Skip to main content

TUNDUKLAH PADA PENCIPTA PERASAAN


BILA ada keletihan yang tidak bisa dihilangkan oleh tidur.
Bila ada kelaparan yang tidak boleh dihilangkan dengan makanan
Bila ada kekalutan yang tidak boleh dihilangkan dengan berehat
Bila ada kebisingan yang tidak boleh dihilangkan dengan diam.
Bila ada keresahan yang tidak boleh dihilangkan dengan bersabar
Bila ada kehilangan yang tidak boleh dipulangkan semula...

TUNDUKLAH kepada ALLAH yang mencipta perasaan, bukan tunduk kepada kehendak yang dicipta oleh perasaan. Belajar mengurus perasaan menurut ketetapan Tuhan.   
Jika sepi, ada ALLAH mengawasi. 
Jika pilu, ada ALLAH tempat mengadu. 
Jika kecewa, mohon ALLAH beri bahagia. 
Sentiasa utamakan DIA.

Kita buat baik bukan kerana  diri kita baik. Kita hanya mahukan yang terbaik dari Pemilik Segala Kebaikan. Tinggalkan perit masa lalu di belakang. Ia hanya memori. Tidak perlu diingat lagi. Hiduplah dalam masa kini. Masa realiti. Masa hakiki. Ketenangan takkan hadir dalam hati yang khayalnya membelah awan. Ketenangan ada pada hati yang tunduk ke bumi. Mengingati DIA dalam tidur dan dalam jaga.

Barangsiapa yang menyerahkan segala urusan dan pengharapan kepada ALLAH, kelak ALLAH akan mengurniakan kepadanya lebih dari apa yang dia harapkan.
Jika berteman dengan para pencinta dunia, mereka akan menyeretmu untuk mencintai dunia. Jika berteman dengan para pencinta akhirat, mereka akan membawamu untuk mencintai ALLAH SWT.."
(Sheikh Ibn Atho'illah as-Sakandari)


Comments

Popular posts from this blog

KEMURUNGAN

  1. APA ITU KEMURUNGAN Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun. 2. PENYEBAB/PUNCA KEMURUNGAN • Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine) • Baka keturunan : seseorang yang mempunyai keluarga yang pernah menghidapinya • Persekitaran : Peristiwa hidup dan kekurangan sokongan keluarga sosial • Ubat-ubatan : Sesetengah jenis ubat darah tinggi boleh mencetuskan episod kemurungan. Walau bagaimanapun, ia akan beransur hilang apabila ubat tersebut diberhentikan • Penyakit-penyakit lain : Seseorang penyakit lain seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidsm bol...

JUTAWAN DUNIA DAN AKHIRAT

MEREKA yang digolongkan sebagai 'jutawan' mempunyai matlamat kewangan yang besar dan jelas, merangkumi matlamat menyimpan, matlamat melabur dan juga matlamat mengembangkan lagi kekayaan.  Mereka percaya bahawa wang yang disimpan adalah  pendapatan. Langkah permulaan bagaimana mereka boleh mereliasasikan matlamat ini adalah dengan mempunyai bajet. Asas kepada bajet adalah "bayar diri sendiri" 10% dari pendapatan terlebih dahulu setiap bulan sebelum membelanjakannya. Dengan cara ini, simpanan 10% pasti tidak diusik sebelum membelanjakan baki pendapatan bulanan. Sekiranya gaji adalah RM3,000, pastikan RM300 disimpan terlebih dahulu sebelum menyentuh baki RM2,700 untuk perbelanjaan yang lain.  Ada juga yang kata, hendak simpan 10% dari gaji bulanan pun susah sebab duit tidak akan cukup. Bagaimana pula dengan ini? Sekiranya sukar menyimpan 10%, mulakan dengan kecil. 1% juga memadai. Sekiranya gaji RM3,000, mustahil tidak boleh simpan RM30 dulu, bukan? Selep...

JANGAN BUAT 24 PERKARA INI

Ingat!! 1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. 7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikn...