Skip to main content

NIAT DAN NILAI IBADAH


Sheikh Imran Angullia Al Hafidz mengingatkan kita mengenai niat. 

Beliau memulakan hujahnya dengan membawa sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud:
"Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya; setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan."

Semua perbuatan yang bermanfaat jika diiringi dengan niat untuk mencari redha ALLAH maka ia akan bernilai ibadah. Sebagai contoh:

"Saya makan makanan ini supaya saya dapat kekuatan untuk mengerjakan ibadah yang ALLAH perintahkan."
"Saya memakai pakaian ini kerana ia sederhana dan ALLAH sukakan kesederhanaan."
"Saya memanggil ibu kerana Syurga berada di bawah telapak kakinya."
"Saya ingin berjumpa sahabat saya di hari penghakiman kelak untuk memberitahu dia telah melakukan perkara yang baik."
"Saya hendak tidur sekarang supaya saya dapat bangun dan beribadah kepada ALLAH."
"Senyuman adalah satu dakwah."
"Saya bersenam untuk menjaga tubuh yang telah ALLAH kurniakan kepada saya untuk menunjukkan penghargaan saya kepada-NYA."
"Saya berehat di atas sofa ini supaya saya dapat mengumpul tenaga untuk melakukan perbuatan baik di sisi ALLAH."
"Saya membersihkan kekotoran di rumah ini (walaupun bukan saya yang melakukannya) untuk menunjukkan perkara yang baik kepada keluarga saya, kerana Rasulullah ﷺ suka akan kebaikan."

Sahabatku, 
Letakkanlah lidah di belakang akal, bukan lidah di depan akal, KERANA APA ? Kerana lidah, banyak silaturrahhim terputus. Kerana lidah, ramai yang hilang kewarasan dan keimanan.

Justeru, berkata baiklah agar kita mendapat balasan yang baik untuk diri kita sendiri dan juga insan yang kita sayangi. 

Comments

Popular posts from this blog

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

JUTAWAN DUNIA DAN AKHIRAT

MEREKA yang digolongkan sebagai 'jutawan' mempunyai matlamat kewangan yang besar dan jelas, merangkumi matlamat menyimpan, matlamat melabur dan juga matlamat mengembangkan lagi kekayaan.  Mereka percaya bahawa wang yang disimpan adalah  pendapatan. Langkah permulaan bagaimana mereka boleh mereliasasikan matlamat ini adalah dengan mempunyai bajet. Asas kepada bajet adalah "bayar diri sendiri" 10% dari pendapatan terlebih dahulu setiap bulan sebelum membelanjakannya. Dengan cara ini, simpanan 10% pasti tidak diusik sebelum membelanjakan baki pendapatan bulanan. Sekiranya gaji adalah RM3,000, pastikan RM300 disimpan terlebih dahulu sebelum menyentuh baki RM2,700 untuk perbelanjaan yang lain.  Ada juga yang kata, hendak simpan 10% dari gaji bulanan pun susah sebab duit tidak akan cukup. Bagaimana pula dengan ini? Sekiranya sukar menyimpan 10%, mulakan dengan kecil. 1% juga memadai. Sekiranya gaji RM3,000, mustahil tidak boleh simpan RM30 dulu, bukan? Selep...

MANUSIA YANG LEBIH SESAT DARIPADA BINATANG

  (سورة الأعراف) وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ (١٧٩) "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat ALLAH), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan ALLAH), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat ALLAH). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."  (Al-A’raaf ayat 179)   Mukaddimah   Tujuan makhluk jin dan manusia diciptakan oleh ALLAH adalah supaya mereka mentauhidkan dan beribadah kepada ALLAH (Al-Zaariyat ayat 56). Beribadat kepada ALLAH adalah bukti kita mensy...