MUAZZIN sedang melaungkan azan Maghrib dari sebuah masjid di pinggir kota Madinah. Sang Lelaki terlihat sosok seorang wanita memakai jubah dan purdah serba hitam. Wajahnya cantik, berkulit putih, bertubuh ramping. Wanita itu berpaling kepadanya seolah-olah tahu bahawa dirinya sedang diperhatikan. Malah dia MEMBERIKAN ANGGUKAN KECIL PENUH BERMAKNA, kemudian berpusing meneruskan langkah. Bagaikan terkena panahan halilintar, Sang Lelaki serta-merta tertarik, dan terpukau. Diikutinya wanita itu dari belakang, walaupun muazzin telah mula melaungkan Iqamah. Semakin dikejar semakin wanita itu mempercepatkan langkah. Kemudian dia berpaling seketika. Sang Lelaki dapat melihat senyuman nakal di sebalik purdah hitamnya. Perjalanan mereka sampai ke hujung bandar Madinah dekat sebuah perkuburan lama. Wanita itu masuk ke dalam sebuah bangunan yang gelap. Sang Lelaki mengekorinya hingga ke sebuah bilik yang diterangi cahaya lilin. Dia duduk di atas sebuah katil mewah sambil berkata dengan s...
ILMU DUNIA AKHIRAT