Skip to main content

7 GOLONGAN YANG DINAUNGI ALLAH

Nabi s.a.w. bersabda, " Ada tujuh golongan yang akan dinaungi Allah dalam naungan-Nya pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya:

* PEMIMPIN YANG ADIL

Maksudnya amalan berlaku adil dalam memimpin. Kita semua adalah pemimpin dalam wilayah tersendiri.

* ORANG YANG HATINYA TERPAUT DENGAN MASJID.

Maksudnya orang yang suka solat berjemaah dan suka mengikuti pengajian di sana.

* DUA ORANG YANG BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH, BERJUMPA DAN BERPISAH KERANANYA.

Maksudnya amalan suka bersahabat dan bersilaturahim.

*ORANG YANG BERSEDEKAH SENYAP-SENYAP HINGGAKAN TANGAN KIRINYA TIDAK TAHU APA YANG DISEDEKAHKAN TANGAN KANAN.

 Maksudnya amalan ikhlas menolong orang susah.

*ORANG MUDA YANG MEMBESAR DALAM BERIBADAH KEPADA ALLAH.

Maksudnya beramal sejak usia muda sehingga dapat menjiwai  amalan. Tidak teruja dengan hiburan.

* SESEORANG YANG DIGODA WANITA BERSTATUS TINGGI LAGI CANTIK TAPI DIA MENOLAK DENGAN KATA: SESUNGGUHNYA AKU TAKUT AKAN ALLAH.

Maksudnya amalan menjaga maruah diri bermula daripada sangat menjaga pandangan mata. Seterusnya tidak suka berinteraksi dengan bukan mahram tanpa keperluan.

* ORANG YANG MENGINGATI ALLAH SENDIRIAN LALU MENGALIR AIR MATANYA.

Maksudnya amalan suka muhasabah diri dan berqiamullail.


 

Comments

Popular posts from this blog

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. ...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

JUTAWAN DUNIA DAN AKHIRAT

MEREKA yang digolongkan sebagai 'jutawan' mempunyai matlamat kewangan yang besar dan jelas, merangkumi matlamat menyimpan, matlamat melabur dan juga matlamat mengembangkan lagi kekayaan.  Mereka percaya bahawa wang yang disimpan adalah  pendapatan. Langkah permulaan bagaimana mereka boleh mereliasasikan matlamat ini adalah dengan mempunyai bajet. Asas kepada bajet adalah "bayar diri sendiri" 10% dari pendapatan terlebih dahulu setiap bulan sebelum membelanjakannya. Dengan cara ini, simpanan 10% pasti tidak diusik sebelum membelanjakan baki pendapatan bulanan. Sekiranya gaji adalah RM3,000, pastikan RM300 disimpan terlebih dahulu sebelum menyentuh baki RM2,700 untuk perbelanjaan yang lain.  Ada juga yang kata, hendak simpan 10% dari gaji bulanan pun susah sebab duit tidak akan cukup. Bagaimana pula dengan ini? Sekiranya sukar menyimpan 10%, mulakan dengan kecil. 1% juga memadai. Sekiranya gaji RM3,000, mustahil tidak boleh simpan RM30 dulu, bukan? Selep...