Skip to main content

Posts

HATI

Di hadapan cermin yang kotor, wajah kita tidak kelihatan. Sesudah dibersihkan barulah nampak wajah. Semakin cermin dibersihkan semakin jelas wajah kita, Begitulah juga dengan hati. Hati mempengaruhi tabiat dan sifat seseorang. Bila hati baik, manusia itu akan memiliki sifat yang terpuji. Hati yang berniat jahat dan membuat jahat akan merugikan diri sendiri dan orang lain. Hati itu hidup bila dipenuhi keimanan dan kepasrahan, yakin dengan Rubbubiyatullah,  melihat Allah sebagai Pemilik kehidupan Maha Pengasih Maha Bijaksana, dan mampu menyelami hikmah dalam musibah serta teguh dalam kegoncangan hidup. PENYAKIT HATI PALING BAHAYA ialah hati yang mati dan tidak sensitif lagi terhadap dosa. Juga tidak tahan dengan ujian yang menimpa. CONTOH ➠  Liat mengerjakan solat. Puncanya nafsu sudah menunggang kita macam hamba. Nafsu itu tempat berkumpulnya amarah (ajakan kepada kejahatan) dan syahwat (keinginan) dalam diri manusia. Di sini terhimpun sifat tercela, buruk, jiji...

MENGADU PADA CERMIN

Aku sebenarnya suka tengok orang solat. Tapi kenapa aku sendiri takda rasa nak solat? Aku ada banyak benda nak minta diperkenankan oleh Allah, jadi aku hanya berdoa dan terus berdoa. Bila diajak untuk solat berjemaah di surau/masjid, kenapa macam-macam alasan yang aku cipta? Aku bukannya jahat. Aku tak reti menipu. Aku tak reti mencuri. Aku benci orang yang buat jahat. Tapi aku malas solat. KENAPA AKU JADI MACAM NI.......? Mat, kita tahu kita salah sebab kita tak solat. Kita tahu tinggalkan solat tu berdosa. Kita tahu perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah nanti ialah solat. Kita tahu kalau kita tak solat, kita boleh disamakan dengan orang yang kafir. Kita tahu solat tu tak ambil masa yang lama. Cuma 10 minit. Dah tahu, tapi kita masih tinggalkan jugak solat. Kenapa? ➧Sebab kita tak sedar diri kita ini hanyalah hamba Allah. ➧Sebab tak sedar mati bila-bila boleh tiba. ➧Sebab urusan dunia lebih seronok. ➧Sebab tak fikir nasib di akhirat nanti. ➧Sebab tak sedar hidup d...

BANGKITLAH!

Dalam menjalani kehidupan jangan terlalu meletak harapan kepada manusia, kerana harapan itu akan berhujung dengan kesedihan dan kekecewaan. Tetapi bergantung haraplah kepada ALLAH. Dengan DIA, kita tidak akan rasa sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya. ALLAH Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya. Seperti firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 8 : وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَب "Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah datangkan ujian supaya kita jadi kuat dan bijak menangani permasalahan. Allah tangguhkan sesuatu supaya kita bersabar menanti ketibaannya. Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha dengan ketentuan-Nya. Dalam hidup ini percayalah, tidak ada orang yang tidak pernah terjatuh, bukan sekali malah berkali-kali. Pun begitu jangan biarkan diri berada dalam keadaan terjelepuk di bawah seperti itu terlalu lama. Bingkaslah dan bangkitlah, setiap kali kita terjatuh. Ada pengajaran dan pengalaman berharga yang kita perolehi d...

CERITA SI PENGURUS JENAZAH

SUDAH bertahun-tahun isteri Ustaz Misnan dari Surau Nurul Iman mengurus dan memandikan jenazah perempuan. Secara purata 8 jenazah diurus mandi pada setiap bulan. Soalan yang kerap Ustaz Misnan tanyakan kepada isteri ialah:  1. Muda atau tua  2. Di mana (taman atau kampung)  3. Sakit apa  4. Bila mati  5. Mati di mana  6. Anak berapa orang  7. Agak-agak berapa umur anak yang sulung.  Semua ini menjadi penanda aras / bancian kepadanya mengenai punca kematian, bagaimana si mati diurus jaga sebelum/selepas mati dan sikap waris kepada si mati.  Berdasarkan umur dan bilangan iaitu 8 orang yang mati dalam seminggu:  1. Bawah 55an hampir 70 % mati kerana barah.  2. Atas 56an hampir 30 % mati kerana kencing manis, buah pinggang, jantung, tua dll.  *90 % keadaan jenazah yang mati di KAMPUNG terurus bersih kerana ada orang-orang tua tempatan yang selalu berada di sisi pesakit hingga ke saat mati, mempunyai pengetahuan...

KISAH TIGA MAKHLUK ALLAH

Manusia - Eh, dah subuh dah? Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz Manusia - Nak makan, laparlah .. Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah.... Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya    Manusia - Hari ni nak pakai apa ye? Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat. Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!    Manusia - Alamak, dah lewat! Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat. Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah? Manusia - Azan sudah kedengaran.. .. Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.    Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa.. Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah...

SUAMI BENCI 8C

8C adalah lambang keperibadian wanita yang lemah akhlak. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tetapi kita ini insan yang mudah lupa, alpa dan lalai. Mungkin kita mempunyai salah satu ciri-ciri 8C ini disebabkan keadaan sekeliling, pada masa-masa tertentu, atau mungkin juga kerana sifat suami dan anak-anak. Mari kita teliti satu persatu. C1. CABAR Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain!” Dato’ Dr Fadillah Kamsah kata JANGAN CABAR SUAMI… nanti kalau suami buat betul-betul, isteri juga yang putih mata... C2. CABUL Cabul ini bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki yang bukan mahram tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan dan tutur kata isteri yang tidak so...

TAZKIRAH SI PAKCIK TUA

"Nurse, kiblat arah mana?" "Maaf pakcik, saya bukan Muslim". Perbualan itu menarik telinga Firdaus Razak. Automatik jururawat dan pakcik tua dan keluarga pakcik itu memandangnya yang duduk di kerusi paling dekat dengan katil pakcik itu, malah siap pakai kopiah dengan baju Melayu. Tentu dia yang patut beri jawapannya. "Err kejap saya check." Cepat-cepat Firdaus install Apps untuk kiblat." Maaf lambat sikit, saya solat kat tingkat atas tadi, tu yang saya tak pasti kiblat kat sini". "Ooooo patutlah". Itu cara awal mereka berkenalan. Pada hari itu Firdaus temankan abang iparnya yang dimasukkan ke wad. Lebih kurang pukul 11 malam pakcik tua itu ditempatkan di katil sebelah. Maka posisi Firdaus duduk ialah di tengah antara dua katil abang iparnya dengan katil kiri pakcik tua. Bila keluarga pakcik sudah pulang tiba-tiba pakcik tepuk tangan Firdaus. "Sudah witir?" "Witir? Err belum.. Belum lagi" Malu seb...