Skip to main content

NASIHAT EMAS DARI IMAM SYAFIE

*Barang siapa yang menginginkan Husnul Khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia.*

*Barang siapa mengaku dapat menggabungkan dua cinta dalam hatinya, cinta dunia sekaligus cinta Allah, maka dia telah berdusta.*

*Jangan cintakan orang yang tidak cintakan ALLAH. Kalau dia boleh meninggalkan Allah, apalagi meninggalkan kamu.*

*Cintailah orang soleh, kerana mereka memiliki kesolehannya, cintailah Nabi Muhammad S.A.W kerana dia kekasih ALLAH S.W.T dan cintailah ALLAH S.W.T, kerana dia kecintaan Nabi dan orang soleh.*

*Apa saja yang menjadi rezekiku, tidak akan luput dariku, walau berada di dasar lautan yang paling dalam.*

*Jika tidak boleh taat, jangan kau bunuh imanmu dengan maksiat.*

*Jika kamu tidak mampu membantu Agamamu, setidaknya jangan berdiri dibarisan perosak Agamamu.*

*Segala kebaikan Dunia dan Akhirat terhimpun pada lima perkara:

1- Kaya diri.

2- Menahan diri daripada segala kezaliman.

3- Mengusaha yang halal.

4- Pakaian Taqwa.

5- Tenang hati dengan Allah SWT pada setiap keadaan*.

*Janganlah kamu hidup di atas dunia ini atas kata-kata orang, hiduplah kamu di dunia ni atas apa yang ALLAH SWT firmankan.*

*Janganlah kamu berbicara kecuali yang perlu saja, sebab kalau kamu mengucapkan satu kalimat bererti ia telah menguasai kamu dan kamu tidak boleh menguasainya.*

*Orang yang berakal itu ialah orang yang diikat oleh akalnya dari segala perbuatan tercela.*

*Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega dan jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu ku lakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.*

*Sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. ALLAH pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.*

*Doa di saat tahajud adalah umpama anak panah yang tepat mengenai sasaran.*

*Sesiapa yang ingin ALLAH buka dan terangi hatinya, maka jauhilah ucapan yang tidak berguna, tinggalkan dosa dan maksiat serta hendaklah dia memiliki ibadah tersembunyi antara dirinya dengan ALLAH S.W.T.*

*Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kesusahan, jangan berdukacita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikianlah hidup ini diciptakan.*

*Seseorang itu akan mendapat kemuliaan (di sisi ALLAH dan makhluk) apabila dia menyembunyikan kefakirannya sehingga orang menyangka yang dia serba cukup.*

*Seseorang itu akan mendapat kemuliaan (di sisi ALLAH dan makhluk) apabila dia menyembunyikan kemarahannya sehingga orang menyangka yang dia redha.*

*Amalan yang paling berat diamalkan ada 3.

1- Derma di saat yang dimiliki sedikit.

2- Menghindari maksiat saat sunyi tiada siapa-siapa.

3- Menyampaikan kata-kata yang benar di hadapan orang diharap atau ditakuti.*

*Jika kamu bergembira mendapat ujian sama seperti kamu gembira mendapat nikmat itulah maksud kamu redha sesuatu yang didatangkan oleh ALLAH kepada kamu.*

*Jika manusia menghindar darimu di kala engkau mendapatkan musibah, maka ketahuilah bahawa ALLAH yang hendak mengurus urusanmu.*

*Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kapannya sedang ditenun.*

*Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.*

*Dunia adalah batu yang licin dan kampung yang kumuh. Bangunannya kelak roboh, penduduknya adalah calon penghuni kubur, apa yang dikumpulkan akan ditinggalkan, apa yang dibanggakan akan disesalkan, mengejarnya sulit, meninggalkannya mudah.*

*Kurangilah kesenanganmu pada dunia, agar berkurang kedukaanmu di akhirat.*

*Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.*

*Sesiapa yang menasihatimu sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai, ia sebenarnya menghinamu.*

*Dosa-dosa ku kelihatan terlalu besar buatku, tapi setelah kubandingkan dgn keampunan-MU, ternyata keampunan-MU jauh lebih besar.*

*Jadikan akhirat di hatimu, dunia di tanganmu, dan kematian di pelupuk matamu.*

*Lidah kamu jangan biarkan menyebut kekurangan orang lain, kerana kamu juga ada kekurangan dan orang lain juga mempunyai lidah.*

*Sebesar-besar aib (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri kamu sendiri.*

*Orang yang membuat kesalahan dan berdusta untuk menutupnya bererti membuat dua kesalahan.*

*Berkatalah sekehendakmu untuk menghina kehormatanku, diamku kepada orang yang menghina adalah suatu jawapan. Bukanlah ertinya aku tidak mempunyai jawapan, tetapi tidak layaklah jika singa melayani anjing.*

*Apabila ajal datang padamu maka tidak sejengkal bumi dan tidak pula sebidang langit yang dapat melindungimu.*

*Jangan kau berjalan di atas bumi dengan sombong dan bongkak. Kerana sebentar lagi kau akan masuk ke dalam bumi yang kau pijak.*

*Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.*

*Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi, kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.*

*Di antara tanda-tanda benar dalam ukhuwah ialah menerima kritikan teman, menutupi aib teman dan mengampuni kesalahannya.*

