Skip to main content

SOLAT - ANTARA KHUSYUK DAN GANGGUAN


PADA suatu malam seorang lelaki telah pergi menemui IMAM ABU HANIFAH dengan satu persoalan.

"Wahai Imam, saya dah lama menanam sejumlah duit di satu tempat, tetapi sekarang saya terlupa di mana tempat itu. Bolehkah tuan bantu saya selesaikan masalah ini?"

Jawab IMAM ABU HANIFAH, "Ini bukan kerja seorang faqih. Tetapi adalah lebih baik kamu balik dan bersolat sehingga waktu subuh. In sya Allah kamu akan ingat di mana tempat itu."

Maka lelaki itu pun mematuhi saranan Imam. Ketika baru saja bersolat, tiba-tiba dia teringat tempat duit itu ditanam. Lalu dia bergegas ke sana untuk mengeluarkan duitnya.

Keesokan paginya dia memberitahu hal itu kepada Imam. Sambil berterima kasih dia bertanya, "Macam mana tuan tahu saya akan dapat ingat tempat itu?"

Jawab Imam, " SESUNGGUHNYA SYAITAN TIDAK AKAN MEMBIARKAN SESEORANG HAMBA ALLAH KHUSYUK DALAM SOLAT. IA AKAN MENYIBUKKAN HATI DENGAN BERMACAM PERKARA termasuk membuat kamu ingat tempat duit itu!!!


MELAWAN GANGGUAN SYAITAN KHANZAB 

 

Masa kita tak solat, duduk menung saja tidak pula teringat macam-macam. Tapi bila kita hendak solat, dia buat kita jadi serabut, kita ingat itu ini.

Nabi SAW ada berpesan : Kalau kentut, pastikan telinga kita dengar bunyi dan ada bau. Kalau tak ada itu si Khanzab yang punya kerja. Kalau teringat benda-benda luar pun si Khanzab juga punya kerja. Jahat sungguh dia😅.

Bila kita tak khusyuk solat, tapi mulut terkumat-kamit baca bacaan solat, si Khanzab bukan main dia gelakkan kita😒.

Cara nak lawan si Khanzab:

[1] Baca Ta’awuz (a’uzubiLLaHiminassyaitonnirrojim) sebelum solat. Kemudian ludah ke kiri 3x (syarat meludah saja.. Bukan ludah dgn kahak-kahak sekali keluar)

[2] Baca Ayatul Kursi 1x

[3] Baca Surah an-Nas 1x

Barulah berniat dan teruskan solat. Cuba fahami maksud ayat-ayat bacaan solat. Apa tafsiran al-Fatihah, surah-surah yang kita baca, bacaan waktu ruku’, i’tidal, sujud dan lain-lain.

Jadi sambil kita baca, kita faham. Bukan hafal dan baca tegak aja. Nanti makin senang Khanzab henak  mengacau.  Tengok siapa menang, kita @ syaitan?

Insyaa ALLAH .

Sama sama kita kongsi dengan yg lain.

Sharing is Caring
Dosa yang paling besar, paling banyak dan sering dilakukan manusia pada hari ini dan hampir ada di dalam setiap rumah ialah Dosa Meninggalkan SOLAT.




Comments

Popular posts from this blog

MATI DI HATI JALALUDDIN RUMI

SETIAP ayat ada noktahnya. Setiap awal ada akhirnya.Moga bila tiba tarikh luput kita di dunia, kita adalah sebaik-baik hamba Allah yang soleh/solehah, yang mithali dan yang dirindui. Mari kita hayati kata-kata Jalaluddin Rumi mengenai kematian.  Ketika aku mati  Ketika keranda jenazahku dibawa keluar Jangan pernah kau fikir aku akan merindui dunia ini.  Jangan kau titiskan airmata  Jangan kau mengeluh atau menyesal  Aku bukannya jatuh ke dalam jurang yang mengerikan. Ketika kau melihat jenazahku diusung Jangan kau tangisi kepergianku  Aku bukannya pergi  Aku baru tiba menemui cinta yang abadi. Ketika kau tinggalkan aku di kubur  Jangan kau ucapkan selamat tinggal Ingatlah, kuburan itu hanyalah selabuh tirai Yang melindungi ysurga di sebaliknya. Kau hanya melihatku diturunkan ke liang lahad  Sekarang saksikanlah aku bangkit.  Mana mungkin ada pengakhiran saat matahari terbenam atau bulan te...

PENGHUNI LANGIT DAN BUMI

MANUSIA jangan menyangka bahawa hanya makhluk ALLAH di muka bumi ini saja yang menyembah ALLAH. Ketahuilah, setiap makhluk di langit dengan seisi alamnya juga turut patuh menyembah ALLAH S.W.T.  Di bumi, bukan sahaja makhluk manusia (yang beriman) sahaja berzikir kepada ALLAH, malah turut berzikir sama adalah makhluk lain seperti ikan, binatang, pokok kayu, gunung dan sebagainya. Maka apabila melihat langit dan alam yang luas ini ingatlah ayat-ayat Al-Quran berikut:  ALLAH S.W.T. berfirman: “Apakah mereka tidak memperhatikan, bahawa ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi akan sanggup menciptakan yang serupa mereka?” (Surah Al Isra’: 99).  Firman-NYA lagi: “Tidaklah ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi sanggup menciptakan seumpama mereka? Memang, DIA Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yaasiin: 81)  Al-Quran telah menjelaskan tentang hakikat penduduk Alam Langit...Di antara ayat-ayat ALLAH, iaitu menciptakan makhluk yang merangkak di langit seper...

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...