last...
Plan and list your doa. Dari hal negara, ekonomi , rezeki, keluarga mahupun peribadi. Kalau tidak nanti lupa. Rugi masa. *Jangan sia-siakan waktu yang diberi. Ia mungkin tidak akan kembali lagi. Bersiap siagalah. Bersedialah mulai saat ini malam ini hingga tiba Hari Raya Aidiladha*

Comments

Popular posts from this blog

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

JUTAWAN DUNIA DAN AKHIRAT

MEREKA yang digolongkan sebagai 'jutawan' mempunyai matlamat kewangan yang besar dan jelas, merangkumi matlamat menyimpan, matlamat melabur dan juga matlamat mengembangkan lagi kekayaan.  Mereka percaya bahawa wang yang disimpan adalah  pendapatan. Langkah permulaan bagaimana mereka boleh mereliasasikan matlamat ini adalah dengan mempunyai bajet. Asas kepada bajet adalah "bayar diri sendiri" 10% dari pendapatan terlebih dahulu setiap bulan sebelum membelanjakannya. Dengan cara ini, simpanan 10% pasti tidak diusik sebelum membelanjakan baki pendapatan bulanan. Sekiranya gaji adalah RM3,000, pastikan RM300 disimpan terlebih dahulu sebelum menyentuh baki RM2,700 untuk perbelanjaan yang lain.  Ada juga yang kata, hendak simpan 10% dari gaji bulanan pun susah sebab duit tidak akan cukup. Bagaimana pula dengan ini? Sekiranya sukar menyimpan 10%, mulakan dengan kecil. 1% juga memadai. Sekiranya gaji RM3,000, mustahil tidak boleh simpan RM30 dulu, bukan? Selep...

MANUSIA YANG LEBIH SESAT DARIPADA BINATANG

  (سورة الأعراف) وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ (١٧٩) "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat ALLAH), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan ALLAH), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat ALLAH). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."  (Al-A’raaf ayat 179)   Mukaddimah   Tujuan makhluk jin dan manusia diciptakan oleh ALLAH adalah supaya mereka mentauhidkan dan beribadah kepada ALLAH (Al-Zaariyat ayat 56). Beribadat kepada ALLAH adalah bukti kita mensy...