Skip to main content

Posts

JANGAN BUAT 24 PERKARA INI

Ingat!! 1*Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2*Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3*Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4*Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6*Jangan makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. 7*Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8*Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9*Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10*Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baikn
Recent posts

SEPERTI AKAR

Hiduplah seperti akar yang rela memberikan segalanya, meskipun terkadang sang pohon tak pernah melihatnya ke bawah. Hiduplah seperti akar yang memberi dan tak pernah meminta kembali. Hiduplah seperti akar yang menjadi peranan utama, meskipun tak pernah ada yang memujinya. Hiduplah seperti akar yang menjadi penyebab setiap kebaikan, meskipun tak pernah ada yang memberikan penghargaan. Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Sebaik-baiknya seseorang diantara kalian adalah yang paling bermanfaat terhadap yang lainnya." Wallahu A'lam. In sha Allah. Sama-sama kita muhasabah. 🤲🏻  

COME ON - MOVE ON!

Ada masa, hati jadi terlalu emosi Ada masa, perasaan jadi tak keruan Ada masa, semua terlihat sangat kelam Ada masa, terasa sangat lost Tidak tahu arah tujuan. ALLAH tahu ALLAH sangat faham ALLAH tahu setiap bisikan hati hamba-NYA. Tuhanmu melihat air matamu Sekalipun kamu sedang menangis di bawah hujan paling lebat. Bila hati rasa kecewa Jangan beratkan jiwa untuk berdoa Kerana kecewa tanpa berdoa sama seperti mematahkan hati kali kedua Berdoa itu cara menggantung harapan di tempat yang pasti. Ujian paling besar bukan ketika kehilangan orang tercinta. Tapi, ujian paling besar ialah bila kehilangan iman saat diduga. Bangkitlah  Bangunkanlah semula iman yang runtuh Kembali berlari kepada Cinta-NYA yang utuh Yakinlah Kau akan sembuh Kau pasti sembuh Redha itu bila hati berhenti bertanya apa sebabnya. Meski terluka, masih mampu tersenyum. Hati yang redha mampu menelan semuanya Dan hidup seperti biasa Kerana, hati itu telah dipujuk Dengan janji-NYA yang pasti YANG HILANG AKAN DIGANTI DENGA

7 GOLONGAN YANG DINAUNGI ALLAH

Nabi s.a.w. bersabda, " Ada tujuh golongan yang akan dinaungi Allah dalam naungan-Nya pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya: * PEMIMPIN YANG ADIL Maksudnya amalan berlaku adil dalam memimpin. Kita semua adalah pemimpin dalam wilayah tersendiri. * ORANG YANG HATINYA TERPAUT DENGAN MASJID. Maksudnya orang yang suka solat berjemaah dan suka mengikuti pengajian di sana. * DUA ORANG YANG BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH, BERJUMPA DAN BERPISAH KERANANYA. Maksudnya amalan suka bersahabat dan bersilaturahim. *ORANG YANG BERSEDEKAH SENYAP-SENYAP HINGGAKAN TANGAN KIRINYA TIDAK TAHU APA YANG DISEDEKAHKAN TANGAN KANAN.  Maksudnya amalan ikhlas menolong orang susah. *ORANG MUDA YANG MEMBESAR DALAM BERIBADAH KEPADA ALLAH. Maksudnya beramal sejak usia muda sehingga dapat menjiwai  amalan. Tidak teruja dengan hiburan. * SESEORANG YANG DIGODA WANITA BERSTATUS TINGGI LAGI CANTIK TAPI DIA MENOLAK DENGAN KATA: SESUNGGUHNYA AKU TAKUT AKAN ALLAH. Maksudnya amalan menjaga maruah diri bermula da

ALLAH BERI APA YANG KITA PERLU

BILA kita ada impian, kita terdorong untuk berdoa. Tak semestinya impian tu dalam bentuk material. Nak diberikan kekuatan untuk berpuasa sunat namanya impian. Nak diberikan kekuatan untuk bangun tahajud namanya impian. Nak diberikan hidayah pun impian juga namanya. Lagi satu kena faham konsep "ALLAH beri kita berdasarkan apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu".  Pernah dengar statement ni? Pernah dengar, tapi tak faham kan? Konsep dia macam tangki air. Tangki air rumah, pejabat, sekolah, hotel, semuanya berbeza kapasiti. Tangki air di rumah hanya cukup untuk tampung kegunaan orang-orang dalam rumah itu saja. Tangki hotel lebih besar sebab penggunaanya lebih banyak. Bolehkah minta pemaju rumah buatkan tangki air kapasiti hotel untuk rumah keluasan 20-60 sq ft? Dan bolehkah tuan hotel minta arkitek buatkan empangan untuk hotel dia? Memang dapat kena makilah jawabnya. Maksudnya di sini, kalau tak ada keperluan, kau takkan dapat. Ingat balik statement "ALLAH beri kita

9 WASIAT ALLAH DALAM AL HUJURAT

9 wasiat ALLAH dalam Surah Al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia..  Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”  Selidik suatu khabar yang sampai padamu, biar betul dan jelas.. Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ ”  Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakan.. Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”    Berlaku adil. Jangan pilih bulu, tak kira siapa.. Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ”  Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah mengeji dan menghina orang.. Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”   Jangan mengaibkan. Jangan buka aib orang.. Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”   Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan, perkara yang belum jelas.. Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya sesuatu perkara, siasat dahulu.. Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”  Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar ALLAH menentukan.. Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب”  Jangan mengumpat. Dosa mengumpat sangat berat.. [ Al-Hujurat, ayat 6 - 1

KEMURUNGAN

  1. APA ITU KEMURUNGAN Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun. 2. PENYEBAB/PUNCA KEMURUNGAN • Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine) • Baka keturunan : seseorang yang mempunyai keluarga yang pernah menghidapinya • Persekitaran : Peristiwa hidup dan kekurangan sokongan keluarga sosial • Ubat-ubatan : Sesetengah jenis ubat darah tinggi boleh mencetuskan episod kemurungan. Walau bagaimanapun, ia akan beransur hilang apabila ubat tersebut diberhentikan • Penyakit-penyakit lain : Seseorang penyakit lain seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidsm boleh m