Skip to main content

MUKHSININ

Bismillahirrahmanirrahim

Ya ALLAH, ampunkan dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, seluruh ahli keluarga kami, saudara-saudara kami, sahabat-sahabat kami dan seluruh umat Islam.

Kurniakanlah kepada kami keselamatan dan kesihatan yang baik. Tunjukkanlah kami jalan yang benar. Rahmati dan berkatilah hidup kami di dunia dan di akhirat serta masukkanlah kami ke dalam syurga-MU.

Aamiin.. Ya ALLAH

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْ

"Dan segeralah kamu kepada mendapat keampunan dari Tuhanmu, dan Syurga yang bidangnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertaqwa.

(Iaitu) orang yang MENDERMAKAN HARTANYA pada masa senang dan susah, dan orang yang MENAHAN KEMARAHANNYA, dan orang yang MEMAAFKAN (kesalahan) orang. Dan Allah mengasihi orang yang berbuat kebaikan.

Dan (juga) orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu MEMOHON AMPUN terhadap dosa-dosa mereka, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa melainkan Allah? Dan mereka tidak lagi meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.

Mereka itu mendapat balasan berupa keampunan daripada Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan itulah sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal".

(Surah Ali Imran ayat 133-136) 

Di sebuah sekolah, seorang guru berdiri di hadapan para pelajar dan melontarkan pertanyaan kepada mereka: "Bolehkah kamu semua nampak saya." Para pelajar menjawab, "Ya!" Lalu kata guru, "Itu bermakna saya wujud."

Dia bertanya lagi," Adakah kamu nampak papan hitam?" Para pelajar menjawab, "Ya!" Dia lantas berkata, "Maka papan hitam itu wujud."

Dia terus bertanya, "Adakah kamu melihat ALLAH?" Para pelajar menjawab, "Tidak!" Lalu dia berkata, "Itu bermakna ALLAH tak wujud!"

Lantas seorang pelajar bangun dan bertanya, "Kawan-kawan boleh nampak akal cikgu?" Para pelajar menjawab, "Tidak!" Dan pelajar tersebut berkata, "Itu bermakna akal cikgu tak wujud!"

Begitulah, hujjah guru yang menafikan wujudnya Tuhan telah dipatahkan oleh pelajarnya sendiri.

(Dinukil dari kitab ALLAH oleh Syeikh Said Hawwa)




Comments

Popular posts from this blog

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

JUTAWAN DUNIA DAN AKHIRAT

MEREKA yang digolongkan sebagai 'jutawan' mempunyai matlamat kewangan yang besar dan jelas, merangkumi matlamat menyimpan, matlamat melabur dan juga matlamat mengembangkan lagi kekayaan.  Mereka percaya bahawa wang yang disimpan adalah  pendapatan. Langkah permulaan bagaimana mereka boleh mereliasasikan matlamat ini adalah dengan mempunyai bajet. Asas kepada bajet adalah "bayar diri sendiri" 10% dari pendapatan terlebih dahulu setiap bulan sebelum membelanjakannya. Dengan cara ini, simpanan 10% pasti tidak diusik sebelum membelanjakan baki pendapatan bulanan. Sekiranya gaji adalah RM3,000, pastikan RM300 disimpan terlebih dahulu sebelum menyentuh baki RM2,700 untuk perbelanjaan yang lain.  Ada juga yang kata, hendak simpan 10% dari gaji bulanan pun susah sebab duit tidak akan cukup. Bagaimana pula dengan ini? Sekiranya sukar menyimpan 10%, mulakan dengan kecil. 1% juga memadai. Sekiranya gaji RM3,000, mustahil tidak boleh simpan RM30 dulu, bukan? Selep...

MANUSIA YANG LEBIH SESAT DARIPADA BINATANG

  (سورة الأعراف) وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ (١٧٩) "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat ALLAH), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan ALLAH), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat ALLAH). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."  (Al-A’raaf ayat 179)   Mukaddimah   Tujuan makhluk jin dan manusia diciptakan oleh ALLAH adalah supaya mereka mentauhidkan dan beribadah kepada ALLAH (Al-Zaariyat ayat 56). Beribadat kepada ALLAH adalah bukti kita mensy...