Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2020

SIFAT SAHABAT PENYAYANG

KETIKA panas terik matahari membakar kulit dan ubun-ubun, siapa yang tidak ingin mencari pohon rendang untuk berteduh? Ketika tekak mulai mengering dan dahaga, siapa yang tidak menolak air putih yang menyegarkan? Sahabat bagaikan pohon rendang memberikan keteduhan dan bagaikan air segar yang mengembalikan tenaga.  Sahabat yang menasihati adalah sahabat yang sayang pada kita dan inginkan kebaikan buat kita. Sahabat yang membiarkan kita dalam kesalahan tanpa menasihati adalah sahabat yang menipu kita. Sahabat yang soleh akan selalu membenarkan, di samping menasihati apabila kita salah. Inilah sahabat yang sebenar, bukan hanya sahabat saat bersenang-senang atau sahabat yang memuji basa-basi sahaja. Sebuah ungkapan Arab berbunyi: "Sahabat sejatimu adalah yang senantiasa jujur (kalau salah diingatkan), bukan yang senantiasa membenarkanmu." ㅤㅤㅤㅤ Sahabat yang soleh juga akan selalu mendoakan sahabatnya. Apabila dia mendoakan sahabatnya, sedangkan sahabatnya

JUTAWAN DUNIA DAN AKHIRAT

MEREKA yang digolongkan sebagai 'jutawan' mempunyai matlamat kewangan yang besar dan jelas, merangkumi matlamat menyimpan, matlamat melabur dan juga matlamat mengembangkan lagi kekayaan.  Mereka percaya bahawa wang yang disimpan adalah  pendapatan. Langkah permulaan bagaimana mereka boleh mereliasasikan matlamat ini adalah dengan mempunyai bajet. Asas kepada bajet adalah "bayar diri sendiri" 10% dari pendapatan terlebih dahulu setiap bulan sebelum membelanjakannya. Dengan cara ini, simpanan 10% pasti tidak diusik sebelum membelanjakan baki pendapatan bulanan. Sekiranya gaji adalah RM3,000, pastikan RM300 disimpan terlebih dahulu sebelum menyentuh baki RM2,700 untuk perbelanjaan yang lain.  Ada juga yang kata, hendak simpan 10% dari gaji bulanan pun susah sebab duit tidak akan cukup. Bagaimana pula dengan ini? Sekiranya sukar menyimpan 10%, mulakan dengan kecil. 1% juga memadai. Sekiranya gaji RM3,000, mustahil tidak boleh simpan RM30 dulu, bukan? Selep

SIHAT ITU MURAH

A DA seseorang membuka perniagaan Zoo Haiwan.   Di pintu masuk Zoo, dia meletakkan harga tiket RM10.00 seorang. Tetapi tidak ada orang yang ingin masuk.  Disebabkan sudah lama tidak ada pengunjung, maka harga tiket pun diturunkan lagi menjadi RM7.00, peliknya tetap juga tidak ada orang yang sudi masuk. Harga tiket di turunkan lagi menjadi RM3.00. Namun nasib tetap sama.  Akhirnya dibuat pengumuman:  "MASUK PERCUMA"  Selepas itu ramai orang berebut-rebut hendak masuk.  Ketika pengunjung di dalam kawasan Zoo telah penuh, si pemilik membuka semua pintu kandang binatang buas di Zoo tersebut. Maka singa, harimau, serigala, ular dan berbagai jenis haiwan lain pun berkeliaran ke sana ke mari. Pemilik kemudiannya mengunci pintu keluar Zoo tersebut!  Di pintu KELUAR ditulis: "Keluar Bayar RM100.00!!!"  Ramai orang berebut-rebut membayarnya kerana hendak lari dari dibaham oleh haiwan liar zoo tersebut... TAKUT MATI!     CERITERA HIDUP DAN

