Skip to main content

BERUNTUNGNYA UMAT MUHAMMAD



KALAU kita hidup di zaman Nabi Ibrahim, tentu ramai yang anggap syariat tidak harmoni sebab kena bertegas dengan pemimpin kafir.

KALAU kita hidup di zaman Nabi Nuh, tentu ramai yang takkan naik bahtera baginda sebab ia dibina di atas bukit jauh dari laut.

KALAU kita hidup di zaman Nabi Musa, tentu ramai yang ikut Firaun kerana dia bapa kemajuan Mesir yang membina menara tinggi, ada kekayaan, menguasai air sungai dan gedung makanan.

KALAU kita hidup di zaman Nabi Isa, tentu ramai yang mencaci baginda kerana latar belakang baginda yang mencurigakan.

Tapi kita beruntung jadi umat Nabi Muhammad. Umat Nabi lain takkan masuk syurga dulu sebelum umat Nabi Muhammad masuk. Nabi Muhammad S.A.W minta supaya ditangguh segala azab besar yang menimpa kaum terdahulu kepada kita walaupun kita banyak melakukan dosa-dosa kaum terdahulu.

KITA syirikkan ALLAH dengan kemewahan dunia, tetapi tidak diazab dengan ribut pasir dan taufan yang dingin seperti kaum Ad zaman nabi Hud.

KITA berfoya-foya tidak menjaga amanah yang diberikan , tetapi tidak diazab dengan petir, gempa bumi dan hujan batu seperti kaum Tsamud zaman nabi Salleh.

KITA membiarkan budaya LGBT, tetapi tidak diazab dengan hujan batu yang panas dan diterbalikkan negara kita seperti kaum Sodom zaman nabi Luth.

KITA menipu dalam perniagaan, tetapi tidak diazab dengan cuaca amat panas, kering kontang dan petir menyambar seperti kaum Madyan zaman nabi Syuaib.

KITA selewengkan tafsiran agama, tetapi tidak dihukum menjadi monyet, babi dan lain-lain azab yang menimpa bani Israel sepanjang zaman diutuskan nabi-nabi kepada mereka.

Kaum terdahulu yang buat dosa, ALLAH hukum dan hapuskan mereka. Bani Israel buat dosa ALLAH hukum tapi tidak hapuskan mereka kesemuanya. Umat Muhammad buat dosa, ALLAH tidak hukum terus dan tidak hapuskan. Malah syarat Taubat umat Muhammad adalah yang paling mudah berbanding umat lain.

Yahanana bi Muhammad. 
Beruntungnya menjadi umat Muhammad. 

Zalikal fadhlu minallah.
Itulah anugerah istimewa dari ALLAH.

Zoharodinul muayyad.
Telah terzahir agama mulia ini untuk kita.

Bizuhurin nabi Ahmad.
Dengan diutus Nabi Muhammad kepada kita.

Comments

Popular posts from this blog

MATI DI HATI JALALUDDIN RUMI

SETIAP ayat ada noktahnya. Setiap awal ada akhirnya.Moga bila tiba tarikh luput kita di dunia, kita adalah sebaik-baik hamba Allah yang soleh/solehah, yang mithali dan yang dirindui. Mari kita hayati kata-kata Jalaluddin Rumi mengenai kematian.  Ketika aku mati  Ketika keranda jenazahku dibawa keluar Jangan pernah kau fikir aku akan merindui dunia ini.  Jangan kau titiskan airmata  Jangan kau mengeluh atau menyesal  Aku bukannya jatuh ke dalam jurang yang mengerikan. Ketika kau melihat jenazahku diusung Jangan kau tangisi kepergianku  Aku bukannya pergi  Aku baru tiba menemui cinta yang abadi. Ketika kau tinggalkan aku di kubur  Jangan kau ucapkan selamat tinggal Ingatlah, kuburan itu hanyalah selabuh tirai Yang melindungi ysurga di sebaliknya. Kau hanya melihatku diturunkan ke liang lahad  Sekarang saksikanlah aku bangkit.  Mana mungkin ada pengakhiran saat matahari terbenam atau bulan te...

JANJI ALLAH KEPADA YANG BERTAQWA

ALLAH menghantar sesiapa yang datang kepada kita sebagai ujian keimanan dan ketaqwaan kita. Jika kita terus bersangka baik dan buat baik, orang yang berniat jahat pun akan berubah menjadi baik. Orang yang miskin kita bantu, ALLAH bantu kita kemudiannya. Orang yang minta dipermudahkan urusannya, ALLAH bantu kita kemudiannya. Orang yang susah kita senangkan hatinya, ALLAH bantu kita kemudiannya. Orang yang tidak berilmu kita berikan ilmu, ALLAH bantu kita kemudiannya. Orang yang kita berikan rezeki kepadanya, ALLAH bantu kita kemudiannya. Sesungguhnya Allah tak pernah memungkiri janjinya. Dalam Al-Quran terdapat sekian banyak janji mulia dan istimewa yang ditawarkan kepada orang-orang yang memiliki keimanan, baik janji-janji di dunia mahu pun janji-janji di akhirat. Janji-janji akhirat yang diberikan bagi mereka yang beriman memang tidak terhitung jumlahnya. Adapun janji-janji di dunia yang disebut secara terang-terangan setidak-tidaknya ada sepuluh, iaitu: ALLAH S.W.T. berjanji akan men...

PENGHUNI LANGIT DAN BUMI

MANUSIA jangan menyangka bahawa hanya makhluk ALLAH di muka bumi ini saja yang menyembah ALLAH. Ketahuilah, setiap makhluk di langit dengan seisi alamnya juga turut patuh menyembah ALLAH S.W.T.  Di bumi, bukan sahaja makhluk manusia (yang beriman) sahaja berzikir kepada ALLAH, malah turut berzikir sama adalah makhluk lain seperti ikan, binatang, pokok kayu, gunung dan sebagainya. Maka apabila melihat langit dan alam yang luas ini ingatlah ayat-ayat Al-Quran berikut:  ALLAH S.W.T. berfirman: “Apakah mereka tidak memperhatikan, bahawa ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi akan sanggup menciptakan yang serupa mereka?” (Surah Al Isra’: 99).  Firman-NYA lagi: “Tidaklah ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi sanggup menciptakan seumpama mereka? Memang, DIA Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yaasiin: 81)  Al-Quran telah menjelaskan tentang hakikat penduduk Alam Langit...Di antara ayat-ayat ALLAH, iaitu menciptakan makhluk yang merangkak di langit seper...