*Jika engkau punya teman yang selalu membantumu dalam rangka ketaatan kepada ALLAH, maka peganglah erat-erat dia, jangan pernah engkau lepaskan. Kerana mencari teman baik itu susah, tetapi melepaskannya sangat mudah sekali.*

*Jika sahabatmu berlaku buruk terhadapmu, catat keburukannya di atas pasir agar angin dapat menghapusnya. Jika sahabatmu berlaku baik, ukir kebaikannya di batas batu agar angin tidak dapat menghapusnya. Kenanglah setiap kebaikannya dan lupakanlah keburukannya. Nescaya persahabatanmu tidak akan terputus.*

*Barang siapa mempersenda, mempermain, menafikan sunnah Rasulullah dan ayat Kitabullah, maka dia kafir serta-merta.*

*Andaikan kekurangan diri dijadikan alasan untuk tidak berdakwah, nescaya tiadanya dakwah yang akan berjalan di muka bumi ini.*

*Jika engkau sudah berada di jalan yang benar menuju Allah, maka berlarilah. Jika sulit bagimu, maka berlari kecillah. Jika kamu lelah, berjalanlah. Jika itupun tidak mampu, merangkaklah. Namun, jangan pernah berbalik arah atau berhenti.*

*Jangan kalian sentuh seseorang wanita walaupun hatinya.*

*Sesuatu yang benar tetapi bahaya iaitu pujian manusia. Ramai yang rosak akibat terlalu hanyut dengan pujian.*

*Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan.*

*Sebijak-bijak manusia ialah orang yang cintakan pahala dan sebodoh-bodoh manusia ialah yang tidak nampak pahala.*

*Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat, di samping ia menjadi amalan para nabi,rasul dan orang-orang soleh.*

*Pentingnya menyebarkan ilmu agama.*

*Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.*

*Ilmu itu seperti air. Jika ia tidak bergerak ، Menjadi mati lalu membusuk.*

*Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman, tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang.*

*Semakin banyak ilmuku, semakinku insafi diri, bahawa terlalu banyak yang aku tidak ketahui.*

*Hati yang dicemari dengan dosa tidak akan dapat menyimpan ilmu yang bermanfaat.*

*Ilmu itu adalah Cahaya dan Cahaya itu tidak akan menyimbah di hati orang-orang yang melakukan maksiat.*

*Ilmu adalah Cahaya penyuluh dalam kehidupan manusia. Dengan ilmu, ia dapat membimbing manusia ke arah kebaikan serta mengeluarkan diri manusia daripada kegelapan dan kejahilan kepada Cahaya dan kebenaran.* 

*Setiap manusia adalah dalam keadaan mati kecuali mereka yang mempunyai ilmu. Dan setiap yang mempunyai ilmu adalah dalam keadaan tidur, melainkan mereka yang mengamal kebaikan. Dan setiap yang mengamal kebaikan adalah dalam keadaan tertipu, kecuali yang ikhlas. Dan mereka yang ikhlas sering dalam keadaan risau (ditakuti jika amalannya tidak diterima).*

*Ilmu adalah buruan dan tulisan adalah ikatannya, ikatlah buruanmu dengan tali yang kuat. Termasuk kebodohan kalau engkau memburu kijang, setelah itu engkau tinggalkan terlepas begitu saja.*

*Aku mampu berhujah dgn 10 orang berilmu, tapi aku akan kalah pada seorang yang jahil kerana mereka tak tahu akan landasan ilmu.*

*Aku mencintai orang-orang soleh, meskipun aku belum termasuk golongan mereka, aku harap semoga aku mendapat syafaat dari mereka. Aku membenci orang-orang durhaka, meskipun aku termasuk golongan mereka.*

Kalam dalam sejarah yang didapat disisir pena lalu tersusun kata sekalungan bahasa.

Alhamdulillah ♥️


Comments

Popular posts from this blog

IMAN BUKAN WARISAN

6 - 1 = 0. Jawapan ini betul. 6 - 1 = 5. Jawapan ini salah. Angka 6 yang dirujuk di sini ialah ... 6 RUKUN IMAN: Pertama: Beriman kepada Allah Kedua: Beriman kepada Malaikat Ketiga: Beriman kepada Kitab Kempat: Beriman kepada Rasul Kelima: Beriman kepada Akhirat Keenam: Beriman kepada Qadak & Qadar Kurang 1 Rukun maka runtuhlah Iman. Menurut Imam Malik dan Imam Syafie, "Iman ialah Tasdiq (yakin) dengan hati, Ikrar dengan lidah dan beramal dengan jasad akan semua tuntutan RUKUN ISLAM. Iman tidak boleh diwarisi atau dipusakai kerana ia adalah HAK PERIBADI seseorang secara eksklusif. Kerana itulah pada masa ini ramai manusia yang lahir sebagai orang Islam tetapi gagal mengabdikan hidup kepada ALLAH. 6 bentuk paling ramai yang TIDAK BERIMAN: * MENYEKUTUKAN ALLAH dengan makhluk, tidak yakin dengan kuasa ALLAH, cinta ALLAH dan takdir ILAHI. * Melihat agama Islam sama seperti agama lain, yang melahirkan fahaman PLURALISME. * Memilih ALLAH dalam bab yang MEMUDAHKANNYA tetapi meninggal

ZAMAN MUNCUL IMAM MAHADI DAN NABI ISA A.S

Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman RA katanya: Manusia sering bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan? Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullah manjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan.  Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Rasulullah menjawab: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak kenali. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah menjawab: Y