KAMI TAKUT MEMBAZIR

Kami takut hati kami kian mengeras dan sulit menerima nasihat, namun sangat pandai menasihati. Kami takut kami merasa paling benar, sehingga merendahkan yang lain. Kami takut ego kami terlalu tinggi, hingga merasa paling baik di antara yang lain. Kami takut kami lupa bercermin, namun sibuk berprasangka buruk kepada yang lain. Kami takut ilmu kami akan membuat kami menjadi sombong dan memandang rendah mereka yang berbeza dengan kami. Kami takut lidah kami makin lincah membicarakan aib orang lain, namun lupa dengan aib kami yang menggunung. Kami takut kami hanya hebat berkata-kata, namun buruk dalam bertindak. Kami takut kami hanya bijak dalam berdakwah, namun sulit untuk mentaati. Kami takut kami hanya lincah mengkritik, namun lemah memperbetulkan diri sendiri. Kami takut kami membenci dosa orang lain namun saat kami sendiri buat dosa, kami enggan membencinya. SOLAT itu membazir sekiranya tidak disertai dengan khusyuk.  ILMU itu membazir sekiranya tidak d

YANG TERMEWAH BAGIKU

MENITI suatu jalan pasti ada kerikilnya.... Bahkan tak jarang berjumpa gunung nan angkuh. Adakalanya ditemukan naungan rendang menyejukkan... Menghempas dahaga yang menghimpit.... Namun ketika itu sebuah fatamorgana... Berharap mengubah maya menjadi nyata. Meniti putih di bawah payung HIDAYAH... Memasuki gerbang dengan jantung berdebar...."ini mewah."... Namun sabar mengalahkannya. Kulihat gemerlap dunia.... "kufikir ini mewah"..... Dan sabar mengalahkannya... Kulihat CAHAYA HIDAYAH itu memang indah.. "Ini mewah"... Dan sabar mengalahkannya Saat ini HAL TERMEWAH bagiku... Jika sabar DIHADIAHKAN Allah ta'ala kepadaku.... dalam ketaatan pada-NYA. Jika sabar DIHIASKAN Allah ta'ala pada akhlakku.... dalam menjauhi melalaikan-NYA Jika sabar DIKURNIAKAN Allah ta'ala pada peribadiku.... dalam menetapi takdir-NYA... Kerana sabar akan MENGAJARKAN rasa syukur.... Dan syukur menghimpun hati dalam KEMEWAHAN Jika saja hamba ALLA

COVID19 DAN TUGAS DAKWAH

SEJAK corona virus tiba, Islam kembali dicinta. Terlihat betapa lemahnya manusia dengan segala teknologi dan kepintaran yang ada berbanding ALLAH Yang Maha berKuasa. Banyak petanda kuasa ALLAH telah ditampakkan sehingga menyebabkan mereka yang selama ini membenci ataupun jauh dari Islam berubah fikiran. Tidak hairanlan ada yang memilih untuk berdiam diri dari merendahkan ajaran Islam dan membisu dari memuja-muji kemajuan China, Eropah, Amerika  atau lainnya Golongan belum Muslim mengakui manfaat berwuduk dan memuji wanita muslimah yang enggan berjabat tangan dengan lawan jenis. Tidak kurang yang melihat logiknya pengharaman makan kelawar, babi, kucing, anjing, ular, tikus dan lainnya. Ada juga yang mengikrarkan keindahan ajaran Islam yang memerintahkan wanita menutup aurat dan berniqab. Di akhir zaman ini, ramai alim ulama dan orang yang berilmu yang ALLAH telah ambil kembali ke sisi-NYA. Tidak risaukah kita ? Pernahkah terdetik dalam hati kita seolah-olah Covid19 ada

MURAH HATI YANG MAHAL

Abah singgah solat di sebuah surau. Selesai solat seorang budak menghampiri abah. Sebuah tabung derma dihulurnya. Raut wajah dan gaya pakaian budak itu meyakinkan abah bahawa dia itu anak yatim yang mewakili sekolahnya memohon sumbangan. Abah menghulurkan derma. Di suatu sudut beranda surau kelihatan seorang pakcik penarik beca sedang berehat melepaskan penat. Budak itu lalu menghampiri pakcik itu dan menghulurkan tabung derma kepadanya. Pakcik penarik beca menyeluk saku seluarnya yang lusuh. Sekeping not berwarna merah sepuluh ringgit dikeluarkan lalu dimasukkan ke dalam tabung derma tersebut. Budak itu mengucapkan terima kasih dan berpaling untuk pergi. Tetapi pakcik itu memberi isyarat supaya menunggu. Pakcik menyeluk poket seluarnya yang sebelah lagi. Dia mengeluarkan beberapa not kertas berwarna biru dan hijau lalu dimasukkan kesemuanya ke dalam poket baju melayu budak itu.“Ini hok mu buat beli makanan.” Abah kemudian menghampiri pakcik itu, sambi

