Skip to main content

TATACARA SOLAT TAUBAT


SOLAT TAUBAT Kena buat selalu.Sampai hati rasa lapang.. Rasa bersih. Rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat, hati seronok.Tak nak lagi buat dosa-dosa lama. InshaALLAH tanda taubat ALLAH dah terima.

Solat ni elok buat malam-malam. Sebelum tidur atau sebelum Subuh. Waktu sunyi malam. Bersihkan diri. Ambil wudhu. Pakai wangi-wangi (bagi lelaki). Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu.. Isitghfar pendek saja.. Baca seberapa banyak kita nak sampai hati -betul-betul tenang.. Kemudian niat..

✔️أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

✔️"Ussoli sunnatan taubati rok 'ataini liLLaHi Ta'ala"
[Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLaH Taala]

💬Baca do'a Iftitah dan al-Fatihah macam biasa.

📖Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1x
(Kalau ada tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas)

📖Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1x.

📖Bila sampai waktu Sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do'a Nabi Yunus a.s.

📝"La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin”
Bacalah 10x atau 20x atau 30x.. Ikut suka.

Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.. Kita berada dalam keadaan hina sehina-hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama.. Lepas itu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.

📝Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yang panjang sikit..

✔️"AstaghfiruLLaHhal'adziim /
️AstaghfiruLLaHhal‘adziim, alladzi laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum wa-atubu ilaih."

📖Baca seberapa banyak kita nak.. Baca sampai hati rasa lemah...

📖Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do'a.. Bila berdo'a, kita kena betul-betul menyesal dengan dosa-dosa kita.. Mohon ALLAH ampunkan dan terima taubat kita..

📖Sebagai permulaan, guna do'a sendiri dalam bahasa melayu.. Luahkan apa yang terbuku di hati tu.. Menangislah.. Merayulah.. 

📖Bayangkan kita cuma ada satu peluang saja nak mintak ampun dengan ALLAH.. 

📖Bayangkan Malaikat Izrail dah ada di belakang nak cabut nyawa kita.. sekejap lagi kita akan mati.. Agak-agaknya apa kita akan mohon pada ALLAH?

📖Istigfar dan baca doa. Selesai berdo'a, tutup do'a kita dengan;

✔️"Robbana aatina fid dun-ya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa adza bannar"

📖Kemudian duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.. Tengok apa yang boleh kita perbaiki lepas ni.

📝Imam al-Ghazali kata..
✔️Tanda hati kita sudah mula hitam,
📌[1] bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.
📌[2] hilang kemanisan beribadah
📌[3] hati tak pedulikan nasihat

📖AD DEEN

Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

SUSAH KE NAK DAPAT RM1 PERTAMA?

“Susah ke nak buat sales RM1juta…?” Tak susah pun. Meyh saya ajar PERCUMA!. Penting ke capai sales RM1juta ni? Penting. Mula-mula kita belajar dulu capai Sales RM1juta. Lepas tu kita belajar buat untung/profit RM1juta. Lepas tu kita belajar buat simpanan RM1juta. Lepas tu kita belajar buat pelaburan RM1juta. Lepas tu kita belajar infaq RM1juta. Lamsam aa RM1juta tu. Bukan terkumpul RM1juta. Sepanjang perjalanan tuu memang kita kena infaq dan sedekah jugak oke. NEXT! Macam mana nak capai jualan RM1juta tu? Kita bahagikan dengan 2 bahagian. Bahagian 1: LOGICAL Bahagian 2: SPIRITUAL (Pembahagian ni saya dapat dari Mat Saleh yang saya sesuaikan dengan keadaan masyarakat Malaysia.) Kalau kita pergi belajar mana-mana kelas pun. Balik-balik dia akan sebut apa yang saya akan sebut nanti di bawah. So, sila bersedia. Perjalanan masih jauh ni. Kata nak capai RM1juta. HAHA. OKE. Sebelum tu lagi, orang akan tertanya. “Siapa Malik ni nak ajar orang cara capai RM1juta. Dia dah capai ke?” “Kalau dah p...