Skip to main content

ALLAH BERI APA YANG KITA PERLU



BILA kita ada impian, kita terdorong untuk berdoa. Tak semestinya impian tu dalam bentuk material.

Nak diberikan kekuatan untuk berpuasa sunat namanya impian. Nak diberikan kekuatan untuk bangun tahajud namanya impian. Nak diberikan hidayah pun impian juga namanya.

Lagi satu kena faham konsep "ALLAH beri kita berdasarkan apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu".  Pernah dengar statement ni? Pernah dengar, tapi tak faham kan?

Konsep dia macam tangki air. Tangki air rumah, pejabat, sekolah, hotel, semuanya berbeza kapasiti. Tangki air di rumah hanya cukup untuk tampung kegunaan orang-orang dalam rumah itu saja. Tangki hotel lebih besar sebab penggunaanya lebih banyak.

Bolehkah minta pemaju rumah buatkan tangki air kapasiti hotel untuk rumah keluasan 20-60 sq ft?

Dan bolehkah tuan hotel minta arkitek buatkan empangan untuk hotel dia? Memang dapat kena makilah jawabnya.

Maksudnya di sini, kalau tak ada keperluan, kau takkan dapat. Ingat balik statement "ALLAH beri kita berdasarkan apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahukan".

Konsep rezeki itu sama macam tangki air. Kalau kau tak ada keperluan untuk dapat rezeki (dalam kes ni duit) yang banyak, ALLAH takkan beri. Buat apa nak beri? Sebab kau tak ada keperluan untuk gunakan duit yang lebih.

Tapi kalau apa yang kita ada, kita gunakan untuk beri manfaat pada orang lain, banyak bersedekah,  banyak tolong orang, ALLAH akan upgrade 'tangki' kita menjadi lebih besar. Sebab DIA tahu kita memang ada keperluan untuk dapat lebih sebab hendak menggunakan kelebihan itu untuk memanfaatkan orang di sekeliling.

Bila kita tunjuk pada ALLAH yang kita bersedia untuk terima lebih, di situlah nanti DIA besarkan 'tangki' kita. Ada ilmu, kongsi. DIA akan tambah ilmu kita. Ada duit, rajinkan sedekah, DIA akan tambah lagi.

Jangan cari musuh. Jangan cari masalah dengan orang. Jangan buat salah pada orang. Jauhkan diri dari perdebatan. ALLAH akan hadirkan orang baik-baik dalam hidup kita.

Kadangkala yang membuatkan rezeki payah atau rezeki kita tertahan adalah bila kita ada dosa dengan orang.


Lagi satu, kalau apa yang kita impikan tak membuatkan kita bangun malam, dekat dengan ALLAH, baca Kitab dan cari petunjuk-NYA maknanya impian kita tu tak cukup kuat.

Ada yang tanya, dia tak tau apa yang nak diimpikan sebab dia dah dibiasakan bersyukur dengan apa yang ada.

Good, bersyukur dengan apa yang ada itu MESTI.

Tapi ALLAH pun ada cakap DIA takkan ubah sesuatu melainkan orang itu sendiri yang mengubahnya.  Maksudnya, kerja DIA memberi berdasarkan segala usaha kita di atas muka bumi ni. Kerja kita berusaha dan mohon doa, minta petunjuk dari DIA. Itulah yang kita minta dalam solat. 17 kali sehari.

"Ihdinassirotolmustaqim - tunjukkan kami jalan yang lurus/istiqomah."

Bab ALLAH nak bagi ke tak nak bagi, cepat atau lambat, sikit atau banyak kita tak boleh persoalkan.

So jom kita mulakan dengan positif. Rezeki ALLAH tak pernah salah alamat. Mulakan dengan berkongsi ilmu ini kepada yang lain.

Semoga ada manfaat.



Comments

Popular posts from this blog

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

JUTAWAN DUNIA DAN AKHIRAT

MEREKA yang digolongkan sebagai 'jutawan' mempunyai matlamat kewangan yang besar dan jelas, merangkumi matlamat menyimpan, matlamat melabur dan juga matlamat mengembangkan lagi kekayaan.  Mereka percaya bahawa wang yang disimpan adalah  pendapatan. Langkah permulaan bagaimana mereka boleh mereliasasikan matlamat ini adalah dengan mempunyai bajet. Asas kepada bajet adalah "bayar diri sendiri" 10% dari pendapatan terlebih dahulu setiap bulan sebelum membelanjakannya. Dengan cara ini, simpanan 10% pasti tidak diusik sebelum membelanjakan baki pendapatan bulanan. Sekiranya gaji adalah RM3,000, pastikan RM300 disimpan terlebih dahulu sebelum menyentuh baki RM2,700 untuk perbelanjaan yang lain.  Ada juga yang kata, hendak simpan 10% dari gaji bulanan pun susah sebab duit tidak akan cukup. Bagaimana pula dengan ini? Sekiranya sukar menyimpan 10%, mulakan dengan kecil. 1% juga memadai. Sekiranya gaji RM3,000, mustahil tidak boleh simpan RM30 dulu, bukan? Selep...

MANUSIA YANG LEBIH SESAT DARIPADA BINATANG

  (سورة الأعراف) وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ (١٧٩) "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat ALLAH), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan ALLAH), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat ALLAH). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."  (Al-A’raaf ayat 179)   Mukaddimah   Tujuan makhluk jin dan manusia diciptakan oleh ALLAH adalah supaya mereka mentauhidkan dan beribadah kepada ALLAH (Al-Zaariyat ayat 56). Beribadat kepada ALLAH adalah bukti kita mensy...