KAWAL MATA TERKAWAL PANCAINDERA

PANDANGAN akan menentukan perasaan dan keadaan hati. Daripada mata jatuh ke hati. Daripada hati lahirnya lisan dan tindakan. `Kesihatan` mata perlu sentiasa dijaga agar tidak dirosakkan oleh virus dosa. Mata dan hati saling berkaitan. Hati adalah raja dalam kerajaan diri. Mata pula umpama utusan yang bertugas sebagai `penyampai maklumat` yang sangat dipercayai oleh raja. Jika maklumat yang disampaikan baik, maka baiklah hati. Apabila hati baik, seluruh anggota dan pancaindera akan menjadi baik. Begitulah sebaliknya. Oleh sebab mata sangat mempengaruhi hati, usaha ke arah menjadi manusia yang lebih baik mesti bermula dengan menjaga mata. Kemudian nanti akan terjagalah hati. Jangan sekali-kali membawa `sampah` dosa ke dalam hati melalui pandangan jahat dan liar. Ibn Abbas mengisahkan: “Fadhl pernah membonceng Rasullullah. Kemudian dia terlihat seorang wanita. Lantas segera Nabi memalingkan wajah Fadhl ke arah yang lain.” (HR Al Bukhari dan Muslim). Tahanlah mata d

HATI MATI

SETIAP amalan bersumber daripada hati. Hati yang baik akan melahirkan perbuatan yang baik. Dan hati yang rosak hanya akan melahirkan perbuatan yang buruk. Meskipun ia melakukan kebaikan, namun tersimpan niat buruk di sebaliknya. Oleh itu, hati sangat menentukan kualiti amalan seseorang. Rasulullah SAW bersabda: Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad. Dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, daging itu adalah hati. (riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Hati manusia selalu berubah-ubah sangat mudah dipengaruhi oleh faktor luaran. Seorang mukmin wajib selalu menjaga pancainderanya daripada maksiat agar terjaga kejernihan hati. Tanda hati yang sihat adalah ia giat melakukan ibadat dan amalan kebajikan. Setiap amalan ibadah dan zikir terasa nikmat untuk dikecapi. Sama seperti seseorang yang tengah sihat tubuhnya, ia akan nikmat menyantap makanan dan minuman. Adapun tanda hati sakit adalah ia

MATI DI HATI JALALUDDIN RUMI

SETIAP ayat ada noktahnya. Setiap awal ada akhirnya.Moga bila tiba tarikh luput kita di dunia, kita adalah sebaik-baik hamba Allah yang soleh/solehah, yang mithali dan yang dirindui. Mari kita hayati kata-kata Jalaluddin Rumi mengenai kematian.  Ketika aku mati  Ketika keranda jenazahku dibawa keluar Jangan pernah kau fikir aku akan merindui dunia ini.  Jangan kau titiskan airmata  Jangan kau mengeluh atau menyesal  Aku bukannya jatuh ke dalam jurang yang mengerikan. Ketika kau melihat jenazahku diusung Jangan kau tangisi kepergianku  Aku bukannya pergi  Aku baru tiba menemui cinta yang abadi. Ketika kau tinggalkan aku di kubur  Jangan kau ucapkan selamat tinggal Ingatlah, kuburan itu hanyalah selabuh tirai Yang melindungi ysurga di sebaliknya. Kau hanya melihatku diturunkan ke liang lahad  Sekarang saksikanlah aku bangkit.  Mana mungkin ada pengakhiran saat matahari terbenam atau bulan tenggelam Kau anggap itu pengakhiran bak terbenam